Thursday, October 24, 2013

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret



Dulu-dulu saya suka tengok cerita-cerita yang berkaitan dengan mahkamah. Law & Order, Reasonable Doubt dan paling suka Ally Mcbeal sebab kes-kes yang dia kendalikan banyak dalam bentuk kelakar, kalau yang lain tu serius je.  Buku ni dah lama mak beli tapi saya mula tertarik nak baca sebab kawan fb kata best dan kelakar. Dia baca tak sampai satu hari dah habis.

Tajuk: Catatan Penglipur Lara Sang Majistret

Penulis: Zabidi Mohamed

Penerbit:  Galeri Ilmu, Kota Damansara     Cetakan Pertama 2012

ISBN: 978-983-097-374-6

Harga:RM 18.00 (Semenanjung Malaysia), RM20.00 (Sabah/Sarawak) 

Muka surat: 225 halaman
 



Sinopsis:
Memang lucu apabila seorang bekas majistret berkongsi kisah dan pengalamannya dalam Catatan Penglipur Lara Sang Majistret. Dari Penjara Pudu merentas ke negeri Serambi Mekah, kisah-kisahnya amat menggelikan hati, namun tidak sepi daripada nilai-nilai tarbiah.

Komen:  Rasanya orang Kelantan mesti suka baca buku ni sebab banyak cerita fasal bahasa Kelantan. Memandangkan penulis orang Melaka dan bertugas di Kelantan, perkara utama yang paling menimbulkan masalah pada mulanya adalah bahasanya. Bahasa Kelantan kan memang lain terus dari bahasa Melayu. Sekurang-kurangnya kalau bahasa Perak tu, dia cuma tukar bunyi sikit aje. 

Masa belajar dulu  pun saya sendiri susah nak faham. Dekat U dulu lebih kurang 80 peratus saya dikelilingi orang Pantai Timur dan 20 peratus orang Kedah. Jumpa orang Perak pun yang belah Taiping sana, cakap Utara la pulak. Kat rumah sewa pun sebilik dengan orang Kelantan, ada orang Melaka tapi dah gewe dengan oghe Kelate, udah kecek Kelete la pulak mek tu. Kiranya saya ni kalau ada soalan pemahaman dalam bahasa Kelantan atau ujian mendengar, boleh gak la nak pehe tapi kalau disuruh kecek, tok leh. Tapi rupa-rupanya bila bercakap dengan orang lain tu bunyi-bunyi Kelantan tu ada gak. Habis bahasa Perak saya tunggang-langgang dibuatnya dan sehinggalah sekarang. Kadang-kadang saya pun dah confuse. 

Permulaan diceritakan fasal kisah di Penjara Pudu dan bagaimana hukuman sebat dijatuhkan. Menarik juga apabila dapat membaca analisis secara tidak langsung tentang penerimaan hukuman sebatan bagi kaum India, Cina dan Melayu.  Walaupun dalam buku ni ada 4 tajuk aje, tapi semua ceritanya panjang-panjang sebab diselang-selikan dengan pelbagai maklumat yang lain. Biasalah, kes mahkamah kan ambil masa yang lama gak nak selesaikan. Lagipun dah nama tajuk bukunya penglipur lara. Bagi yang ingin mengenali tentang penulis ini, boleh lihat di blog


No comments:

Related Posts with Thumbnails