Thursday, November 28, 2013

Penanda Buku

Merupakan lebihan kain cross stitch yang kecil-kecil. Nak buang begitu sahaja rasa rugilah pulak. Cari corak menarik dalam buku dan hasilnya, bolehlah dibuat penanda buku. Untuk mengelakkan pertambahan kos, border dibuat guna katalog/majalah yang tak pakai dan digam berlapis-lapis biar tebal. 

Biasapun orang tanda  buku guna apa yang ada di sekiling, getah ke, pen ke, pensel ke, ikut dan je tapi kalau pakai ni idakla rosak buku tu. 



Benang pun lebih-lebih punya je.



Monday, November 25, 2013

Pembahagian Tugas Semasa Kenduri Kahwin



Bila majlis kahwin, banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum majlis dan semasa majlis berlangsung. Siapa yang nak merebus telur, masukkan barangan untuk ‘goodie bag’, beri ‘goodie bag’ pada tetamu, buat bunga rampai dan macam-macam lagilah. Bagi yang ramai adik-beradik, setiap orang mempunyai tugas masing-masing supaya majlis sempurna. Jika adik-beradik sikit, saudara-mara diperlukan untuk membantu.

Saudara-mara memang membantu untuk meramaikan dan memeriahkan majlis. Sebelum ini, dalam keluarga saya, kami memang ada senarai tugas dan ditampal di dinding supaya semua maklum. Bagi menyambut tetamu, menyambut pengantin, tabur bunga rampai diserahkan kepada pak dan mak saudara. Bahagian lalu lintas untuk melancarkan tempat letak kereta, kebersihan, PA system diberi kepada sepupu-sepupu lelaki. 

Bahagian ‘goodie bag’ diberi kepada sepupu-sepupu perempuan. Sekarang ni tanpa senarai tugas ni pun  masing-masing dah tahu apa yang perlu dibuat memandangkan siri perkahwinan yang ramai telah ditempuhi. Kalau ada yang culas pun, boleh diarahkan sesiapa sahaja yang nampak di depan mata.  Atas faktor umur, saya layak untuk  tugas memantau sekarang ni hehe, bagi sepupu yang muda je la untuk pemberian goodie bag.


Masjid Zahir Alor Star




               Harap-harap kesepakatan antara kami akan terus berkekalan.

Sunday, November 24, 2013

UTC Perak

Ada hal di Ipoh, macam rugi je bayar tol ulang-alik RM7 hanya satu sebab. So sementara tu singgah UTC. Dulunya bangunan Super Kinta dan memang senang sebab dah biasa ke sini dulu-dulu.
 
Senang letak kereta kat bahagian bawah. Sini pakai kupon jadi kena beli dekat kedai yang ada tulis kupon letak kereta. 1 jam 0.60 sen. 1 buku RM3.

Imigresen – barukan pasport

JPJ – barukan lesen.  Ni yang keras punya ya macam IC. Lepas dah buat ada sikit menyesal, sebab dah ‘hilang’ gambar muda belia. Kena tukar gambar baru. Sejarah juga kat lesen lama sebab ada tarikh dapat lesen. 

Jabatan Pendaftaran – barukan IC. Tapi tak jadi sebab dia siap dalam 24 jam. Esoknya baru boleh ambil. Tak keroje la pulak nak datang lagi kalau semata-mata nak ambil. Dekat Kuale pun ada JPN

*Ketiga-tiga jabatan terletak bersebelahan so lepas dah ambil nombor bolehlah berlari-larian ke tempat lain sementara tunggu giliran

TM – bayar bil

Pos  Malaysia – beli setem

Klinik Pergigian 1M – ingat nak buat kat Kuale je, gigi ngilu nak check, udah nampak ada kat sini lagi mudah, tapi udah ramai menunggu dan dekat nak waktu rehat.  Tak jadi pergi.

Sementara nak tunggu nombor giliran dipanggil, boleh juga menghabiskan masa di:

Kedai Buku 1M, Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak, Tourism Perak atau keluar dari bangunan ni bagi sesiapa yang suka pergi kedai barangan kuih (Wah Seng). Nampak kedai Ayamas ha deret tu lah. 

Waktu operasi:
8.30 pagi – 10 malam. Isnin –Ahad (Kecuali Cuti Umum)

Sunday, November 17, 2013

Ubat batuk

Sekarang ni  kalau batuk memang lambat baik, kan. Kadang-kadang makan ubat sebotol pun tak baik-baik lagi.  Saya memang tak boleh mula batuk, memang susah nak baik. Masa Ramadan lepas, seminggu dekat nak raya, batuk tak hengat punya teruk dengan sakit tekak sekali sampai suara pun hampir hilang. Kalau orang telefon, balas SMS kata takde suara, apa-apa SMS je.

Petua pun dah pelbagai dari ubat klinik sampai ke petua-petua tradisional. Raya pun still ada batuk-batuk lagilah, sampai tak puas nak makan kuih raya ngan lemang ketupat bagai sebab kerongkong tu rasa gatal je. Pendek kata makan je apa-apa mula batuk dah. Makanan berminyak macam muruku-muruku tu pun elak makan. Pergi rumah orang pun asyik minta air suam je, kalau minum ais takut batuk teruk. Orang cina kata kalau batuk tak boleh makan ayam, dah le p rumah orang rendang ayam je jumpa. Limau pun katanya tak boleh makan sebab panas dalam badan.

Antara petua yang dicuba:
1.Daun bangun-bangun.Taruh 2 helai dalam air suam. Rendam sekejap pastu minum airnya. Daun ni ada bau macam jintan.
 


2. Halwa kundur. Rebus dan minum airnya. Bila air dah habis pun, rebus lagi sampai halwa kundur tu dah hilang rasa manisnya. Untuk panas dalam badan.

3. Petua cina ni kawan saya kasi.  Teh halia rebus dengan telur. Pernah buat sekali je, leceh dan tak larat nak makan tapi memang ada kurangnya juga batuk. Rendam teh hijau, masukkan halia dan pecahkan 2 biji telur(jangan kacaukan), masukkan sikit gula batu. Guna kukus, masak perlahan bahan-bahan tadi lebih kurang 1 jam setengah. Makan masa masih panas. Dinner yang terbaik sebelum tidur. Buat dalam 3 hari.

Punyalah mengelak makan kerepek-kerepek sampai peyek kegemaran saya yang memang ada kat rumah ni pun tak makan. Tengok dengan rasa sedihnya. Huhu, sebab kalau mula makan, nak makan dan makan lagi. Makin teruk pulak batuknya nanti. Sekali, bila pak cik saya makan peyek ni dengan gaya sedapnya, adoi tak boleh tahan, nak makan jugak. Sampai 5 keping makan, lupa pula batuk. Pastu eh macam tak batuk sampai ke malam. Esoknya ada batuk sikit-sikit, pastu try makan lagi peyek ni, tak batuk juga pun. Last-last saya pun tak sedar bila batuk berhenti. Betul pula orang cakap ‘kalau sakit, benda-benda yang pantang tu sebenarnya kena makan’. Hemm tak tau lah, yang pasti kalau Allah kata baik, baiklah, betul tak?  

Peyek Pak Mat ni dari kecil lagi dah makan. Dulu-dulu dia letak kat kedai senang nak beli tapi sekarang ni anak-anak dia pun tak bagi bapaknya buat dah, anak-anaknya semua dah kerja besar. Jadi kalau nak makan kenalah order, itu pun tengok dia boleh buat ke tak. Hanya orang-orang kampung ni saja yang tau macam mana kesedapannya. Ibarat masakan ibu, di mana pun kita berada tetap ingat, walaupun orang lain kata biasa je. Mungkin sebab nostalgia tersemat di dalamnya hehe.

Pak cik dari Johor pesan, nak bawak balik.

Thursday, November 7, 2013

Banana Cheese



Masa dekat Sandakan hari tu memang ada nampak menu ni. “Macam mana banana cheese ni?” Pelayan tu jawab, “Cheese ditabur atas pisang.” Hmmm biasa je, sendiri pun boleh buat. Bila dia terangkan tu tak nampak macam hidangan tu sedap. Sekali bila dah balik dari Sandakan ada kawan fb yang duk di Sabah kata rindunya nak makan banana cheese, nak balik jauh sangat sambil letak gambar. Fuh menyelerakan nampaknya, ceh cuba la pelayan tu cerita lebih sikit bior nampak sedap, bolehlah order masa tu.




Akhirnya jumpa Banana Cheese dekat kuale ni, pisang tu lembut je, macam kukus tapi nampak macam keperangan macam disalai. Hmm camne buat tu? Taruh coklat ngan cheddar cheese.  Best.

Ada pelbagai jenis Laksa disini. Yang ni Laksa Siam, ada rasa-rasa tomyam sikit. Kalau Laksa Melaka ada sambal tumis udang sikit.  Kedai ni sebenarnya ganti kedai Laksa Pak Ngah yang dekat pizza hut tu.

 
Tulis kat banner kul 10 buka, tapi baik pergi 12 tengah hari ke atas. Tutup sampai 12 tengah malam rasanya. Memandangkan pemilik kedai ni buat katering gak, kadang ari minggu tutup. So tak pastilah bila masa tutup, bila masa bukanya. Kalau time datang tu bukak, bermakna nasib baiklah.  Lagi satu kat sini susah sikit nak park kereta. Kawasan sempit. So better datang sebelum/selepas lunch time.

Friday, November 1, 2013

Pameran Khazanah Warisan Kesultanan, Agama dan Pendidikan di Bukit Chandan (27 Ot 2013)



Ini merupakan projek orang-orang kampung. Memanfaatkan laman sosial FB untuk mengumpul anak-anak Chandan pada mulanya lalu wujud group Bukit Chandan Kampung Ku(BCKK). Banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekretariat BCKK untuk ‘mengangkat’ warisan tinggalan lama yang masih ada di sini supaya tidak dilupakan malah ada sebahagiannya berperanan penting dalam sejarah negara. 


 Kesultanan, agama dan pendidikan berkait rapat antara satu sama lain. Kalau dahulu belajar sejarah atau baca buku Sejarah Melayu pun memang kita akan nampak perkaitannya.  Suatu ketika dahulu, kelas agama diadakan di istana, zaman mak saya dululah tapi sekarang di masjid.  MCKK pula dulunya dibina untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diraja.

Berbeza dengan pameran yang biasanya diadakan di tempat yang ‘sempurna’ pihak  sekretariat memilih rumah usang  iaitu di Baitul Anor untuk dijadikan tempat pameran.  Berusia 101 tahun tapi sebenarnya  tempat ini ramai pengunjung terutama pengantin baru untuk nampak gambar lagi klasik. Mana taknya terletak  bersebelahan Masjid Ubudiah, lepas akad terus bergambar di sini. Pelancong pun ramai yang datang bergambar kat sini. Pelajar seni bina pun ramai yang datang mengkaji seni bina bangunan lama ni.

Tujuan pameran diadakan :
  • Menerap nilai menghargai warisan khususnya yang terdapat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
  • Mengetengahkan dan mempromosi khazanan warisan kesultanan agama dan pendidikan.

Sebenarnya di kawasan sekitar Bukit Chandan ini banyak juga rumah yang berusia hampir 100 tahun. Itulah matlamat sekretariat ini yang mahu mengangkat warisan dahulu kala.

Rumah yang usang telah dibersihkan secara gotong royong oleh orang-orang kampung dan banyak yang telah berikan sumbangan secara sukarela.

Latar belakang Baitul Anor menjadi pilihan pengantin

Lencana dan rantai kunci dijual untuk kenang-kenangan

Sejarah Baitul Anor
Pintu masuk

Putu piring confirm untuk tunjukkan kita dah berada di kuale ni weh

Ruang Pameran Pendidikan



Tetamu kehormat  YTM Raja Kecil Besar Perak,Dato Seri Iskandar Dzulkarnain dan YTM Raja Puan Mahkota Perak Raja Dato Seri Nazhatul Shima yang merupakan anakanda Almarhum Sultan Idris II  turut hadir. 

Rombongan Persatuan Sahabat Muzium Negeri Melaka juga datang satu bas. Hanya orang yang menghargai sejarah sahaja akan lihat bangunan ini bukan hanya bangunan usang tapi ada nilai estetik tersendiri. Malah wakil dari persatuan ini turut berasa sebak bila melihat tinggalan ini. Walaupun banyak yang dah lompong tapi masih nampak menarik. Bila kita ke Melaka biasanya kita bergambar dengan sejarah Belanda atau juga bangunan berkonsepkan Inggeris tetapi kalau berkaitan seni bina Melayu sendiri ia dipandang sepi.

 Walau di sudut mana ia diambil,  kecantikan Masjid Ubudiah tetap terserlah walaupun hanya nampak kubahnya sahaja.Ramai pelancong yang datang ke sini dengan berjalan kaki tengah-tengah panas. Ajak tumpang tapi biasanya derang tak nak. Takut kena tipu kot.


Baitul Rahmah  juga salah satu binaan yang turut mahu diangkat sebagai warisan. Ada juga yang buat penggambaran filem di sini. Latest, katanya filem Penanggal arahan Elly Suriati. Tapi cerita seramlah pulakkan, kalau cerita raja-raja bolehlah nampak keindahan seni binanya.  Tapi tak tayang lagi so tak taulah macam mana ia digambarkan,

.