Friday, April 18, 2014

Hari Kedua: Umeda Sky Building

pandangan dari bawah. Di tengah-tengah nilah yang kami naik dan boleh tengok pemandangan secara 360 darjah.
Pada mulanya kami berhenti di stesen Umeda. Ingatkan dekat-dekat situ sahaja, sekali rupa-rupanya bila tanya kaunter info kena naik bas. Masa tu orang balik kerja. Walaupun dah dapat peta arah nak pergi ke sana, tapi bila ramai sangat orang memang tak jumpa. Memandangkan dah letih nak mencari dan takut bangunan pula tutup, naik teksi sahaja. Meter bermula dengan JPY 660 (RM21) nampak mahal tapi meter tak bergerak sampai ke destinasi. Ini sudah bagus. Kira murah gak la bila dibahagi.


model bangunan

pemandangan sekitar bandar
Umeda Sky Building ni berketinggian 173 meter. Atasnya, Floating Garden Observatory. Bayangkan taman ada pokok bunga. Bukan rupanya. Menariknya kita dapat tengok keseluruhan kawasan Osaka secara 360  ͦ sebab di tengah-tengah dua bangunan ni ada kawasan berbentuk bulat. Di sini juga ada Lumi Deck tempat untuk pasangan kekasih menyatakan rasa cinta dengan menggantung kunci (mangga) dekat situ yang menyatakan ikatan janji.
Lumi Deck.. pagar yang belakang tempat gantung kunci. Kalau tak silaplah sebab tak turun bawah. Ramai pulak tu orang berbaris nak bergambar


Balik, ambil teksi juga cakap dekat dia Umeda station. Mula2 kata ok.  Pastu bila kitaorang naik mula dia buat hairan Umeda station?? Umeda? Sambung pulak cakap Jepun blab la bla. Subway! Siap tunjuk peta pun tak faham gak. *cakap jepun lagi* tapi macam faham je dia cakap. Mungkin Umeda tu tempat yang besar. Tapi tetiba nasib baik masa kami dok ulang-alik sesat kat pasar raya Hankyu sebelum ni jadi ingat. Bila mampak je Hankyu. Ha Hankyu!! Sambil tunjuk. Stop! Stop! Kat sini tak payah cakap panjang-panjang. Cakap sepatah-sepatah baru faham.  Bila dah keluar, teksi drebar tu cakap, thank you. I love u. Kah kah kah. Kalau orang tu hansem atau muda mungkin saya akan terharu hehe.

No comments:

Related Posts with Thumbnails