Saturday, March 15, 2014

Bandar Temasya/Jugra



Dari Lukut menuju balik ke Kampung Kerinchi. Kali ini ikut jalan pantai. Tetiba eh nampak signboard Bandar Sejarah Jugra. Terus sahaja ikut ke situ dan menuju ke Makam Diraja Jugra.

Jugra muncul sebagai sebuah bandar pelabuhan yang penting dan merupakan laluan perdagangan utama semasa Selangor menjadi pengeluar bijih timah utama dunia. Di atas sebab itulah Sultan Abdul Samad telah menjadikannya sebagai pusat pentadbiran. Apabila Sultan Abdul Samad menjadi Sultan Selangor yang keempat, baginda telah berpindah ke ‘Bandar'.  Kedudukannya di kawasan tinggi dikatakan mudah untuk mengawasi keselamatan kawasan tersebut. Baginda bermastautin di Jugra yang menjadi pegangan ayahnya. Oleh yang demikian sejak 1857 hinggalah baginda mangkat pada tahun 1898 baginda bersemayam di Jugra.



Makam Diraja Jugra
 Makam Diraja Jugra merupakan kawasan pemakaman Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah. Di belakangnya merupakan makam kerabat diraja Selangor.
Muzium Tapak (Insitu Museum)
Muzium ini dibangunkan di atas tapak runtuhan balai polis lama atau rumah pasung Jugra. Di dalam ni kia dapat lihat sejarah Selangor.  Menariknya  kat sini kita dapat lihat salasilah keluarga diraja Selangor yang saya rasa memang sangat lengkap sebab orang ni kahwin berapa kali pun kita dapat lihat nama bekas suaminya yang terdahulu. Kena tengok sendiri ya. Kami pergi dah lewat juga, memang sunyi kawasan ni sebab dekat-dekat dengan hutan juga. Baca pun sempat sikit-sikit je sebab nak tutup dah.

 Di luarnya ada perigi lama. Kalau tempat bersejarah mesti tunjuk perigi.  Sepanjang perjalanan  dari N9, Melaka dan sampailah ke Selangor ni  dah empat perigi lama yang ditengok. Ya lah dulu perigi kan merupakan sumber utama nak dapatkan air. Kalau orang nak buat khianat pun derang racunkan air kat perigi ni. Dan daripada perigi ini jugalah kita dapat mengkaji bidang arkeologi.

Masjid Diraja Sultan Alaeddin
Dibina oleh Almarhum Sultan Ala’eddin Suleiman Shah Almarhum Raja Muda Musa di Kampung Bandar, Jugra pada 1924 dan dirasmikan pada 1926. Masjid ini pernah menjadi masjid Negeri Selangor. Terletak jauh juga dari Muzium Insitu tapi adalah signboard yang boleh diikut untuk memudahkan pencarian.
Istana Bandar
Istana milik Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah yang mempunyai lebih 40 bilik dengan pembinaannya ditanggung oleh baginda. Menjadi tempat bersemayam baginda sultan selama kira-kira 35 tahun sebelum mangkat pada 1938

No comments:

Related Posts with Thumbnails