Wednesday, February 11, 2015

Phuket - Pelayaran Islamik 3.0 Bahagian 3


Hari kedua dimulakan dengan qiamullail seawal 5 pagi di dek 9 dekat kolam renang. Pihak penganjur mendapat kerjasama Star Cruises untuk memberhentikan sekejap kapal bagi menentukan arah kiblat dengan tepat. Jika hari ini menghadap serombong kapal (hemm betul ke tapi memang ada keluar asap sebab bawah tu restoran) esok belum tentu arah yang sama. Kain putih memang siap dibentang. Bawak sejadah yang telah diberi oleh penganjur. Masalah biasa kalau solat jemaah (terawih biasa masalah gini):
Qiamullail dan solat subuh berjemaah di dek 9
  1.  Membiarkan saf lompong. Masa sekolah dulu biasa ustazah cakap afdalnya rapat ke kanan. Bila dengan kawan2 memang senang nak cakap. Tapi realiti sekarang ni orang belakang tak nak ke depan dan orang kiri pun tak nak ke kanan. Mengalah sahajalah yang kanan tu bolehlah ke kiri. Janji namanya rapatkan saf.
  2.  Betulkan saf dulu sebelum mula solat. Kadang-kadang nak panggil datang ke depan dah mula solat sedangkan saf depan kosong lagi. Masih ada masa lagi nak tengok depan dan kiri kanan saf walaupun imam dah angkat takbir.
  3.  Untuk yang berkerusi, bagi mengikut saf. Kaki kerusi yang belakang sama dengan saf.
Inilah keadaan asal kawasan tempat solat berjemaah.
 Qiamullail setiap hari diimamkan oleh Imam Muda Miril. Solat sunat taubat, tahajud, hajat diselang selikan dengan zikir dan ‘ditutup’ dengan witir sebelum solat subuh. Selepas itu tazkirah subuh sambil melihat matahari terbit.
Banner yang menunjukkan aktiviti hari pertama dan kedua. Ia bagi memudahkan orang ramai rujuk.
 Biasanya kalau cakap pergi Phuket, mesti orang ingat pergi pantai kan, tapi yang ni hanya lalu sahaja di kawasan pantai dan melawat sekolah pondok dan masjid untuk melihat perkembangan Islam di tempat majoriti yang beragama Buddha. Tak kisahlah ke mana pun, janji dekat pasport ada cop Phuket dan Krabi hehe. 

Perlu menaiki feri untuk ke Pantai Patong. Kapal tak bolehlah berlabuh di jeti sebab air cetek. Dalam 15 minit perjalanan tapi nak menuju bas kena jalan dalam 700 meter lagi. Perlu ikut peraturan Thailand yang tidak membenarkan bas berhenti berhampiran jeti. Pantainya memang cantik, ramai pelancong asing berjemur di situ. Yang perempuan pula ada yang tak berbaju ish ish ish dahlah berumur, selamba dia je. Memang dari awal pihak penganjur dah ingatkan jalan terus je jangan pandang kiri, banyak dugong hahaha. 

Patong bermakna kebun pisang. Mengambil pengajaran dari tsunami 2004, di sini juga ada papan tanda Tsunami Evacuation Route sama seperti di Aceh. Jadi orang ramai boleh tahu ke mana arah untuk menyelamatkan diri.
Patong. Tanda kecil warna biru tu Tsunami Evacuation Route

Masjid Dubai di Sekolah Wittaya
 Perjalanan ke sekolah Wittaya dalam 30 minit. Disambut oleh budak-budak sekolah, kesian deme berbaris tengah panas menunggu kami. Semuanya bersalam sambil ucap selamat. Merasa jadi artis.  Di sini ramai yang anak yatim dan miskin. Mereka seronok bila ada orang datang. Solat di masjid sini. Di sini juga ada gerai jualan gajus pelbagai perasa, ikan bilis, belacan, barang kraftangan. Jadi sambil membeli sambil mendermalah kiranya. Kami dijamu juga makanan Thailand..pulut mangga, kerabu, nasi goreng. Ada persembahan dari budak-budak sekolah juga. Sepatutnya penampilan istimewa, Aisyah (keturunan Mahsuri tu) tapi dia tak dapat datang masa tu.  
Persembahan dari budak-budak. One united asean.

Banyak gerai jualan

Kedai baju-T dan jual cenderamata

Aishah (keturunan Mahsuri).. dalam pelayaran 3.0 tak dapat datang. Ini dari pelayaran 2.0. Gambar daripada FB Pelayaran Islamik.

Mengikut jadual asal akan dibawa ke Premium Outlet Phuket tapi diberi pilihan juga nak pergi kedai t-shirt dan barang cenderamata. Ramai yang mengundi pergi kedai t-shirt sebab boleh pergi JPO je kalau nak cari barang branded. Kemudiannya aktiviti bebas sama ada nak balik kapal atau jalan-jalan di Patong tapi kena pastikan balik sebelum feri terakhir 11 malam. Saya balik ke kapal sahaja, malas nak jalan-jalan sebab itupun dah pukul 8 malam. Nanti tertinggal kapal, naya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails