Friday, October 16, 2015

Oriental Village Langkawi

Tarikan yang ada di sini kebiasaannya kereta kabel. Ikut je papan tanda insya-Allah sampai. Laluan yang sama jika nak ke Telaga Tujuh.

Surf website terlebih dahulu untuk tahu harga tiket. Boleh juga book online tapi bagi warganegara Malaysia rugi kalau beli online sebab ikut harga pelancong RM110.  Beli kat kaunter lebih murah dan dia akan tengok IC.

Yang menarik di sini kereta kabel. Kita boleh beli yang mana kita nak masuk dan ada juga pakej kereta kabel dengan yang lain sekali. Walaupun dah pernah naik kereta kabel 3 kali sebelum ni tapi dah pergi dengan kawan-kawan kira naik sekali lagi aje lah. Kami ambil pakej kombo yang ditawarkan.
3D Art Museum

Hari Ahad buka 9.30 pagi tapi kalau tak silap tiket dah jual awal sikit.

Dalam pakej kombo, tiket termasuk:
Sky Cab, Sky Dome,6D Cinema,Duck Tours dan 3D Art Museum. Jumlah RM90 untuk warganegara Malaysia.
3D Art Museum

3D Art Museum tarikan terbaharu. Memang kami tuju ke sini dulu takut orang ramai dan susah nak bergambar. Yes kami bertiga je dalam tu, so dapatlah bergambar dengan penuh drama hehe. Kasut kena letak di rak. Setiap bahagian ada tema dan ikut je panduan bergambar yang disediakan di situ dapatlah gambar yang kelihatan real.

Setelah habis di situ terus ke Sky Cab. Sebelum menunggu ke Sky Cab tu dia suruh masuk ke Sky Dome. Animasi yang boleh ditonton pada sudut 360°. Keadaan tempatnya macam tengok planet/bintang dekat Planetarium Negara.. erk tapi itu zaman dulu kala, sekarang tak tau ada ke tak. Kita duduk menyandar dan dongak. Pening sekejap bila tengok roller coaster berpusing.
Sky Bridge. Pemandangan dari bahagian atas

Seterusnya berbaris ke Sky Cab. Ada dua perhentian di situ. Boleh berhenti di tengah atau terus ke atas. Kalau nak naik atas terus tak perlulah turun, duduk saja di situ. Nak pergi dua-dua pun boleh sebab tak dihadkan masa duduk atas tu. Di bahagian atas kita boleh naik Sky Bridge. Last pergi tak kena bayar, tapi yang ni dah bayar la pulak. RM5 seorang. Kena menuruni tangga kecil, oleh kerana laluan keluar dan laluan masuknya sama, kadangkala kena saling toleransi bagi jalan. Siapa yang pakai kasut tinggi memang tak berapa sesuai nak turun tapi boleh je sebab ada tangga cuma kemudian nanti mesti sakit jari jemari tu. Bila turun senang je, bila nak balik…fuh tercungap-cungap mintak nyawa. Wawawa dah lama tak bersenam. Siapa yang tak nak bayar boleh je naik bahagian atas tu..pemandangannya pun dah cukup mengagumkan.
Ketika menuruni kereta kabel kita boleh nampak air terjun ni. Subhannallah indahnya alam ciptaan Tuhan.


Simpan tiket elok-elok ya sebab nak keluar nanti kena scan kat exit.

Turun je tangga terus pergi ke 6D Cinemation.Tulis di kaunter siapa yang tiket kombo  kena ambil masa tayangan dulu. Tapi dah rezeki kami kot sebab tak payah tunggu lama terus boleh masuk je. Akan diberi cermin mata 3D. Namanya pun 6D jadi kita bergerak dan boleh merasa angin, air dan segalanya ibarat berada dalam movie tu. Jangan lupa pakai seat belt dan pegang di tempat pemegang yang disediakan takut anda betul-betul tercampak kat dalam movie tu hehe. Enjoy.
Kenderaann amfibia, di darat dan di air
Akhir sekali kami ke Duck Tours yang terletak di pintu masuk/keluar. Yang ni pun ada waktu naik juga. Jadi lebih elok kita tahu waktunya supaya boleh merancang.  Sebelum ni pernah nampak ‘itik’ ni masa p Singapore tapi tak pernah naik. So kita cuba di sini. ‘Itik’ ni bergerak terkedek-kedek melintas jalan menuju ke Telaga Harbour Park. Belakang stesen minyak Petronas, tempat kapal layar berlabuh. Menikmati suasana redup dan nyaman, apabila tiba splashing point hehe jaga-jaga bagi siapa yang duduk di tepi. “Itik” terjun masuk air kemudian dari roda bertukar fungsi kepada bot. Cantik pemandangan.  Perjalanan mengambil masa 45 minit.
Setelah masuk ke dalam air kita dapat lihat pemandangn tempat kapal-kapal layar ini berlabuh

Pusing-pusing kawasan ini, untuk menikmati pemandangan.

Tak rugi beli tiket kombo. Puas hati. Dekat 5 jam juga dekat situ habiskan semuanya. Boleh pilih yang mana satu kita nak pergi dulu tapi paling terbaik pilih 3D Art Museum dulu. Nanti kalau ramai yang ada situ, malu pulak nak bergambar. Maklumlah kena gali emosi nak bagi gambar nampak real.


Thursday, October 15, 2015

Kembara Kedah (9 Okt-12 Okt 2015)-Bahagian Akhir

Tip jalan kengkawan. Macam bagus je kan siap tip hehe tapi setakat ni dah 3 kali berjalan dengan kawan yang berbeza. Kembara selatan, kembara Melbourne, kembara Kedah berjaya dengan kesemuanya ada peranan tersendiri.

Pemandangan dari Gunung Raya

  1. Jumlah paling baik ganjil. Kena ganjil sebab bila nak buat keputusan tentang sesuatu perkara senang nak buat undian. Misal kata A nak pergi shopping, B nak tengok tempat lain so yang C akan menentukan keputusannya.
  2. Tiga orang paling baik dalam satu kumpulan sebab makin ramai makin banyak pe'elnya, Nanti seronok-seronok nak bercuti tapi ada pulak yang bermasam muka. Bila dua orang pergi tandas, seorang boleh jaga beg dan gilir kemudiannya.
    Langkawi Duck Tours-Pantai Kok-Telaga Harbour Park
3. Masa mula-mula haritu dari segi bayar tiket, minyak, makan dll ikut turn, mula-mula A bayar pastu lain B pulak bayar dan C akan bayar tiket pulak. Kiranya kemudian baru claim masing-masing. Sudahnya bila hari akhir dah pening siapa yang bayar, untuk ni siapa yang bayar tadi. Maklumlah seronok bergambar dah tu lupa nak tulis lepas tu letih nak pikir. Tolak campur hutang akhirnya ada pulak yang rugi. So untuk percutian kali ni saya  dah bajet perbelanjaan untuk setiap hari dan kutip duit letak dalam beg berlainan.



Contoh:
Perkara
RM
Oriental Village Combo
110
Gunung Raya
10
Feri
23
Lunch
10
Dinner
10
Teksi
10

So seorang RM173 dan 3 orang jumlahnya RM519. Realistik la sikit letak jumlah tu jangan letak Lunch RM5 je. Nasi goreng kampung kat Oriental Village tu saja pun dah RM5.50/6 abis tu nak minum lagi. So RM10 tu kira pukul rata je la kot nak minum jus buah.  Tak kiralah seorang tu pesan apa, murah ke mahal ke tapi pilih yang dalam bajet RM10.

Tiket kombo Oriental Village tu dapat kurang sebab warganegara Malaysia iaitu RM90 seorang jadi dah dapat jimat RM20 di situ. Kalau 3 orang dah ada lebihan duit RM60. Hari akhir baki tinggal RM15. Boleh bahagi tiga balik tapi kitaorang pilih beli makan kat dalam ETS je. 3 sandwic cheese dan 3 air mineral. Ada baki lagi RM1.50 hehe.
Sky Bridge
4.Dari segi pemilihan kawan biasanya seorang tu kawan yang rapat dengan kita yang memang kita dah kenal sangat perangainya. Kawan yang ketiga tu tak kisahlah kalau tak rapat pun. Setakat ni kumpulan saya kawan ketiga tu sepupu atau adik kepada kawan kita tu. Last-last boleh jadi ngam pulak dengan derang.

5. Kena berfikiran terbuka dan jangan ikut hal sendiri. Setakat ni saya boleh ‘masuk’ dengan sesiapa pun sama ada orang tu kaki shopping  atau aktiviti lasak. Ikut je. Slogan yang paling penting untuk diamalkan oleh kumpulan jalan ni, IKUT JE.

3D Live Art Museum

6. Setiap ahli kumpulan tu juga jangan berkira dengan kengkawan masing-masing.  “Eh apa pulak aku makan sikit tapi kena bayar sama?” No No No  sangat cerewet ok. Percayalah kalau kita jenis tak berkira sangat, orang pun tak akan berkira dengan kita misalnya dia akan volunteer untuk belanja air mineral, beli souvenir untuk kita atau bayarkan bila nak masuk tandas.

7. Paling best kalau dalam kumpulan kita tu ada orang yang berduit dan dermawan. Yahoo biasanya dia memang akan belanja kita. Alhamdulillah. Tapi janganlah kita ngikut sekali cara dia berbelanja/shopping,  rabak dibuatnya. Ukur baju di badan sendiri ya.


Selamat bercuti bersama kengkawan.


Wednesday, October 14, 2015

Kembara Kedah (9 Okt-12 Okt 2015)- Bahagian 2

Langkawi Duck Tours di Oriental Village
 Sampai di Langkawi dalam 12.30 tengah hari. Sebelum ni  dah book pakej homestay dua bilik bersama  proton saga flx auto sekali. Tour guide ni dah tunggu di jeti. Kenal dia dari percutian ke Langkawi 2 tahun lepas.  Ambil name card je. Bagi sesiapa yang nak bercuti boleh try whatsapp:  Zafri 017-610 2619. Biasa orang ambil hotel, kan tetapi kitaorang jenis tak kisah duduk mana sebab kalau bercuti ni lebih banyak jalan je. Balik untuk tidur. Tapi lengkaplah homestay ni, mesin basuh, dapur, wifi, tv. Kitaorang siap masak-masak dan basuh kain lagi. Kami book untuk 2 malam.

Sampai homestay dah zohor. Lepas solat mulakan perjalanan ke Oriental Village – kereta kabel. Sebelum ni dah tengok website ada pakej kombo untuk semua aktiviti yang ada di sini RM110. Sampai sana, dinasihatkan orang tu datang pagi-pagi sebab kalau kombo ni dalam 4 jam baru selesai. Esoknya dah plan nak datang pagi-pagi seawal pukul 9. Terus ke Beras Terbakar sebab dah dekat situ dan shopping Daim le apalagi.

Telaga Harbour Park
 Penat jari-jemari kaki berjalan. Kena p pekena hot spring sat untuk berehat. Kami sampai pukul 6 petang, 1 jam lagi nak tutup. Waduh-waduh kena charge pulak dah. Masuk RM3. Tapi oklah sebab tempat dah lawa sikit dari sebelum ni. Nyaman kena air panas untuk berehatkan kaki.
Lepas maghrib, pergi ke Kuah pula kompleks HIG. Rupanya tutup 9.30 malam. Kami sampai 9 malam. Fuyoo ramai orang shopping sakan beg. Kebanyakannya memang mengheret beg besar-besar la. Ni mesti shopping banyak sampai tak muat beg ataupun dari awal memang dah plan nak beli beg baru sahaja.

Seterusnya pusing-pusing kawasan sekitar sahaja. Alhamdulillah pengalaman datang sebelum ni membuatkan perjalanan lebih mudah walaupun memandu malam sebab tau tempat-tempat tu. Kadangkala tu ada sesat laratnya juga tapi biasalah tu boleh tau jalan lain pulak. Seperti biasa memang tak suka pakai apps Maps/Waze pun walaupun sekarang lebih mudah kerana tak dapat menghayati suasana sekitar lagipun papan tandanya lengkap. Ikut sahaja. 

3D Live Art Museum. Realkan macam baru balik shopping dengan berstokin je pulak tu. Hehe. Memang tak lah, nak shopping gini punya banyak.

Gunung Raya, naik menara ni boleh lihat pemandangan lebih jelas tapi jerebu masih ada.
Shopping tak banyak mana pun sebab lebih suka melawat tempat-tempat. Datang kali ni perubahan yang dapat dilihat, banyak tempat yang dulu free dah kena charge dalam RM3-RM5. Nak masuk tandas pun rata-rata 50 sen. Tak jumpa langsung yang 30 sen. Yang free lagilah tak de.Dekat Chenang Mall lagilah RM1 dapat 1 tisu free.  Macam bagus je promosi haha.

Kami naik ETS balik ke Kuala Kangsar dari stesen Alor Star pukul 4.48 petang. Tiket feri ada pukul 1 petang, sesuai juga kalau ambil. Akhirnya risau pulak kot ada apa-apa hal nanti jam di tengah jalan atau feri lambat, terlepas pula ETS. Jadi tukar plan ambik pukul 11.30 pagi. Naik teksi dari jeti Kuala Kedah ke Stesen Kereta Api Alor Setar RM25. Bayangkan dalam kepala, besar juga Alor Setar ni mesti ada kantin kat situ. Sekali rupanya tak de. Kedai pun agak jauh sebab stesennya memang macam tersorok di hujung dunia. Aduhai. Nak naik teksi pergi Mall dekat situ macam malas dah sebab nak ngangkut beg akhirnya lunch dengan cekelat sahaja. Pelan asal, balik nanti nak naik ke Kuala Perlis dan naik kereta api di stesen Arau, memandangkan tak biasalah pulak kawasan Perlis tu, jadi pilih Alor Setar. Kadang-kadang kita lebih selesa pergi ke tempat yang kita tahu berbanding tempat yang baru. Alhamdulillah selamat sampai, misi menguji pengangkutan awam tercapai  sambil-sambil reunion dan bercuti.




Tuesday, October 13, 2015

Kembara Kedah (9 Okt-12 Okt 2015)- Bahagian 1

Gunung Jerai

Gurun – Alor Setar – Pokok Sena –Kuala Kedah - Langkawi

Kembara bersama kawan sekerja yang sudah lama tak jumpa. Akhirnya merancang untuk melawat bekas kawan sekerja kami juga yang kebanyakannya di Kedah. Dekat 12 tahun juga kami semua tidak berjumpa. Memandangkan sudah ada ETS ke utara eloklah naik yang ni je walaupun bersusah payah kemudiannya naik bas/teksi. Tapi dah namanya kembara, mencuba semuanya. Kiranya misi menguji efektif atau tidak pengangkutan awam di Malaysia heheh.

Dari Gurun menuju ke Shahab Perdana, Alor Setar. Nampak Menara Alor Setar.
 Kawan yang pertama tinggal di Gurun. Jadinya plan berhenti di stesen Gurun. Kawan yang kembara bersama ni duduk di Seremban. Jadi dia dah mula mengembara awal naik Ekspres Rakyat JB-Hatyai 8hb lagi pukul 11.30 malam. Saya pula bermula di stesen Kuala Kangsar naik ETS pukul 6.30 pagi 9hb. Ekspres Rakyat tu memang berhenti di KK juga tetapi memandangkan kawan tak biasa naik tren ni, susah pulak nanti nak turun naik tukar tren so dia terus tunggu di Gurun. Tapi ETS yang sampai dulu, pukul 8.40 pagi di Gurun, derang sampai 9.15 pagi.

Kawan di Gurun terpaksa pergi kursus last minute, so tak dapat jumpa dia. Alang-alang dah datang terus kami singgah di Gunung Jerai yang tak jauh dari stesen keretapi. Dekat je rupanya tapi teksi RM10. Naik atas tu dengan kereta, adalah orang yang akan bawa. Memandangkan kami bertiga je jadi macam kena sewa satu van tu RM60. Tak jadi pergi sebab misi kawan berdua tu nak shopping di Langkawi. 
Kota Kuala Kedah

Seterusnya pergi jumpa kawan di Pokok Sena. Dari Gunung Jerai tu ada bus stand di luar tu, kiri. Walaupun nampak signboard Alor Star ke kanan. Jadi kena guna pengetahuan am juga. Kalau signboard hijau tandanya arah highway tapi ni bas henti-henti mesti ikut jalan lama. Untuk kepastian  tanya orang yang ada kat situ. Confirm. Tambang 4.90 ke Shahab Perdana (Stesen Bas Alor Setar). Selesa basnya dan dapat tengok kawasan baru. Perjalanan lebih kurang 1 jam.

3 D  Live Art Museum di Oriental Village. Kiut sangat kucing ni.
 Sampai di Shahab Perdana patutnya ambil bas yang ke Pokok Sena- bas mara liner atau bas hbr. Mujurlah ada seorang kawan lagi ni yang boleh ambil kitaorang. Hehe…itulah manfaatnya berkawan biar ramai. Walaupun segan nak menyusahkan orang tapi derang tak kisah sebab bukannya selalu datang, kan. Penting juga untuk kita tahu peta Kedah supaya kita tahu mana kedudukan di setiap tempat tu jauh ke tak. Zaman sekarang ni senang lah maps pun di hujung jari tapi telefon tak ambil data so tiada internet. Jadi dah tengok maps awal-awal.

Tidur di Pokok Sena dan esoknya baru mula perjalanan ke Langkawi. Kawan hantar di jeti Kuala Kedah. Singgah sebentar di Kota Kuala Kedah.  Di sini juga ramai pengantin buat photoshoot . Cantik suasana di sini.
Mendaki Gunung Raya. Masih kelihatan jerebu.
Kota Kuala Kedah merupakan benteng pertahanan Melayu yang tertua di utara Malaysia. Kota ini dikelilingi dengan meriam yang dibeli dari Belanda dan British. Di dalamnya telah didirikan sebuah istana. Di samping dijadikan sebagai pusat pertahanan, kota ini juga menjadi pusat pentadbiran semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I. Kota ini kemudiannya diduduki oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.


Tiket ke Langkawi yang paling awal 7pg. Kami sampai pukul 9 pagi tapi tiket untuk 9.30 pagi dah penuh. Akhirnya naik feri 10.45 pagi. Sementara nak menunggu tu, ramai pulak yang duduk di lobi siap ada yang pegang jambangan bunga dan kamera menanti. Wah ni mesti ada orang-orang besar datang ni. Rupa-rupanya Permaisuri agong yang juga Sultanah Kedah naik feri pukul 9.30.