Monday, March 10, 2014

Kota dan Muzium Lukut

Setelah menginap di Port Dickson dan melawat Muzium Tentera Darat, kami menuju ke  Lukut. 

Sejarah awal Lukut berkait rapat dengan sejarah Selangor dan Negeri Sembilan. Pada awal kurun ke-19  Masihi daerah Lukut termasuk dalam jajahan takluk Selangor. Raja Busu iaitu anak raja Melayu dari Selangor bersama-sama pengikutnya dari Selangor dan Kedah telah membuka Lukut sebagai sebuah tempat perlombongan bijih timah. Pada tahun 1834, satu pemberontakan orang-orang Cina telah berlaku kerana tidak berpuas hati dengan cukai bijih timah yang terlalu tinggi. Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh dalam peristiwa itu.

Mungkin ini kolam air yang diceritakan.(Tiada penerangan di situ)
 Tidak lama kemudian, seorang anak raja Melayu Bugis dari Riau bersama Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Ali telah datang ke Lukut bersama-sama dua orang puteranya iaitu Raja Jumaat dan Raja Abdullah. Raja Jaafar telah membuka perusahaan melombong bijih timah sehingga kawasan tersebut menjadi maju.
Kota Lukut telah dibina oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar kira-kira pada tahun 1847 terletak di atas bukit yang bernama Bukit Gajah Mati atau disebut Bukit Raja. Kota ini berbentuk empat segi dan dikelilingi parit dan parit ini dipasang ranjau (benda tajam) untuk menghalang musuh daripada menyerang kota tersebut.

Ada dua cara untuk nak tengok Kota Lukut ni iaitu dengan menaiki tangga ni, atau  jalan kereta.
Jalan ni tak rata.
 Longgokan tanah yang digali telah dijadikan kubu dan 4 buah meriam yang dibeli dari pihak Belanda di Melaka telah ditempatkan atas tembok kota ini.  Istana Besar Raja Jumaat telah didirikan di tengah-tengah kota dan sebuah istana kecil dibina di bahagian tepi untuk puterinya iaitu Raja Wok. Sebuah gelanggang tempat bermain sepak raga dibina di hadapan istana. Terdapat beberapa kolam untuk menyimpan air. Juga terdapat “Perigi Beracun” yang digunakan untuk menghukum pesalah berat dan juga Perigi Raja di tengah-tengah kota Lukut khusus untuk raja dan permaisuri sahaja. Jalan yang mengelilingi bukit ini diperbuat daripada batu yang disusun tanpa menggunakan simen.
Mungkin ini perigi yang diceritakan.

Parit.

2 comments:

IdaShazana said...

tak nak lukut,,,, nak osaka

zarina said...

step by step, ni takde penutup lagi :)

Related Posts with Thumbnails