Friday, December 19, 2014

Makam Pahlawan Nasional Sultan Iskandar Muda, Bandar Aceh

Sultan Iskandar Muda memerintah kerajaan Aceh Darussalam pada tahun 1607-1636. Baginda berjaya menempatkan kerajaan Islam Aceh antara kerajaan terbesar Islam di dunia pada abad ke-16M.
Ketika itu Banda Aceh yang merupakan pusat kerajaan Aceh menjadi kawasan bandar perniagaan yang dikunjungi ramai dan menghubungkan Aceh ke peringkat internasional, terutama kawasan Nusantara. Ini kerana Selat Melaka merupakan jalan pelayaran kapal-kapal niaga asing  untuk mengangkut hasil bumi Asia ke Eropah. 

Makam Sultan Iskandar Muda


Sultan Iskandar Muda adalah seorang raja yang sangat bijaksana dan adil bahkan terhadap anak kandungnya sendiri. Dikisahkan, Sultan memiliki seorang putera yang bernama Meurah Pupok yang gemar pacuan kuda (judi lumba kuda agaknya??). Putera Mahkota akhirnya dihukum mati oleh Sultan kerana melanggar syariat Islam.

Makam kerabat yang terletak berdekatan

**undur balik lihat sejarah

Apa jadi dengan Melaka?

Setelah Tun Perak, pemimpin yang cekap itu meninggal dunia pada tahun 1498, pedagang-pedagang asing yang telah membawa kemakmuran kepada Melaka itu telah dikenakan cukai yang tinggi. Dengan ini pada tahun 1500 banyak di antara mereka mula memindahkan perdagangan mereka ke pusat-pusat yang lain kerana tindakan Melaka itu, di antaranya ialah Aceh yang mulai maju dengan pesatnya. Malah bermulanya kemerosotan Melaka kerana beberapa faktor.

Zaman renaissance mendorong manusia mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi dan kesediaan meneroka sesuatu yang baru. Atas galakan Putera Henry (anak King John I dari Portugal), orang Portugis menjelajah ke Timur.  Hasilnya Vasco da Gama sampai di India dan Lopez de Sequeira tiba di Melaka. Pada 24 Ogos 1511, di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque, Portugis berjaya menawan Melaka.

 Sultan Mahmud Shah diiringi kerabat diraja, pembesar dan pengikutnya berundur ke Muar-Pahang-Pulau Bentan. Namun Portugis menyerang Bentan pada tahun 1521 dan berlanjutan serang –menyerang antara kedua-dua pihak hingga 1525 dan Sultan Mahmud Shah terpaksa berundur ke Kampar dan mangkat di situ pada 1528.

Kemangkatan Sultan Mahmud walau bagaimana pun tidak juga menyenangkan kedudukan Portugis di Melaka. Serangan musuh-musuhnya datang bertalu-talu terutama dari Johor dan Aceh. Takhta kerajaan Johor telah diasaskan oleh putera Sultan Mahmud yang bergelar  Sultan Alauddin Riayat Shah II selepas kemangkatan ayahandanya. Baginda telah mendirikan ibu negerinya di Johor Lama iaitu di tebing Sungai Johor dan cuba membangunkan Kerajaan Melaka. Seorang lagi putera baginda ialah Sultan Muzaffar Shah merajai Perak.

Ketika ini Aceh sedang berkembang kekuasaannya. Dengan kemunculannya, sepanjang abad ke-16 Selat Melaka menjadi gelanggang pertempuran untuk merebut kuasa di antara pihak Portugis dengan pemimpin-pemimpin Johor dan Aceh.

Monday, December 15, 2014

Kapal di atas rumah Lampulo

Kapal ni datang dari pelabuhan yang berdekatan. Mereka menyelamatkan diri ke tingkat dua rumah ini dan nampak kapal ini datang.


Pada pagi minggu tanggal 26 Disember 2004 kami sekeluarga berkumpul di rumah, pada pukul 08.00 wib  saat gempa terjadi  yang sungguh kuat. Kami sekeluarga merasa takut dan keluar dari rumah duduk di halaman depan, tidak lama kemudian kami melihat ada orang berlarian sambil berteriak air laut naik- air laut naik … begitu terus yang kami dengar. Bapak saya berkata ayo kita lari naik mobil, kami semua pun masuk ke dalam mobil dan pergi dari rumah, di dalam perjalanan saya melihat banyak orang-orang berlarian dan tiba-tiba bapak saya membelokkan mobil ke jalan buntu. Bapak berkata turun, turun cepat dari mobil karena air lautnya sudah meluap dari sungai, saya bersama adik dan ibu terjebak di dalam mobil tidak bias keluar. 

Namun akhirnya dengan pertolongan Allah kami dapat juga keluar dari mobil dan berlarian keluar. Saat itu saya melihat adik saya Agam Fauzan digendong oleh bapak dan mereka naik ke atas pagar.
Saya panggil bapak! Bapak! Tapi beliau tidak memberikan jawaban apa pun kemudian saya terus berlari bersama ibu dan adik dan kami pun naik ke rumah pak Muhammad. Tidak lama kemudian kami menyaksikan bapak dan adik kami yang kecil digulung ombak gelombang tsunami, kami ingin menolong tetapi tidak bisa kerana arusnya terlalu deras … kami naik ke atas kapal yang tersangkut di atas rumah Ibu Abes, dari atas kapal saya melihat kedahsyatan gelombang Tsunami meluluh lantakan semua sarana dan prasarana yang ada baik rumah dan bangunan-bangunan lainnya. Kami semua yang berada di atas bot hanya bisa berdoa dan memohon ampun kepada Allah SWT semoga ini semua bukanlah akhir dari dunia ini.

 -Kesaksian Rina Octiva
 Sumber:  Buku Kesaksian Para Korban Tsunami (Kisah nyata warga yang selamat dalam boat yang tersangkut di atas rumah H. Misbah Lampulo)


Ia dibiarkan begini dan menjadi satu tempat lawatan untuk pelawat melihat keadaan gelombang tsunami yang kuat

Sebelum musibah, kapal ini ada di pelabuhan yang berdekatan.  Pada 26 Disember itu sebenarnya kapal kayu panjangnya 25 m dan lebar 5.5 m  dengan berat 20 tan akan diturunkan ke laut semula setelah dilakukan pembaikan. Tetapi Allah SWT berkehendakkan musibah gempa bumi dan tsunami telah membawa kapal ini terdampar sejauh 1 km dari tempatnya berlabuh ke kawasan perumahan penduduk. Alhamdulillah Allah SWT menyelamatkan 59 warga dalam kapal kayu tersebut.  

Di dalam rumah ini turut diletak nama-nama mangsa yang terkorban.  Di sini juga kita boleh dapatkan sijil penghargaan tanda kita dah sampai ke kampung ni.  Bayaran Rp5000. Tak mahal sangatlah, boleh juga dijadikan kenangan. Di setiap tempat yang dilawat  ada disediakan ‘kotak amal’ dan bolehlah kita menderma seikhlas hati.

Pelancong hanya boleh melawat di sini sahaja kerana dipalang dengan pagar.

Nama-nama mangsa korban gempa dan tsunami. Al-Fatihah

Gambar yang diambil selepas air surut

Sijil Penghargaan kerana melawat kampung ni. Kalau ikut yang tertulis di situ saya merupakan pengunjung ke 8805 tapi jumlahnya mesti lebih ramai sebab jumlah ini untuk orang yang ambil sijil ni sahaja.

Friday, December 12, 2014

Loceng Cakra Donya di Muzium Aceh



Tinggi loceng ini 125 cm dan lebar 75 cm dibuat pada 1409M. Di bahagian luar terukir hiasan dan tulisan Arab juga Cina. Loceng ini merupakan hadiah daripada Maharaja China yang berkuasa di Tiongkok sekitar abad ke-15 kepada kerajaan Samudera Pasai. Ia dibawa oleh Laksamana Cheng Ho sebagai simbol persahabatan dua negara pada 1414M. 

Kerajaan Pasai berpusat di Kecamatan (daerah/wilayah) Samudera Kota Lhokseumawe sekarang.  Selain sebagai pusat kerajaan Islam di Nusantara, Pasai menjadi kota pelabuhan yang maju. Banyak pedagang-pedagang dari Timur Tengah dan Gujerat India berniaga di sini. Selain menyebarkan Islam, Pasai juga mengeksport rempah-rempah ke pelbagai negara. Namun kini kejayaan Pasai hanya boleh didapati di dalam catatan sejarah. Pasai ditakluk kerajaan Aceh Darussalam yang dipimpin oleh Sultan Ali Mughayat Syah pada 1542M. Maka loceng ini pun dijadikan milik kerajaan Aceh.




Ketika Sultan Iskandar Muda memimpin (1607-1636) yang merupakan puncak kejayaan  kerajaan Aceh, loceng ini digantung di kapal perang induk milik kerajaan yang bernama Cakra Donya. Nama itulah akhirnya ditabal pada loceng.  Sewaktu melawan Portugis yang ingin merebut Melaka, loceng Cakra Donya menjadi alat penabuh bagi pasukan perang dalam kapal. Portugis yang kagum dengan kekuatan Cakra Donya menyebut armada tersebut dengan Espanto del Mundo yang ertinya ‘Teror Dunia’ 

Dari kapal perang, loceng ini berpindah di depan Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh. Masjid ini termasuk dalam Kompleks Istana Raja Aceh ketika itu. Loceng dibunyikan apabila penghuni istana harus berkumpul untuk mendengar pengumuman Sultan. Namun kini ia diletakkan di Muzium Aceh.
Loceng ini menjadi saksi bisu persahabatan dan perang. Cheng Ho dan loceng Cakra Donya adalah simbol hubungan Aceh-China. 

Cheng Ho berlayar ke Melaka pada abad ke-15 kerana membawa Hang Li Po untuk menikahi Sultan Mansur Syah (Sultan Melaka). Cheng Ho mengunjungi kepulauan di Indonesia selama tujuh kali.
 




** undur balik lihat sejarah

Melaka bukan sahaja terletak di pertukaran angin monsun tetapi Selat Melaka juga dilindungi dari tiupan monsun oleh gunung di kiri kanannya, ini menjadikannya tempat persinggahan di tengah perjalanan yang sangat diperlukan oleh pedagang China dan India.

Aceh yang terletak di bahagian timur laut Sumatera merupakan sebuah pelabuhan persinggahan yang akhir dalam perjalanan ke India dan sementara menunggu pertukaran angin maka mereka yang berlabuh di pelabuhan itu mengambil kesempatan mendapatkan makanan, air dan keperluan lain yang mustahak.

Thursday, December 11, 2014

Bagaimana Mengukur Saiz Cincin Anda?


 
Cuti sekolah yang panjang, seperti biasa kenduri kahwin atau tunang bertimpa-timpa. Ha cincin dah beli? Dulu-dulu saya suka tengok wayang cerita komedi romantik. Bila nak melamar heroin tu dan supaya surprise! si hero ni ambil klip tin minuman bergas dan jadikan cincin sambil bertanya, "Will you marry me?" Tak pun ambil pen buat gambar cincin...hmm cerita Full House hehe atau pun ambil benang kemudian ikat kat jari tu sebagai tanda sambil disajikan lagu latar yang membuai perasaan..walawei..so lomantik!!.

Lomantik le sangat kan. Ok ni orang dah tahu cara untuk mendapatkan measurement ring size yang bertepatan dengan saiz jari anda.  Tiada lagi masalah cincin terlalu ketat hingga menyakit jari-jemari anda yang runcing atau terlalu longgar hingga mudah tertanggal dan hilang.

Pertamanya, sila sediakan barangan tersebut terlebih dahulu;
Pembaris, pen dan kadbod- oh zaman sekolah dulu dipanggil manila kad. Rujuk gambar untuk lebih jelas.
 


Kedua, potong sedikit kadbod dan lilit di jari anda seperti anda memakai cincin. Untuk mendapat ukuran yang tepat, tanda kadbod menggunakan pen.

Ketiga, setelah menanda kadbod tersebut, ukur dengan menggunakan pembaris untuk mendapatkan ukuran yang tepat. 

Ok, boleh rujuk kepada rajah di bawah saiz cincin yang sesuai untuk anda:


Berikut merupakan saiz cincin berdasarkan panjang lilitan jari anda. Pembelian anda kini menjadi lebih mudah dengan mengetahui ukuran sebenar cincin anda. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!