Monday, November 25, 2013

Pembahagian Tugas Semasa Kenduri Kahwin



Bila majlis kahwin, banyak kerja yang perlu diselesaikan sebelum majlis dan semasa majlis berlangsung. Siapa yang nak merebus telur, masukkan barangan untuk ‘goodie bag’, beri ‘goodie bag’ pada tetamu, buat bunga rampai dan macam-macam lagilah. Bagi yang ramai adik-beradik, setiap orang mempunyai tugas masing-masing supaya majlis sempurna. Jika adik-beradik sikit, saudara-mara diperlukan untuk membantu.

Saudara-mara memang membantu untuk meramaikan dan memeriahkan majlis. Sebelum ini, dalam keluarga saya, kami memang ada senarai tugas dan ditampal di dinding supaya semua maklum. Bagi menyambut tetamu, menyambut pengantin, tabur bunga rampai diserahkan kepada pak dan mak saudara. Bahagian lalu lintas untuk melancarkan tempat letak kereta, kebersihan, PA system diberi kepada sepupu-sepupu lelaki. 

Bahagian ‘goodie bag’ diberi kepada sepupu-sepupu perempuan. Sekarang ni tanpa senarai tugas ni pun  masing-masing dah tahu apa yang perlu dibuat memandangkan siri perkahwinan yang ramai telah ditempuhi. Kalau ada yang culas pun, boleh diarahkan sesiapa sahaja yang nampak di depan mata.  Atas faktor umur, saya layak untuk  tugas memantau sekarang ni hehe, bagi sepupu yang muda je la untuk pemberian goodie bag.


Masjid Zahir Alor Star




               Harap-harap kesepakatan antara kami akan terus berkekalan.

No comments: