Sunday, November 17, 2013

Ubat batuk

Sekarang ni  kalau batuk memang lambat baik, kan. Kadang-kadang makan ubat sebotol pun tak baik-baik lagi.  Saya memang tak boleh mula batuk, memang susah nak baik. Masa Ramadan lepas, seminggu dekat nak raya, batuk tak hengat punya teruk dengan sakit tekak sekali sampai suara pun hampir hilang. Kalau orang telefon, balas SMS kata takde suara, apa-apa SMS je.

Petua pun dah pelbagai dari ubat klinik sampai ke petua-petua tradisional. Raya pun still ada batuk-batuk lagilah, sampai tak puas nak makan kuih raya ngan lemang ketupat bagai sebab kerongkong tu rasa gatal je. Pendek kata makan je apa-apa mula batuk dah. Makanan berminyak macam muruku-muruku tu pun elak makan. Pergi rumah orang pun asyik minta air suam je, kalau minum ais takut batuk teruk. Orang cina kata kalau batuk tak boleh makan ayam, dah le p rumah orang rendang ayam je jumpa. Limau pun katanya tak boleh makan sebab panas dalam badan.

Antara petua yang dicuba:
1.Daun bangun-bangun.Taruh 2 helai dalam air suam. Rendam sekejap pastu minum airnya. Daun ni ada bau macam jintan.
 


2. Halwa kundur. Rebus dan minum airnya. Bila air dah habis pun, rebus lagi sampai halwa kundur tu dah hilang rasa manisnya. Untuk panas dalam badan.

3. Petua cina ni kawan saya kasi.  Teh halia rebus dengan telur. Pernah buat sekali je, leceh dan tak larat nak makan tapi memang ada kurangnya juga batuk. Rendam teh hijau, masukkan halia dan pecahkan 2 biji telur(jangan kacaukan), masukkan sikit gula batu. Guna kukus, masak perlahan bahan-bahan tadi lebih kurang 1 jam setengah. Makan masa masih panas. Dinner yang terbaik sebelum tidur. Buat dalam 3 hari.

Punyalah mengelak makan kerepek-kerepek sampai peyek kegemaran saya yang memang ada kat rumah ni pun tak makan. Tengok dengan rasa sedihnya. Huhu, sebab kalau mula makan, nak makan dan makan lagi. Makin teruk pulak batuknya nanti. Sekali, bila pak cik saya makan peyek ni dengan gaya sedapnya, adoi tak boleh tahan, nak makan jugak. Sampai 5 keping makan, lupa pula batuk. Pastu eh macam tak batuk sampai ke malam. Esoknya ada batuk sikit-sikit, pastu try makan lagi peyek ni, tak batuk juga pun. Last-last saya pun tak sedar bila batuk berhenti. Betul pula orang cakap ‘kalau sakit, benda-benda yang pantang tu sebenarnya kena makan’. Hemm tak tau lah, yang pasti kalau Allah kata baik, baiklah, betul tak?  

Peyek Pak Mat ni dari kecil lagi dah makan. Dulu-dulu dia letak kat kedai senang nak beli tapi sekarang ni anak-anak dia pun tak bagi bapaknya buat dah, anak-anaknya semua dah kerja besar. Jadi kalau nak makan kenalah order, itu pun tengok dia boleh buat ke tak. Hanya orang-orang kampung ni saja yang tau macam mana kesedapannya. Ibarat masakan ibu, di mana pun kita berada tetap ingat, walaupun orang lain kata biasa je. Mungkin sebab nostalgia tersemat di dalamnya hehe.

Pak cik dari Johor pesan, nak bawak balik.

No comments:

Related Posts with Thumbnails