Sunday, March 16, 2014

Jepun 22-28 Februari 2014

Berkesempatan ke Jepun baru-baru ni. Tiket semasa promosi MAS, makan kenyang. Siap simpan untuk bekal di Jepun nanti. Maklumlah susah sikit nak mencari makanan halal. Destinasi utama di Osaka tapi singgah sehari di Tokyo dan kemudian balik ke Osaka dan pergi ke Kobe, Wakayama dan Kyoto. Pelbagai pengalaman menarik. Banyak ciri-ciri positif orang sana yang boleh dipelajari.Cuaca sejuk lebih kurang 3 -16 darjah C. Merasa tengok balance salji lagi. Sejuk dan terpaksa pakai heat pack. Kalau tak, memang gigil grrrrr.

Tokyo Imperial Palace

Glico Man di Osaka

Kobe Port Tower

Arashiyama,Kyoto

Kishi Station, Wakayama

Sampai airport tetiba telefon takde signal. Tutup buka. Tutup buka. Tak boleh gak. Buka bateri, keluar sim card, gosok-gosok sim card. Pasang balik, Ai tak mau juga. Hangin betul dengan Maxis ni. Baru je bayar bil sebelum pergi. Takkan kena potong. Telefon roaming patutnya tak ada masalah sebab p Melbourne ok je, Batam baru pergi ok je. Adoi nak telefon center pun camne nak call kalau telefon tak berfungsi. Siap google Maxis ni ada tak e-mel yang boleh dihubungi. Ceh takde. Sampai 2 hari bawak je la telefon yang tak berfungsi. Dah dua hari baru try tukar sim card kat telefon canggih skit. Lor menderu-deru sms masuk. Ada signalnya. Hmmm baru teringat, masa pergi Korea haritu orang Maxis dah beritahu, hanya Korea dan Jepun sahaja yang perlukan telefon 3G. Dah tulis dalam blog sendiri pun boleh tak ingat. Dah berbakul sumpah seranah dekat Maxis padahal salah sendiri.
Enterframe sikit telefon kesayangan. Tak abis lagi dengan Hello Kity, kalau di Korea dulu, earphone cap, tapi dah hilang ganti phone strap Universal Studio Japan

3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Zarina..slmt bercuti2 yer.Cantiknya permandangan kat sana....

IdaShazana said...

haih....byk tu je cerita. pegi bukan main lama

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam zarina..tak sabo nak tengok citer seterusnya...upload gambo byk2 tau..bye

Related Posts with Thumbnails