Monday, September 29, 2014

Pulau Langkawi 22-25 September 2014



Baru-baru ni ke Langkawi ikut rombongan sekolah. Kem motivasi yang sepatutnya disertai budak darjah 6 tapi disebabkan UPSR bocor dan ganti dengan tarikh baru, jadinya tawaran terbuka untuk darjah 5. Kategori sekolah kurang murid. Ada sekolah tu yang 7 orang je pelajarnya. Motivasi berbentuk lawatan supaya terbuka minda apa yang ada di luar sana. Percuma, cuma bawa duit poket sahaja untuk nak beli apa-apa. 

Seronok bawa budak-budak  yang tak pernah pergi jauh sebab nampak sangat teruja bila jumpa benda baru. Belajar fasal geografi  dan sejarah di sepanjang perjalanan. Dipanggil Cikgu walaupun tidak bertauliah. Sebenarnya setiap orang boleh jadi cikgu kerana tanpa sedar, dari sikap kita akan menjadi ikutan budak-budak ni.

Masa keluar U pernah ambil borang jadi cikgu, tak minat pun tapi dah kawan ngajak. Masuk exam tapi tak dapat interview.  2nd time, ada ‘kabel besar’ dan peluang lebih tinggi boleh dapat tapi aisy tak naklah karang kalau kita buat perangai, memalukan orang yang rekomen kita pula. 3rd time kawan-kawan ngajak lagi.. malas nak cuba sebab tak minat. Dengar cerita, kawan-kawan yang minta tahun tu semuanya dapat. Happy untuk derang sebab memang nampak ketokohan.

Merasa jadi cikgu sementara dalam rombongan ni.. best jugak. Maklumlah sambil jalan-jalan. Kalau kerja, kena jaga budak-budak 54 orang ni mahu tension dibuatnya.


Bersedia untuk naik feri
Naik feri di Kuala Perlis, excited budak-budak ni sebab 1st time naik feri. Cikgu! Cikgu bila nak sampai? Cikgu! Cikgu dah nak sampai ke. Masa ni ajar derang tengok masa. Berapa lama perjalanan.  Kami menginap di asrama sekolah di Langkawi.

Solat berjemaah menjadi acara wajib. Yang lelaki, masa inilah diuji sama ada boleh azan atau tidak. Nak tunggu sukarela tak de, tapi Alhamdulillah yang ‘dipaksa’ tu boleh azan dan ada yang merdu suaranya. Bakal imam-imam muda. Kuliah subuh untuk memberi peringatan. Walaupun khas untuk budak-budak, kita pun termotivasi sama. Nasihat yang boleh dijadikan pedoman.

Aktiviti pertama, Laman Padi – motivasi untuk  merasa pengalaman susah payah sebagai pesawah dan harapan boleh menjadi petani moden  dan menghargai beras yang merupakan makanan ruji.
Masa dalam feri derang tanya, Cikgu! Cikgu! Kita ada mandi-mandi ke? TAK ADA!. Apalagi, bila dah sampai bendang ni, seronok benor deme main ayor.

Dengar penerangan dahulu daripada pegawai yagn bertugas

Praktikal

Dapat tangkap ikan.. yeay
Kompleks Kraf – dalam ni banyak kiosk  yang jual barang hiasan, key chain, lilin hiasan dan jeruk. Kita memantau je tengok apa yang derang beli, biasalah kalau perempuan tu nak keychain, gelang atau perhiasan yang ada nama. Seterusnya bagi derang belajar cara pembuatan barangan kristal. Sebelum tu dah diingatkan hati-hati jangan pegang-pegang. Tak fasal-fasal kena ganti beratus-ratus. Ada clearance stock masa tu, hiasan angsa seekor RM10, ambil 2 jadi RM15. Derang beli untuk mak nya.

2 comments:

IdaShazana said...

dah jadik cikgu pulak ko

zarina said...

biasalah macam-macam kerjaya:)

Related Posts with Thumbnails