Monday, October 27, 2014

Mee Rebus Mastan Ghani



Dibawa oleh rakan ke kedai mi rebus ni. Nama kedai ni memang popular sebab turut tersenarai di dalam Perak Food Trail. Alamat betul tak tau.. perjalanan antara Kampung Gajah ke Bagan Datoh..rasanya dekat Hutan Melintang. Ada satu lagi kedainya dekat Teluk Intan.


Kawan ni kata, mi ni kena minta mi rebus kuah campur, maknanya kuah mi dicampur dengan kuah rojak. Kalau kuah mi sahaja, katanya tak sedap. Ramai juga yang datang kiranya bersilih ganti ada sahaja orang. Memandangkan saya dah biasa makan Mee Rebus Ramli, jadi saya rasa Mee rebus Ramli lagi sedap. Tapi ramai juga yang komen ,  Mee rebus Ramli ni dah kurang sedap dari mula-mula dahulu. Cita rasa masing-masing berbeza.
 



No comments:

Related Posts with Thumbnails