Friday, October 16, 2015

Oriental Village Langkawi

Tarikan yang ada di sini kebiasaannya kereta kabel. Ikut je papan tanda insya-Allah sampai. Laluan yang sama jika nak ke Telaga Tujuh.

Surf website terlebih dahulu untuk tahu harga tiket. Boleh juga book online tapi bagi warganegara Malaysia rugi kalau beli online sebab ikut harga pelancong RM110.  Beli kat kaunter lebih murah dan dia akan tengok IC.

Yang menarik di sini kereta kabel. Kita boleh beli yang mana kita nak masuk dan ada juga pakej kereta kabel dengan yang lain sekali. Walaupun dah pernah naik kereta kabel 3 kali sebelum ni tapi dah pergi dengan kawan-kawan kira naik sekali lagi aje lah. Kami ambil pakej kombo yang ditawarkan.
3D Art Museum

Hari Ahad buka 9.30 pagi tapi kalau tak silap tiket dah jual awal sikit.

Dalam pakej kombo, tiket termasuk:
Sky Cab, Sky Dome,6D Cinema,Duck Tours dan 3D Art Museum. Jumlah RM90 untuk warganegara Malaysia.
3D Art Museum

3D Art Museum tarikan terbaharu. Memang kami tuju ke sini dulu takut orang ramai dan susah nak bergambar. Yes kami bertiga je dalam tu, so dapatlah bergambar dengan penuh drama hehe. Kasut kena letak di rak. Setiap bahagian ada tema dan ikut je panduan bergambar yang disediakan di situ dapatlah gambar yang kelihatan real.

Setelah habis di situ terus ke Sky Cab. Sebelum menunggu ke Sky Cab tu dia suruh masuk ke Sky Dome. Animasi yang boleh ditonton pada sudut 360°. Keadaan tempatnya macam tengok planet/bintang dekat Planetarium Negara.. erk tapi itu zaman dulu kala, sekarang tak tau ada ke tak. Kita duduk menyandar dan dongak. Pening sekejap bila tengok roller coaster berpusing.
Sky Bridge. Pemandangan dari bahagian atas

Seterusnya berbaris ke Sky Cab. Ada dua perhentian di situ. Boleh berhenti di tengah atau terus ke atas. Kalau nak naik atas terus tak perlulah turun, duduk saja di situ. Nak pergi dua-dua pun boleh sebab tak dihadkan masa duduk atas tu. Di bahagian atas kita boleh naik Sky Bridge. Last pergi tak kena bayar, tapi yang ni dah bayar la pulak. RM5 seorang. Kena menuruni tangga kecil, oleh kerana laluan keluar dan laluan masuknya sama, kadangkala kena saling toleransi bagi jalan. Siapa yang pakai kasut tinggi memang tak berapa sesuai nak turun tapi boleh je sebab ada tangga cuma kemudian nanti mesti sakit jari jemari tu. Bila turun senang je, bila nak balik…fuh tercungap-cungap mintak nyawa. Wawawa dah lama tak bersenam. Siapa yang tak nak bayar boleh je naik bahagian atas tu..pemandangannya pun dah cukup mengagumkan.
Ketika menuruni kereta kabel kita boleh nampak air terjun ni. Subhannallah indahnya alam ciptaan Tuhan.


Simpan tiket elok-elok ya sebab nak keluar nanti kena scan kat exit.

Turun je tangga terus pergi ke 6D Cinemation.Tulis di kaunter siapa yang tiket kombo  kena ambil masa tayangan dulu. Tapi dah rezeki kami kot sebab tak payah tunggu lama terus boleh masuk je. Akan diberi cermin mata 3D. Namanya pun 6D jadi kita bergerak dan boleh merasa angin, air dan segalanya ibarat berada dalam movie tu. Jangan lupa pakai seat belt dan pegang di tempat pemegang yang disediakan takut anda betul-betul tercampak kat dalam movie tu hehe. Enjoy.
Kenderaann amfibia, di darat dan di air
Akhir sekali kami ke Duck Tours yang terletak di pintu masuk/keluar. Yang ni pun ada waktu naik juga. Jadi lebih elok kita tahu waktunya supaya boleh merancang.  Sebelum ni pernah nampak ‘itik’ ni masa p Singapore tapi tak pernah naik. So kita cuba di sini. ‘Itik’ ni bergerak terkedek-kedek melintas jalan menuju ke Telaga Harbour Park. Belakang stesen minyak Petronas, tempat kapal layar berlabuh. Menikmati suasana redup dan nyaman, apabila tiba splashing point hehe jaga-jaga bagi siapa yang duduk di tepi. “Itik” terjun masuk air kemudian dari roda bertukar fungsi kepada bot. Cantik pemandangan.  Perjalanan mengambil masa 45 minit.
Setelah masuk ke dalam air kita dapat lihat pemandangn tempat kapal-kapal layar ini berlabuh

Pusing-pusing kawasan ini, untuk menikmati pemandangan.

Tak rugi beli tiket kombo. Puas hati. Dekat 5 jam juga dekat situ habiskan semuanya. Boleh pilih yang mana satu kita nak pergi dulu tapi paling terbaik pilih 3D Art Museum dulu. Nanti kalau ramai yang ada situ, malu pulak nak bergambar. Maklumlah kena gali emosi nak bagi gambar nampak real.


No comments:

Related Posts with Thumbnails