Wednesday, April 16, 2014

Hari Kedua: Osaka Castle



Sejuknya kat sini. Memang tak tinggal heat pack ni. Beli di Daiso murah sahaja RM5 utk 7 pek. Setiap satu pek tahan 10 jam. Letak dalam poket.

Perjalanan pertama pergi ke istana yang juga merupakan kubu pertahanan. Kalau dah kubu mesti kawasannya luas dan letaknya tinggikan. Di kawasan tengah-tengah bandar yang banyak pencakar langitnya terletak satu taman yang luas.

Ramai juga yang berbasikal di sini.  Exit tren tu ikut papan tanda. Melepasi NHK (stesen penyiaran) dah nampak istana yang terletak di atas bukit. Wah jenuh ni naik bukit. Azab. Masa form 6 belajar Sejarah Jepun tapi tak berapa ingat la dah.  Zaman Shogun Tokugawa, Edo ermmm apa lagi?  Gitulah!! 


Pergi agak lewat jadi dah tutup. Tak boleh masuk. Boleh tengok kawasan sekitar sahaja.
Di sini  ada kapsul masa yang dibina pada tahun 70-an lagi. Bertemakan Kemajuan dan Keharmonian Untuk Manusia. Sejumlah 2098 aset pada abad ke-20 diletak di sini dan disimpan dalam peti besi khas. Bahagian kapsul atas akan dibuka setiap 100 tahun dan bahagian bawah akan dibiarkan sehinggalah pada tahun 6970 baru dibuka dengan mengharapkan keamanan dan kemakmuran berterusan. Tak dapat dibayangkan bagaimanalah tahun 6970 nanti. Dulu-dulu masa sekolah kita selalu bayangkan ada kereta kat atas, kereta terbanglah kan. Pengaruh Back to the Future lah katakan.  Tapi bila dah sampai 2014 ni idaklah ketara berubahnya, kan?  Cuma jalan dari 2 lorong jadi 4 lorong, bertingkat lagi. Ditambah bersimpang siurnya.
Kapsul masa
Gambar rajah kapsul masa dan apa yang ditanam
Bayaran, Osaka museum tu dekat dengan NHK

Ni baru betul-betul taman Jepun di Jepun.

No comments:

Related Posts with Thumbnails