Friday, October 4, 2013

Kucing dan Keselamatan Di Rumah



Jika ada budak di rumah. Pelbagai perkara yang perlu diambil perhatian untuk menjadikan persekitaran selamat. Benda-benda tajam jangan letak merata. Benda-benda kecil jangan letak ikut suka.  Elak beli perabot yang berbucu tajam. Pagar tangga. Rapatkan pintu bilik air/tandas dan macam-macam lagi. Bela kucing pun sama walaupun kucing tu sebenarnya boleh berdikari.

Hari tu letak plastik kosong atas meja. Sekali Si Tum ni cium-cium plastik tu kemudian termasuk kepalanya dalam tempat pemegang. Udah dia panik sebab cam tercekik, dia ingat ada orang nak aniaya dia kot. Berpusing satu rumah berlari melanggar segala barang yang ada sebab matanya dah tertutup dengan plastik. Nak tangkap pun tak sempat. Last plastik tu terkoyak sendiri. Tapi kesian kat dia, nafas berdegup kencang. Trauma punya fasal dia lari naik atas kabinet. Ish kalau orang tu bolehlah kita tahan dia suruh berhenti, ni makin kita nak tangkap dia makin dia lari kuat. Satu cara lagi kalau nak tangkap mungkin ambil kain dan selungkupkan dia.

 Pengajarannya: Jangan letak plastik merata-rata.
aumm Cak!

Minggu yang sama, masa nak makan,  Si Tum kibas-kibas ekor, tersangkut pula kat tempat perangkap lalat yang berbentuk gam tu. Sekali lagi pusing keliling umah dan melanggar apa yang ada untuk nak tanggalkan. Lari macam tak cukup tanah. Akhirnya dia berhenti satu tempat, dan muka ketakutan. So dapatlah tangkap dia. Jenuh juga nak tanggal pelekat tu tapi nasib baiklah perangkap lalat yang murah so gam tak berapa kuat. Dua tiga kali tarik tertanggallah juga. Tapi dia trauma sekali lagi. Tak jadi makan naik atas kabinet lagi.

Pengajarannya: Jangan letak perangkap binatang/serangga yang lain merata-rata. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails