Tuesday, February 17, 2015

Q & A Pelayaran Islamik 3.0 - Akhir


(Sendiri Tanya Sendiri Jawab)

Nak letak kereta di mana?
Bagi yang bawa kereta sendiri boleh letak di tempat letak kereta berdekatan dengan Fort Cornwallis. Dekat luar tu pun dah letak notis untuk orang yang naik Star Cruises. RM15 dah bayar siap-siap. Bagi yang tak tahu di mana, ikut arah Padang Kota, nanti pusing sampai hujung jalan  dan akan nampak tempat yang ditutup zink. Intratama Travel juga menyediakan bas dari KL Sentral. Tambahan RM 120 (rasanya)lagi pergi balik.

Dari tempat letak kereta ni nak berjalan ke Pier Swettenham idak la jauh sangat dalam 700 meter. Kalau berlenggang kangkung dalam 15 minit sampailah. Kalau saya, 5-7 minit boleh sampai. Pastikan makan tengah hari dulu dekat tempat lain. Tak ada kedai makan dekat pelabuhan ni.


"Park at your own risk" dekat depan Pier Swettenham tu pun nampak macam ada parking lot tapi ini yang dicadangkan oleh pihak penganjur.

Di belakang ini tempat letak keretanya, memang dah boleh nampak Star Cruises nya tapi kena berenanglah ke sana.Hehe

Ada tv tak?
Ada. 2 saluran berkaitan kapal. Saluran lain Star World, Axn, Disney dan ada dua atau tiga channel  cina dan berita.

Ada tuala tak diberi?
Ada, macam hotel juga. Semua lengkap. Air panas semua ada. Tapi bagi yang tak biasa tidur dalam air cond baik le bawak baju tebal. Bilik sebelah saya ada opah ni memang tak boleh tidur sebab  rasa sejuk walaupun saya rasa biasa sahaja dan dah tolong turun/naikkan suhu tapi siap duk luar bilik sebab tak boleh tahan. Akhirnya panggil orang hotel suruh tengokkan. Rasanya kemudian tu ok dah tapi cari baju/kain teballah.
Bilik. Oklah selesa gak ada ruang juga untuk solat. Ada lampu untuk membaca di hujung katil. Rasanya boleh tarik katil satu lagi dekat bahagian atas kanan tu tapi tidaklah mencuba-cuba.

Mabuk tak naik kapal?
Tak langsung. Kapal tu gerak pun tak sedar. Adalah rasa goyang sikit, ala-ala manja gitu tapi kalau naik tempat terbuka, waduh anginnya tu yang boleh buat kita jalan pun tak boleh cat walk. Sikit huyung hayang.

Kalau orang tua yang  menggunakan kerusi untuk solat, adakah perlu bawa kerusi sendiri?
Tak perlu. Pihak penganjur memang dah susun kerusi  yang memang ada kat kapal tu siap-siap dekat saf. Cuma yang berkerusi roda tu kenalah bawa sendiri.
Solat berjemaah di dek 9. Pihak penganjur bagi sejadah, kompas, tasbih, baju hujan dan dua helai baju-T untuk dipakai masa lawatan.

Kenapa perlu solat berjemaah? Dalam bilik kan boleh juga
Inilah kelainan yang dibawa oleh pihak penganjur. Pahala berganda. Ketika bercuti biasanya dalam keadaan santai dan aktiviti yang penuh kadang-kadang bertangguh solat. Sekurang-kurangnya qiamullail dan solat subuh berjemaah ini menggalakkan orang ramai tidaklah subuh gajah. Mana ada surau dalam kapal ni, bila berjemaah di tempat terbuka ada juga waiter restoran tu ikut serta. Kalau sebelum ini mungkin dia menunaikan solat berseorangan, kini dapatlah dia pahala berjemaah. Sini ramai kru kapal dari Filipina dan Indonesia. 

Telefon ada line ke?
Di bilik (dek 3) tak ada signal. Memang tutup phonelah buat habis bateri sahaja. Dek 5 ada signal. Terkejut bila tengah kuliah dhuha, masa Ustaz Bad tengah bercakap, telefon mak berbunyi. Kelam kabut menutupnya. Dah la masa tu tengah rakam untuk siaran astro. Nasib baik bukan telefon saya sebab kalau berbunyi keluarlah lagu Super Junior. Huhuhu dah lah k-pop jadi ‘sasaran’ sekarang. Sebab ingat tak da signal tu yang tutup phone. Rupa-rupanya pak cik nak call saya tapi sebab telefon tak dapat, telefonlah mak. Mau mak tak terkejut. Telefon tu memang la jarang orang call. Dah masuk perairan Thailand ni bayaran lebih lah sebab roaming.

Ada wifi?
Ada tapi kena bayar. Dalam sehari lebih kurang RM 30 lebih tapi ada juga yang ikut jam. Tapi bukan boleh pakai di semua tempat, kalau tak silap ada di dek tertentu sahaja.
Roaming automatik. Kalau rasa tak perlu guna telefon tutup sahaja.

Bawa ubat-ubatan bersama. Tapi ada klinik juga di dalam kapal ni di dek 1 Kena bayarlah.

Ada lif tak?
Ada tiga lif. Depan, tengah dan belakang. Ada lif yang memang naik ke dek 9 dan ada yang hingga ke dek 8 jadi perlu naik tangga. Jadi kena tengok pelan. Oleh kerana ramai orang tua dan orang yang berkerusi roda ikut pelayaran ini. Memang sesak ajelah lif sebab perlu turun/naik waktu yang sama. Oleh itu untuk keselesaan dan kecepatan baiklah guna tangga, 9 tingkat je paling tinggi pun.
Laluan ke bilik


Ada perpustakaan mini di dek 5. Proses peminjaman tidak pasti tapi memang ada orang dekat kaunter situ.

Ada board games juga.


Boleh bawa apa sahaja di dalam kapal?
Ingatkan tiada syarat seperti naik kapal terbang. Rupa-rupanya, ada juga yang tak boleh dibawa. Pisau, senjata, buah-buahan potong, daging atau barang basah,  sebarang alatan pemanas seperti seterika, pemanas air, periuk nasi. Pisau, kalau dalam kapal terbang boleh juga letak dalam bagasi. Ni sebab bagasi dengan kita sekali jadi memang ia barang terlarang juga. Dalam kapal tu akan ada x-ray barang macam dekat imigresen tu. Setiap kali turun naik Phuket dan Krabi juga barang-barang akan diskan. So no Tomyam Kung ke kerabu mangga ke bawa naik kapal. Barang kering macam ikan bilis ke kacang-kacang ke bolehlah. 

Ada had berat bagasi?
Kalau naik kapal terbang kan jenuh pikir ni kalau beli barang banyak-banyak caj lebih pulak. Ha kalau naik kapal ni tak ada la pulak tulis  had maksimum. Masa pelayaran 2.0, laluan pelayaran Penang-Langkawi-Phuket. Lantaknya deme shopping sakan di Langkawi membeli pinggan mangkuk bagai. Peserta 1040 tapi bagasinya sahaja lebih kurang 1400. Beranak pinak beg.


Friday, February 13, 2015

Tazkirah dan Kuliah Dhuha - Pelayaran Islamik 3.0 Bahagian 5


Sheikh Abdelaziz Ghonim –ahli majlis fatwa Al Azhar Tanta
Sepatutnya ustaz turut serta dalam pelayaran ini. Malangnya ada hal lain dan beliau tidak dapat ikut tetapi berpeluang juga mendengar amanatnya dalam 30 minit. Memang cakap bahasa Kelantan dari awal padahal tidak pernah langsung menjejakkan kaki ke bumi Kelantan. Beliau mempelajarinya melalui pelajar-pelajar Kelantan yang ramai di sekitarnya. Bahasa Kelantan bahasa international tu.. hehe. Di awalnya beliau mengatakan Malaysia beruntung kerana ramai mufti (setiap negeri ada), banyak pejabat agama, ada Jakim dan pengikut ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau menyatakan kekesalan kerana ramai orang bila dengar cakap doktor, boleh ikut sahaja tanpa bantahan. Disuruh makan ubat 1 hari 3 kali, ikut sahaja tanpa mempersoalkan kenapa kena makan tiga kali. Tapi bila ulama membahaskan sesuatu perkara, bukan main lagi kita bantah. Kadang-kadang bila dengar kata seorang ustaz A, dan sudah mendapat jawapan tapi pergi pula menanya ustaz B untuk minta kepastian. Sehinggakan ustaz B tu pula seakan-akan ‘terpaksa mengata’ ustaz A. Kesimpulannya, sesuatu perkara itu kita kena rujuk kepada pakar yang berkaitan.

Di akhirnya, pengacara bertanya ustaz;
“Ustaz makan budu?”
“Ambo tak makan budu, ambo hirup,” hehe pandai pak Arab ni loyar buruk.

Dato’ Hassan Mahmud al Hafiz juga sepatutnya turut serta. Memang telah bersedia dari awal apa bahan yang akan disampaikan yang berkaitan dengan pelayaran dan dakwah. Malangnya, pada masa yang sama dua orang anak beliau sedang sakit dan tidak sampai hati meninggalkan mereka.

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah banyak menyampaikan ceramah dari segi psikologi.  Beliau mengingatkan, sentiasa kembali kepada Allah. Ayat al-Baqarah 286;
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksaan(dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang  kafir.”

Beliau juga sempat berpesan. Jangan risau kalau anak-anak tidak ikut cakap kita, kerana anak-anak akan ikut perangai ibu bapa yang dilihatnya. Apa yang dia nampak itulah yang dibuatnya. Jadi perlu risau akan apa yang kita buat (tabiat).

Ustaz Badli Shah
Memang menunggu-nunggu ustaz ni. Umurnya sebaya saya sahaja tetapi respek kerana tinggi ilmunya kalau nak dibandingkan dengan saya.  Walaupun bukan orang Jawa tetapi suka mengkaji cara orang Jawa.  Latar belakang pengajiannya  tamadun Islam jadi kalau bercerita memang banyak berkaitan sejarah. 

Memandangkan kita mengikuti pelayaran, beliau mengingatkan kepada semua menyelami cara penyebaran Islam pada masa dahulu, inilah laluannya, Lautan Hindi dan Laut Andaman. Abad ke-7M Islam datang ke Nusantara tetapi tidak pernah berkembang walaupun pelbagai pendakwah yang datang untuk menyebarkannya kerana penduduk tempatan masih menganut agama asal mereka Hindu-Buddha dan berpegang teguh dengannya.

Namun akhirnya dengan kedatangan Wali Songo (wali 9)pada abad ke-14 telah berjaya menyebarkan Islam. Mereka mencipta sesuatu dan menyerapnya di dalam budaya tempatan dari segi penggunaan bahasa, makanan dan pelbagai lagi. Inilah yang kita kena ikut pada masa sekarang,  iaitu mencipta sesuatu dan menyesuaikannya dengan peradaban. Berdakwah boleh bermacam cara tetapi yang lebih dekat ialah 'masuk' ke dalam masyarakat itu.
 
 Setahun saya belajar pasal Wali Songo ni masa upper six tapi tak pernah dapat kaitkan kenapa kena belajar pasal Wali Songo. Belajar kerana nak lulus periksa tak berapa mahir berfikir asas tinggi nampaknya haha. Harap-harap budak sekarang ni hebat-hebatlah sebab dah tidak berorientasikan peperiksaan sepenuhnya.

Pada masa dulu orang Jawa sangat pentingkan kasta memang sangat sukar untuk ubahkan sikap mereka. Orang Jawa bangsa yang tinggi dan sangat bertamadun.  Wali Songo ini mencipta perkataan dan lagu yang ada ciri-ciri Islamnya. Lagunya memang kita biasa dengar sampai sekarang. Ustaz ada nyanyikan hari tu. Bila je dengar, semua orang “ooooo ..” memang lagu yang biasa di halwa telinga. Tak sangka itu dari Wali Songo. Dari makanan ketupat juga memberi banyak makna. Dan ketupat tu juga dari bahasa Jawa. Menarik keterangannya dari daun sehinggalah kenapa merebus dan dibelah nampak putihnya nasi itu bila dibelah dan diterangkan bercirikan Islam. Tak reti nak ditulis di sini tetapi memang pernah dengar Ustaz Bad ada terangkannya dalam Forum Perdana TV 1 sebelum ini.  Tunggulah masa raya nanti mesti dia ada terangkan lagi.

Sunan Bonang pula memperkenalkan sistem kenduri. Kenduri juga elemen yang membezakan kita dengan budaya orang lain. Bersunat, akikah, umrah/haji, naik rumah, doa selamat semuanya ada kenduri sehinggakan boleh dianalogikan seperti berikut;

Orang putih bila seorang, dia membaca, bila berdua dia mengembara dan bila bertiga dia menjajah tapi kalau orang Melayu. Bila seorang dia tidur, bila berdua dia mengumpat dan bila bertiga dia mengeteh (makan/kenduri). Haha betul juga, kan walaupun bunyinya lawak. 

Ada sekali tu ada orang tanya pendapat tentang rotan anak.  Ustaz kata kita kena kembali kepada cara ibu bapa kita dahulu. Kadang-kadang bila bapa batuk sikit/ berdehem sahaja udah kecut perut anaknya. Sekarang ni bila bapaknya batuk, anaknya sikit pun tak takut sampai bronkintis jadinya si bapak. Hehe. Ingat tak dulu-dulu pengajaran dengan cara menakutkan anak-anaknya memang banyak digunakan dan menjadi..jangan asah pensel di kedua-dua belah, nanti mak mati, bila meniarap jangan angkat kaki, nanti mak mati, jangan duduk atas bantal nanti bisul..apa kata nanti try dekat anak-anak… jangan main ipad nanti mak mati haha..cubalah.. 

Memang betul pun sampai sekarang pun idak berani duduk atas bantal walaupun tahu sebenarnya tidak elok duduk atas bantal sebab kita baring atas tu tapi bab bisul tu masih tertanam dalam minda. Satu lagi jangan makan biji tembikai nanti tumbuh pokoknya dalam perut hehe.. nasib baik sekarang banyak dah tembikainya tak berbiji. 


Itu merupakan cebisan tazkiran dari penceramah yang turut serta. Insya-Allah akan dijadikan pedoman.
 



Thursday, February 12, 2015

Krabi- Pelayaran Islamik 3.-0 Bahagian 4

Dari feri ... bye bye Star Cruises

Kumpulan kami merupakan perintis ke Krabi. Pelayaran sebelum ini Penang-Langkawi-Phuket.  Keluar masuk kapal akan diberi stiker nombor jadi  akan dipanggil sedikit demi sedikit. Ia dapat mengelakkan orang ramai berebut-rebut keluar. Kumpulan kami sahaja dah dekat 600 orang itu belum termasuk lagi orang lain yang turut serta dalam kapal ni. 

Kena naik feri seperti di Phuket tapi lebih lama perjalanan lebih kurang 1 jam. Seterusnnya ke Masjid Krabi. Orang sana dah menunggu kami. Di sini juga diadakan ceramah perdana bersama PU Lokman dan Imam Muda Miril dengan tajuk meraikan tetamu.  



Masjid Krabi
 Dah dua masjid pergi dan dapat diperhatikan tiada permaidani di dalamnya. Bersyukurlah di tempat kita masjidnya berpermaidani tebal hingga kadang tenggelam kaki dan ada aircond untuk untuk keselesaan. Kenduri rakyat dihidangkan dengan makanan yang popular, tomyam, sontam dan nasinya pun jenis beras wangi. Memang sedap. Di samping itu sedikit gerai jualan untuk kita membeli belah. Gajus of courselah tak tinggal.

Barisan penceramah/pendakwah Malaysia dan Jabatan Agama Krabi
 Dulu, saya pernah belajar bahasa Thai. Dah lama tinggalkan, kononnya nak try masa beli barang.
“Raka thawrai?” (berapa harga) sambil tunjuk dekat keropok ikan.
Ece ce ceh
“Sam sib” kata penjual.
“Neng (satu), song (dua), sam (tiga). Tiga puluh?” Emm sudahnya keluar bahasa Melayu jugak. Dah tanya dalam bahasa Thai, dia pun jawab Thai jugalah. Hehe. Ilmu ‘berperang’ tak cukup.

Mak cik ni masak kuih karas (karaih-kalau bunyi bahasa Perak). Kuih ni pun laku, baru je nak rasa apa beza dengan yang kat Malaysia dah habis orang beli.
Banner mengenang Tsunami  Dis 2004

Dalam kapal memang ada ditunjuk ramalam cuaca pada hari ini
 Sebenarnya mengikut jadual kami akan membeli-belah di pantai Aonang tetapi ada salah faham sikit di awalnya dengan pihak masjid hingga waktu makan tengah hari menjadi lewat. Namun untuk tidak menghampakan peserta, siapa yang nak pergi kena berkumpul dan bas akan hantar tetapi memang kena balik pukul 4.15 dah. Waktu itu sahaja dah dekat 3 petang.  Memang tak jadilah nak ikut dan berehat di Masjid Krabi.

Barisan kru Star Cruises bersama dengan ustaz. Malam itu barisan kru yang memastikan kelancaran kapal ini diperkenalkan. Ramai juga yang mengambil kesempatan bergambar dengan kapten. Amboi-amboi sampai tak menang tangan.
 Balik ke kapal kami berjemaah solat maghrib dan Isyak di dek paling atas sambil melihat matahari terbenam. Cantiknya pemandangan. Ya kita sering kagum dengan keindahan alam tetapi lupa untuk mengagumi pencipta-Nya. Malam itu juga disudahi dengan makan malam kesyukuran. Memang mewah. Sebenarnya dari mula sampai lagi memang kenyang makan dekat sini. Ambil apa sahaja. Pukul 11 malam pun ada makan lagi tapi supper tak laratlah nak pergi, lebih baik la tidur. Hai melebih-lebih pulak makan dari hari biasa. Jangan tamak ok.  Restoran ini telah disamak segala peralatan dan pinggan mangkuknya dan dipantau oleh Majlis Agama Pulau Pinang (rasanya-lupa pulak tapi  ada ditunjukkan gambar), dan telah memperoleh Sijil Halal.

Kapal dalam perjalanan balik ke Penang