Wednesday, October 14, 2015

Kembara Kedah (9 Okt-12 Okt 2015)- Bahagian 2

Langkawi Duck Tours di Oriental Village
 Sampai di Langkawi dalam 12.30 tengah hari. Sebelum ni  dah book pakej homestay dua bilik bersama  proton saga flx auto sekali. Tour guide ni dah tunggu di jeti. Kenal dia dari percutian ke Langkawi 2 tahun lepas.  Ambil name card je. Bagi sesiapa yang nak bercuti boleh try whatsapp:  Zafri 017-610 2619. Biasa orang ambil hotel, kan tetapi kitaorang jenis tak kisah duduk mana sebab kalau bercuti ni lebih banyak jalan je. Balik untuk tidur. Tapi lengkaplah homestay ni, mesin basuh, dapur, wifi, tv. Kitaorang siap masak-masak dan basuh kain lagi. Kami book untuk 2 malam.

Sampai homestay dah zohor. Lepas solat mulakan perjalanan ke Oriental Village – kereta kabel. Sebelum ni dah tengok website ada pakej kombo untuk semua aktiviti yang ada di sini RM110. Sampai sana, dinasihatkan orang tu datang pagi-pagi sebab kalau kombo ni dalam 4 jam baru selesai. Esoknya dah plan nak datang pagi-pagi seawal pukul 9. Terus ke Beras Terbakar sebab dah dekat situ dan shopping Daim le apalagi.

Telaga Harbour Park
 Penat jari-jemari kaki berjalan. Kena p pekena hot spring sat untuk berehat. Kami sampai pukul 6 petang, 1 jam lagi nak tutup. Waduh-waduh kena charge pulak dah. Masuk RM3. Tapi oklah sebab tempat dah lawa sikit dari sebelum ni. Nyaman kena air panas untuk berehatkan kaki.
Lepas maghrib, pergi ke Kuah pula kompleks HIG. Rupanya tutup 9.30 malam. Kami sampai 9 malam. Fuyoo ramai orang shopping sakan beg. Kebanyakannya memang mengheret beg besar-besar la. Ni mesti shopping banyak sampai tak muat beg ataupun dari awal memang dah plan nak beli beg baru sahaja.

Seterusnya pusing-pusing kawasan sekitar sahaja. Alhamdulillah pengalaman datang sebelum ni membuatkan perjalanan lebih mudah walaupun memandu malam sebab tau tempat-tempat tu. Kadangkala tu ada sesat laratnya juga tapi biasalah tu boleh tau jalan lain pulak. Seperti biasa memang tak suka pakai apps Maps/Waze pun walaupun sekarang lebih mudah kerana tak dapat menghayati suasana sekitar lagipun papan tandanya lengkap. Ikut sahaja. 

3D Live Art Museum. Realkan macam baru balik shopping dengan berstokin je pulak tu. Hehe. Memang tak lah, nak shopping gini punya banyak.

Gunung Raya, naik menara ni boleh lihat pemandangan lebih jelas tapi jerebu masih ada.
Shopping tak banyak mana pun sebab lebih suka melawat tempat-tempat. Datang kali ni perubahan yang dapat dilihat, banyak tempat yang dulu free dah kena charge dalam RM3-RM5. Nak masuk tandas pun rata-rata 50 sen. Tak jumpa langsung yang 30 sen. Yang free lagilah tak de.Dekat Chenang Mall lagilah RM1 dapat 1 tisu free.  Macam bagus je promosi haha.

Kami naik ETS balik ke Kuala Kangsar dari stesen Alor Star pukul 4.48 petang. Tiket feri ada pukul 1 petang, sesuai juga kalau ambil. Akhirnya risau pulak kot ada apa-apa hal nanti jam di tengah jalan atau feri lambat, terlepas pula ETS. Jadi tukar plan ambik pukul 11.30 pagi. Naik teksi dari jeti Kuala Kedah ke Stesen Kereta Api Alor Setar RM25. Bayangkan dalam kepala, besar juga Alor Setar ni mesti ada kantin kat situ. Sekali rupanya tak de. Kedai pun agak jauh sebab stesennya memang macam tersorok di hujung dunia. Aduhai. Nak naik teksi pergi Mall dekat situ macam malas dah sebab nak ngangkut beg akhirnya lunch dengan cekelat sahaja. Pelan asal, balik nanti nak naik ke Kuala Perlis dan naik kereta api di stesen Arau, memandangkan tak biasalah pulak kawasan Perlis tu, jadi pilih Alor Setar. Kadang-kadang kita lebih selesa pergi ke tempat yang kita tahu berbanding tempat yang baru. Alhamdulillah selamat sampai, misi menguji pengangkutan awam tercapai  sambil-sambil reunion dan bercuti.




No comments:

Related Posts with Thumbnails