Thursday, November 19, 2015

ETS Kuala Kangsar-Kuala Lumpur (17 Nov -18 Nov 2015)

Stesen Kuala Kangsar. Sebelum ETS ni ada Ekspres Rakyat yang ke JB pukul 9.50 pagi. So boleh juga kalau nak naik untuk pergi KL tapi lambatlah sampai sebab berhenti banyak tempat.

Sejak ada ETS ni, ETS jadi pilihan utama berbanding bas walaupun tambang sekali ganda tapi ketepatan masa tu lebih terjamin dan selesa.  Nak membaca, tak adalah goyang sangat, nak menulis ada meja, lapar pergi ke kafe, minum/makan banyak  tak perlu risau, tandas ada.  Tambahan pula berhenti dekat KL Sentral jadi senang boleh naik LRT, Monorail, Komuter atau ERL untuk pergi ke destinasi pilihan seterusnya.

 Alhamdulillah setelah jerebu menghilang, dapat melihat pemandangan indah ciptaan Tuhan.

 Tiket RM44 dewasa sehala. Rasanya orang di KK ni beruntung juga. Walaupun bandar kecil je tapi sebab ia stesen diraja jadinya keretapi berhenti juga. Trip untuk ke KL dah bertambah. Stesen berdekatan, Padang Rengas dan Sungai Siput tapi ada yang singgah ada yang tidak.

Trip terbaru Padang Besar-Gemas . Last stop Gemas tapi ramai yang turun di KL Sentral.
Laluannya:
Kuala Kangsar 10.02 pagi
Ipoh 10.27 pagi
Tanjung Malim 11.45 pagi
KL Sentral 12.45 tengah hari
Kalau tengok di tv, laluan seterusnya Bandar Tasek Selatan-Kajang-Nilai-Seremban-Gemas

Walaupun boleh aje balik hari, macam rugi je tak jalan-jalan dulu setelah banyak perubahan yang dilihat. Oh stesen Bangsar dah tukar  nama kepada Bank Rakyat Bangsar dan Universiti dah tukar kepada Kl Gateway Universiti.
KL Sentral. Kadang-kadang berlepas di pintu A, kadang-kadang di pintu B. Tapi senang je nak tengok, kalau ramai orang tu, di situlah kita tunggu.
So balik esoknya KL Sentral-Padang Besar
Laluannya:
KL Sentral 9.30 pagi
Tanjung Malim 10.36 pagi
Tapah Road 11.17 pagi
Kampar 11.27 pagi
Ipoh 11.47 pagi
Kuala Kangsar 12.16 tengah hari.


Adoi ni yang lemah bila tengok iklan ni.. hehe. Tingkat yang sama sementara tunggu keretapi datang.. Akhirnya dapat juga dua buah buku RM12 je. Itupun nasib baik dah keluar pengumuman suruh turun kalau tidak mahu lepak kat situ lagi.

Elok pulak orang kat kaunter tu tanya nak tiket tepi tingkap ke. Tak kira kapal terbang atau keretapi atau bas, lebih suka dapat tepi tingkap sebab boleh tengok pemandangan.

OTW sampai ke KK. Alhamdulillah.

Semat Quran: Kursus Terjemahan & Pemahaman Al-Quran 8-12 Nov 2015

Bawa quran sendiri untuk lebih mudah. Lebih baik quran yang ada word by word tu.
 Huish besor bunyinya, nak terjemah al-Quran tu… Tak adalah… lebih kepada memahami al-Quran yang dibaca. Bandingkan bila kita baca buku English dan buku yang sama tapi telah diterjemahkan. Tentu ia akan sikit berbeza bila kita membacanya sebab dah ada orang yang ketiga. Bacaan secara terus kepada penulisnya mesti lebih menusuk terus ke hati. Betul tak?

Ada belajar sikit-sikit nahu
Kebanyakan ayat Quran ni terdiri dari kata nama jadi bila kita ikuti kursus ni kita diajar untuk penggal ayat dan detect ayat yang ada kamu, mereka, aku, kata sendi, kata penyambung dan lain-lain. Jadi kita dapat tahu kata akarnya yang mana. Sebenarnya perkataan-perkataan bahasa Arab tu memang dah biasa kita dengar dan ada yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Sebelum datang ke sini memang dua tiga kali jugalah menanya ustaz ni, “Saya tak pernah langsung belajar bahasa Arab, bolehke? Nanti tak faham.” Ustaz kata, “Lagi mudah untuk faham”. Tetiba ada pulak yang kata, “Eh hari tu ada seorang yang pergi tu kata kena ada basic juga.”

Udah goyang juga dibuatnya. Hehe.. Nasib baik mak cik yang pernah ikuti kursus ni meyakinkan.. boleh..kecualilah kalau buta huruf.

Alhamdulillah dapat memahami setiap pengajaran. Cuma nak kena hafal tips dan buat latihan selalu.

Allah dah kata, al-Quran ini mudah :-

54:17 Sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran itu menjadi peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran (daripadanya)?

54:22 Sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran itu menjadi peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran (daripadanya)?

54:32 Sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran itu menjadi peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran (daripadanya)?


54:40 Sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran itu menjadi peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil pengajaran (daripadanya)?

Ada pasar raya juga di sini, boleh datang tengok

 Ada yang datang dari Kedah, ada yang datang sebab nak tanya macam mana sahaja tapi terus masuk kelas, ada yang datang makan di situ dan tengok iklan. Akhirnya kami bertemu di kelas ini. Semoga kami istiqamah dalam membuat latihan. Insya-Allah. Sekarang ni kalau baca quran mesti dah automatik nak penggal. Bukan penggal kepala ya penggal ayat hehe.

Semat Quran Ipoh
99 Jalan Meru Perdana 1
Taman Meru Perdana
31200 Chemor, Perak

Kalau dari Mydin Meru tu menghala ke Chemor, berhadapan sekolah chepor kot nama sekolahnya. . bangunannya belah kiri. Kalau dari Kuala Kangsar, terus menghala ke Ipoh dan di Chemor tu ada nampak Shell dan masuk kanan dan terus je, lepas air terjun Ulu Chepor, bangunan di sebelah kanan.
  
Restoran ni semua orang pun boleh datang makan. Bukan untuk student kat situ je. Kami makan sedap je hari tu. Cuma saya dah lupa waktu dia buka, kalau tak silap 12 -3 lepas tu rehat dan  6-10 malam. Ada tulis kat depan pintu tu.
Jadual kursus. Ada ujian. Sebelum ujian tu ada ulangkaji bersama-sama. Sudahnya soalan masa ulangkaji boleh jawab bila soalan yang sama keluar dekat ujian tu udah tak boleh jawab. Adoii.. gabra lah tu.

Kuntum Si Peramal Cuaca

Biasa dengar,kan binatang ni ada six sense . Dia boleh tahu ada bahaya di sekitar atau bencana alam.  Dengan bangganya saya nak beritahu ku...