Tuesday, March 26, 2013

Change The World 9 to 5




Tajuk: Change The World 9 to 5
Penulis: Steve Henry
Penerbit: Hardie Grant Books
ISBN: 978-1-74066-529-2
Harga: AUS$5 tapi promosi untuk minggu tu, semua buku setengah harga jadi AUS$2.50 di allbooks4less, Melbourne
Sinopsis: 50 action to change the world at work
Komen: Dari cover je dah dapat tau buku ni menarik. Setiap muka surat ada tip dan penyampaian yang menarik.
 
Contoh:

Ni dia suruh guna kedua-dua belah kertas semasa fotostat. Dulu-dulu masa di pejabat, bos selalu marah bila A4 paper cepat habis,minta duit nak beli baru. “Recycle Paper!!”. Kitaorang pun cakap bos ni kedekutlah.. erk ngumpat sesama colleague je. Berani nak derhaka? Kat rumah pandai pulak guna paper secara maksimum sampai kertas iklan baik paip pun guna depan belakang. Dasar menghabiskan barang opis. Tak baik tu! Sorry bos.


… if you’ve got time to watch Quizmania on TV, play Minesweeper on your computer or read emails from generous Africans promising you millions in cash – you’ve got spare time.
If you used some of that time to help other people, you’d feel better. It just happens to be one of the few immutable laws of the unniverse


Dalam ACTION 65, tipnya Pass this book around. Jadikan buku ni macam buku perpustakaan. Tulis nama dalam kad yang dilekat di situ. Bila dah pas pada 20 orang kita boleh hantar buku ni pada penerbit dan penerbit akan hantar buku ganti pada kita secara percuma. Buku  lama yang kita hantar tadi akan dikitar semula. Menarikkan konsep buku ni.   Jauh sangat la pulak kalau nak hantar. Hmm skip action ni. Action yang lain akan cuba diikut kalau kerja pejabat nanti.
 


Monday, March 25, 2013

Kucing Zaman Sekarang





Zaman berubah, kehidupan kucing pun turut berubah. Dulu, tikus musuh utama sekarang boleh jadi kamceng. Tikus lalu depan mata pun boleh buat dek je. Mungkin dah bagi makan kenyang-kenyang jadi dia pun malas je. Dulu, kalau kucing sakit, dia sendiri akan cari ubat dengan makan rumput dan akan muntahkan semula. Esoknya terus baik. Sekarang ni, tak reti padahal rumput, ulam-ulam, tumbuh-tumbuhan penuh keliling rumah, terpaksalah bawa pergi klinik.


Si Gebu, selain batuk dan selesema, luka badannya. Mula-mula kecil je digigit pacat rasanya sebab jumpa pacat kekenyangan di sebelahnya. Taruh air gamat je tapi makin lama makin besar tak baik-baik. Diabetes ke apa luka tak baik-baik. Tapi idak la tanya kat MA tu bila bawa pergi klinik. Siap beli ubat warna ungu spray saja dekat luka tu. Kalau taruh ubat tu mesti bau hospital je. Haha senang nak cari dia.
Nak taruh ubat punyalah susah, kena berkejar-kejaran dengan dia. Sekarang ni kalau nampak saya je mesti dah lari nyorok dulu.
 


Kalut nak nyorok sampai lupa nak sorok ekor. Gebu oh Gebu.

Related Posts with Thumbnails