Wednesday, March 30, 2016

Phasaa Thai (Bahasa Thai)

Seperti kita belajar a-ayam, b-bola dalam bahasa Thai juga sama, ko-kai (ayam), kho-khai (telur)

Kalau nak diikutkan bahasa Thai ni susahnya tang ejaannya sebab hurufnya beza. Tapi sebaik kita dah belajar sebenarnya senang je macam a-z.  Ia juga ada huruf konsonan dan huruf vokalnya sama macam Bahasa Melayu  Eja boleh, fahamnya idak. Sama macam bahasa Inggeris, kalau kita tak tau maknanya, memang tak faham juga lah walaupun boleh baca. Susunan bahasanya sama macam BM jadi mudah juga nak ingat.

Contoh: Phut phasaa ang-glid dai mai? (Cakap bahasa Inggeris boleh tak?)

Phut- cakap
Phasaa ang-glid – bahasa Inggeris
Dai mai – boleh tak

Satu lagi susahnya sebab dia ada nada (tone). Sama macam bahasa Mandarin.  Cuma Thailand lebih satu, ada 5 tone. Salah nada boleh jadi salah makna juga. Tapi tak kisah sangat bagi pelancong kalau salah cakap, at least kita cuba cakap. Kalau salah pun derang gelak sahaja.

Kebiasaannya bahasa Thai ada penggunaan khrap/kha di hujung setiap ayat. Partikel  yang menunjukkan adab sopan dalam berbahasa, dan kadang boleh menunjukkan maksud ‘ya’  mengikut konteks ayat. Kalau lelaki yang bercakap dia akan gunakan khrap tapi kalau perempuan yang bercakap dia akan guna kha.

Contoh: Saya nak cakap hi pada seseorang saya akan cakap, “Sa-wat dii kha.” Kalau Ahmad yang nak ucap hi kepada seseorang (tak kira lelaki atau perempuan), “Sa-wat dii khrap.”

Antara ayat yang biasa saya gunakan ketika di sana, maklumlah dah lama tinggalkan. So memang tak mahir pun.

Bila seseorang bercakap dengan kita dalam bahasa Thai;
Balas: Mai khao jai. Phut phasa ang-glid dai mai?
          Tak faham. Cakap bahasa Inggeris boleh tak.

Kalau nasib baik, memang dia tukar cakap bahasa Inggeris, atau cari orang lain yang boleh berbahasa Inggeris.

Antara perkataan lain yang digunakan.
Boleh tak? -Dai mai? 
Tak boleh -Mai dai
Yi sip bhat -THB 10
Nueng roi bhat-THB 100
Yi sip ha - 25
Aroy -Sedap
Rot fai -Kereta api
Sathanii -Station *kalau naik BTS memang akan dengar selalu.
Sathanii rot fai-Stesen kereta api *kalau naik teksi. Selain dari cakap Hua Lamphong station. Boleh cakap ni.
Cha chaa-Perlahan-lahan *biasanya guna untuk suruh orang cakap perlahan-lahan (Phut cha chaa kha) tapi haritu masa massage nak suruh dia urut pelan-pelan. Boleh je dia faham. Betul la tu hehe.
Naathi – minit --> yi sip ha naathi -25 minit
Naan thawrai – berapa lama (masa) *boleh guna masa nak tahu  berapa minit bot ni akan berjalan/masa nak cruise
Khop khun – terima kasih
Hong naam yoo ti nai?- bilik air di mana?
Hong – bilik
Naam – air à mae naam – river. Mae naam Chao Phraya – Sungai Chao Pharaya
Bila kita ditanya, “Nak thawng thiao?” (Pelancong?) Boleh anggukkan kepala atau jawab kha/khrap
Maa  caak nai?” (Datang dari mana) Malaysia


Laa kawn – Goodbye

Drama @ koc

Allah jadikan manusia pelbagai bangsa dan warna kulit untuk kita saling kenal-mengenali. Apabila kita berjalan sendiri (bukan ikut pakej) kita akan bercampur dengan orang tempatan dan pelbagai ‘warna’ perangai yang dapat dilihat.

 Kejadian dalam kereta api yang lalu,  belakang tempat duduk saya je.  Orang putih ni baru naik dan dia patutnya duduk upper bed. Dengan beg yang besar, dia minta sami yang duduk di sebelah supaya pindah barang atau pindah tempat sebab nak letak barang dia. Datang la seorang ni yang duduk di hadapan, keras sedikit suaranya, "eh mana boleh suka-suka hati suruh sami pindah sebab kena hormatkan sami tu." Memang tegang jugalah berbalas-balas dalam bahasa Inggeris dan siap orang tu cakap biadab jangan datang Asia. Saya dengar je tak berani nak toleh. Actually, lelaki tu baik juga sebab dia tolong kitaorang angkat beg dan cari tempat duduk. Dan dia bagi sami tu tempat dia, mungkin sebab tempat dia tu selesa sikit,  Orang putih tu pun sebenarnya cakap elok je mula-mula. Akhirnya orang putih tu protes, dia tukar baju dan seluar kat situ jugak. Haha selamba dia je. Lepas tu tak nampak dia pergi mana, mungkin lepak dekat gerabak lain. Barang dia ada lagi sampai Bangkok.

Waktu malam, ketika masing-masing dah masuk ‘sarang’ ada pula seorang ni ketuk tiang besi, “Ting!Ting!Ting!”. Memang gangguan nak tidur walaupun bunyi kereta api tu lagi kuat. “Ting! Ting! Ting! Dia duk bunyi lagi. Lepas tu ada dengar orang sound suruh diam. Bila seorang dah sound, yang lain pun mula la berani sound juga dari celah-celah langsir tu. Haha. Baru diam orang tu.

Ketika perjalanan ke Kanchanaburi. Menu dihulur oleh pekerja kereta api untuk pesan dinner. Memang banyak tak halalnya tapi ada fruit in syrup dengan pilihan pelbagai buah- pilih nangka, 3 botol palm water-itu je air yang ada dan rice crispy, “Nasi yang rangup- kerak nasi ke? Hehe. Kalau tengok gambar macam kuih inang-inang. So kitaorang pun pesan 3 menu ni. Siap dia tanya, itik tak nak?

Pukul 6.30 dinner sampai. Orang yang jual ni yang hantar order. Sekali yang datang, nangka tu macam halwa tapi punyalah manis sesangat.  Banyak le pulak tu. Palm water, 3 botol besar macam orang jual madu dekat kampung-kampung tu. Masa dia nak bagi rice crispy, dua tiga kali dia tengok kitaorang lepas tu dia tak bagi sambil cakap bahasa Thai tak boleh, dan ada la lagi, tak faham. “Ha? We order rice crispy. Masa tu lah orang depan kitaorang ni cakap, pork. “Ha, don’t want ..don’t want.” 

Dia patah balik lepas tu dia beri kuih lapis sambil angguk-angguk kata ni boleh. Mujur pakai tudung. Kalau tak, mesti dia bagi je. Alhamdulillah ‘dijaga’ oleh Allah melalui orang lain yang bukan Islam. Tudung bukan untuk menutup aurat je, tapi membuatkan orang hormat kita sebagai seorang Muslim.  Punyalah dah berlatih ejaan babi macam mana tapi sebab tengok menu bahasa Inggeris tak nampak bahan-bahan. Lepas kejadian tu, tanya orang depan palm water tu apa sambil google pokok kelapa dalam bahasa Thai.  Pokok palma-kelapa-kabung-tuak? Kang mabuk pulak.  Dia pun guna telefon untuk google – luk tan- suruh dia cari Inggeris tak tau pulak. So google semula Luk Tan tu- pokok kabung. So nira lah. Macam yang biasa jual dekat kampung-kampung. Tunjuk dekat dia google image pokok kabung. Dia angguk. Hehe. Nasib baik juga beli sim kad ni. Senang untuk communicate. Manis tu kalau togok begitu je. Orang belakang minum dengan ais. Adoi dahla 3 botol berat-berat nak bawak balik. Masa naik tren ke Bangkok, teringin nak tengok menu yang ditawarkan. Bila dah dapat menu, problem jugak. Haha.
Persediaan - ejaan babi (muu) dan anjing.(sunak)-formal ataupun maa 
24 Mac yang lalu, dalam paper ada berita rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki seludup dadah naik tren macam ni lah. Selang 2, 3 hari saja dengan saya. Jadi, berhati-hatilah mungkin anda berada di tempat dan di waktu yang salah. Tak pasal-pasallah pulak, kan. Kunci bagasi. Kalau yang tak berkunci tu, jangan tinggal tanpa pengawasan. Suruh kawan tengok kalau kita pergi ke tandas. Kalau yang duduk upper bed tu memang elok letak beg dekat bahagian atas. Dekat dengan kita.

Friday, March 25, 2016

Antara Kereta Api dan Kapal Terbang

Masih topik Bangkok dengan kereta api. Perjalanan lebih 20 jam so idea semua dah tulis dalam phone heheh.

  • Tak perlu tunggu lama sebelum nak berlepas. Lagi 10 minit train nak jalan pun boleh lenggang kangkung lagi, sebab kalau tak jumpa koc, kita naik je mana-mana koc nanti sampai juga di tempat kita.
  • Tempat duduk luas. Sebelum ditukar menjadi katil pun tempat duduk boleh duduk dua orang. Selesa. Boleh bersila, bersimpuh. Silakan.
  • Bila seat ditukar menjadi katil, ada langsir tutup. Privacy lah sikit ruang kita. Dulu masa pergi ke Korea ambil seat yang boleh dibaringkan (hmm lupa namanya) tapi seat sebelah lagi tu lelaki la pulak. Camne nak tidur tu? Tak lena dibuatnya. Malu. Tarik selimut tutup muka.
  • Boleh jalan sepanjang-panjang gerabak tu.
  • Boleh bawa makanan sendiri. Memandangkan menu kereta api tak halal, kita boleh prepare makanan sendiri. Saya bawa biskut, roti, air kotak, kerepek. Ok je makan tak ada derang marah pun. Derang pun tak bagi menu dekat kita sebab dah tahu tak akan beli. Masa train ke Bangkok tengok dinner orang lain ada tembikai aduhai, kecur air liur.  Awat pelayan ni tak huluq menu. Haha. Setiap kali stesen berhenti memang ada orang yang akan naik jual makanan. Dah lama tak tengok suasana macam ni. Masa naik kereta api tahun 80an sahaja rasanya masih ada orang naik jual di atas kereta api. Masa train balik ke Malaysia, sempat makan mi segera je sebelum tu sebab tak sempat nak mencari kedai.  Masa train berhenti kat stesen pertama, ada orang naik jual nasi dengan telur mata kerbau dan ntah apa benda lagi dalam tu – tak halal, tapi dah terbayang sedapnya dapat makan telur mata kerobo. Lintasan dari hati, makbul pula bila sampai di stesen seterusnya. Penjual tu nampak kitaorang je," Assalammualaikum, dah makan nasi ke ni? Saya jual nasi dengan telur dan lauk ayam. Halal ni.” “Eh betul ke halal?” “Betullah, saya orang Pattani, saya duk sini. Nak tak ni? Saya dah nak turun sekejap lagi.” Dengan Bhat yang masih berbaki, beli juga THB35. Alhamdulillah, kenyang. Lena tidur malam tu. Kalau tidak makan kerepek je.
  • Kalau orang yang tak boleh hidup tanpa internet tu, beli je sim kad Siam.  Masa train bergerak ke Alor Setar, pelayan ni dah jual sim kad. Hanya ada brand dtac je THB200. Siap dia tolong set kan. Katanya kalau sampai di sana baru beli nanti kena guna pasport untuk daftar. Yang ni dah siap dan sampai sempadan je dah boleh guna. Belum sampai Bangkok tak pasal-pasal dah keluar Baht. Ish ish ish. Tapi puas hati, lajunya surf. Boleh buka You tube tanpa ada gangguan. Online sepanjang masa. Pastikan power bank ada untuk kekal online

  • Boleh cas handphone. Tapi macam satu gerabak dua plag je. Pastu letak dekat satu kerusi sahaja. Saya bernasib baik masa nak pergi tu, plug dekat kerusi sendiri. Tak payah pergi jauh.
  • Tandas ada cangkung dan duduk. Yang penting ada air ya. Tak perlu risau. Siap ada shower lagi kalau nak mandi. Camne nak mandi tu kalau bergoyang sentiasa. Walaupun tandas buruk sebab kereta api lama tapi still selesa sebab ada air. Di luar tandas ada dua sinki dan cermin. So boleh cuci muka dan gosok gigi di sini.
  • Cuma yang paling tak tahan naik kereta api ni, asyik delay je. Tak pernah tepat waktu nak sampainya.  Baik dia terus tulis waktu paling lewat idak le terasa sangat kelewatan tu.

Masa di stesen Bangkok waktu nak balik tu, terpandang kereta api ni, macam mewah. Dari jauh nampak lampu tidur. Lepas tu tulis di gerabak tu Bangkok – River Kwai Kuala Kangsar-Singapore. Bior betul ni, Kuala Kangsar? Ai dekat Bangkok boleh jumpa nama KK.  Spek tak pakai, tenyeh-tenyeh biji mata, ni sebab nak balik sangat ke dah ni sampai ternampak-nampak nama kuale. Haha. Akhirnya Google pasal E&Otrain. Rupa-rupanya memang ada brief tour pasal KK. Wah!! Keretapi mewah ni, tambang kira pound cer cuba kali dengan RM.  Bila boleh dapat merasa ni.



Thursday, March 24, 2016

Special Express Train – Bangkok

Ke Bangkok dengan kereta api, naik di stesen Butterworth. Tiket boleh beli di mana-mana kaunter KTMB. Katil upper dan lower harga berbeza.

Lower RM 111.90 pukul 2.00 petang dan tiba esok harinya pukul 10.30 pagi
Upper RM103.90
Kereta api Thai. Dari Butterworth dua gerabak je dengan enjin.

Stesen Padang Besar untuk urusan imigresen

Tiket balik ke Malaysia kena beli di stesen Bangkok sebab kereta api sana.  Boleh beli online, tapi bukannya stesen tu yang jual, kena ambil dengan ejen. Harga pun mahal sikit dari biasa. Memandangkan saya haritu macam jadi tak jadi je nak pergi so gamble ajelah tiket beli masa dah sampai sana. Jadual tentang kereta api boleh rujuk di www.train36.com dan dari situ akan jumpa pautan nak beli tiket secara online. Kalau tak ada tiket, cara lain nak balik: Bangkok ke Hatyai naik kereta api - Hatyai ke Kedah dengan bas dan pergi mana-mana stesen ETS.

Butterworth tepat pukul 2.00
Bukit Mertajam
Sungai Petani
Alor Setar 3.41
Arau 4.22
Padang Besar 5.00

Kereta api berhenti di setiap stesen ni, maknanya boleh je nak naik di mana-mana stesen kalau tak naik di Butterworth)

Dalam train dah diberi arrival dan departure card oleh pelayan/pramugara(?) kereta api. Biasanya saya akan isi kad putih ni bila dah dekat destinasi tapi haritu rajin pula terus tulis. Ha nasib baik dah siap tulis sebab sampai imigresen Padang Besar memang nak bagi dah. Semua orang turun bawa pasport (bagasi tak perlu bawa, tapi masa balik Malaysia kena bawa keluar semua barang sebab tukar tren dan nak scan bag) dan masuk imigresen Malaysia kemudian pusing ke imigresen Thailand pula. Urusan di situ sekejap je tapi duduk 2 jam di situ sebelum train meneruskan perjalanan. Dalam train masa tu dah siap dinner untuk orang yang pesan makanan. Perjalanan diteruskan  pada 6.45 petang. Sampai di Hatyai 7.40 malam dan berhenti lama la juga sebab dia sambung gerabak. Dari Butterworth tadi dua gerabak dengan enjin je.
Ruang bagasi di tepi, ada juga ruang bagasinya di bawah tempat duduk. Gerabak lain-lain. Tangga tu untuk memanjat ke katil atas.

Selesa kerusi ni. Luas. Kalau tak malu, boleh je sandar di bantal tu sambil juntai kaki. Aish perempuan melayu terakhir jangan buat gitu ya. Sopan sikit dengan orang  yang lalu lalang.

8.10 malam, seat ditukar kepada katil. Aisayman tak ada tingkap kat atas, tak dapat tengok pemandangan malam, pemandangan terhad dekat siling train je. 

Esok pagi jalan-jalan di dalam gerabak dan singgah di kantin makan roti bakar dan teh. Katil pun dah simpan dan tukar seat balik. Kalau jalan berdua, boleh pilih upper dan lower bed jadi bila duduk (sebelum jadi katil) tu dapat duduk berdepan. Teruskan perjalanan:

Hua Hin 7 pagi
Phetchaburi 7.50 pagi
Ratchaburi 8.35 pagi
Dijangka sampai pukul 10.30 sudahnya sampai 11 lebih. Turun sahaja train boleh teruskan destinasi sebab tak perlu cop-cop pasport dah sebab dah cop kat sempadan semalam.
Dah lewat petang barulah katil akan dipasang. 

Plan balik sepatutnya 21 hb Mac tapi tiket habis, tengok tiket 20hb ada tiket upper bed sahaja, ambil sahajalah walaupun terpaksa balik awal. Bangkok- Padang Besar THB 870 pukul 2.45 petang dan dijangka sampai 7.55 pagi esoknya. Train ke Bangkok hari tu sempit sikit dan dia bagi THB 60 (untuk 2 orang) sebagai ganti. Orang yang duduk atas memang macam ngam-ngam je luruskan badan. Bila balik Malaysia katil atas lebar sedikit. Air cond sejuk sangat jadi boleh juga kaki tu nak mengerekot. Saya tak pernah merasa duduk di bawah tetapi kawan kata, duduk atas lebih selesa sebab bila kereta api tu berhenti di setiap stesen tak ada rasa gegar sangat. Cuma nak memanjat tu la masalahnya. Untuk yang berkaki panjang boleh lonjakkan badan. Bagi yang renit je ni.. pandai-pandai sendirilah ya. Bila dah naik tu, memang malas nak turun balik. So pergi bilik air siap-siap sebelum tidur.
Ruang solat dekat platform. Bila turun kereta api dah boleh nampak. Ruang wuduk ada di sini sekali.

Yeay! Sampai.

Kaunter jualan tiket. 


Stesen kereta api Bangkok ada surau yang boleh nampak dekat platform. Sebarang pertanyaan boleh ke kaunter information. Dekat situ ada seorang perempuan yang boleh berbahasa Melayu. Saya cakap bahasa Inggeris haritu orang tu tak faham. Haha. Dia suruh cakap pelan-pelan. Datanglah orang Thai ni, dia cakap kita cakap Bahasa Melayu ya! Slang Kedah campur Kelate.

Tandas di situ boleh mandi juga. Masuk tandas THB 3. Mandi harga lain. Di bahagian atas nampaknya ada kaunter pelancongan Thai tapi saya tak pergi hari tu.

Tiket balik boleh beli di kaunter. Perlu tunjuk ic/passport. Sebenarnya ada ruang khas untuk pelancong beli tiket dalam bilik kaca sebelah kaunter tiket tapi haritu tak nampak jadi saya beli di kaunter biasa.

Di sini juga stesen MRT Hua Lamphong. Jadi teruskan destinasi anda sama ada nak naik MRT atau teksi. Kalau perlu naik BTS (Sky Train) naik je MRT ni dan cari stesen pengantaranya. Peta ada kat situ boleh tengok. Contoh macam di Stesen Masjid Jamek kita nak ambik tren ke Ampang. Jadi tukar laluan, kan. Sekejap je dah boleh mahir tu. Insya-Allah.

Wednesday, March 23, 2016

Bangkok 16-20 Mac - Akhir

Melarikan diri dari kesibukan Bangkok, kami pergi ke Kanchanaburi. Melawat Bridge on the River Kwai. Landasan kereta api maut. Ni belajar Sejarah dulu-dulu ni. Masa zaman Jepun, ramai yang dipaksa bawa ke sini untuk menyiapkan landasan kerana Jepun nak melebarkan kuasanya ke India melalui Burma. Perjalanan satu hari naik kereta api lagi! Pilih kelas ketiga yang tiada air cond, konon-konon nak keluar kepala ikut tingkap  macam cerita Hindustan eh hahaha. Sudahnya panas membahang dalam kereta api, nak pengsan dibuatnya.  Bekalan air pulak tak bawak secukupnya.

Orang ramai boleh bergambar di tengah-tengah jambatan ini. 

Batu tanda yang menunjukkan pembinaan landasan kereta api maut ini bermula di stesen Nong Pladuk

Cak!

Kereta api melalui Wampo Viaduct. Suspen, dekat sangat dengan tebing tu, memang jalan-jalan pelan-pelan lepas tu dia mengundur semula mungkin sebab dah terkena tebing tu. Boleh google image Wampo Viaduct tu macam mana.

Mengenang kembali sejarah lama, fuh memang susah tu nak buat landasannya kalau tengok keadaan geografi yang melalui sungai dan gunung, jauh pulak tu. Dahlah masa tu tiada peralatan, kan. Sepanjang perjalanan ada penerangannya, tapi dalam bahasa Thai, boleh faham dua tiga patah je, adoi idak le dia terangkan dalam bahasa Inggeris tak berapa nak feelinglah sejarahnya, cuma ingat dalam sejarah Malaysia je.

Kesimpulannya, masa belajar dahulu pensyarah ada kata kalau di Malaysia, setiap hari berita di TV dan akhbar muka siapa yang banyak keluar? PM. Tetapi di Thailand, cerita rajanya yang banyak keluar. Bila sampai sini memang la nampak penghormatan kepada rajanya sangat tinggi. Di setiap tempat mesti ada gambar rajanya. Tak kira la nama hotel gah dan dah bina cantik, kat situ tiba-tiba ada juga gambar rajanya dengan frame besar lagi. Di bulatan, di jalanan memang ada sahajalah.

Penghormatan kepada sami juga tinggi, dekat stesen kereta api Bangkok sendiri memang ada disediakan tempat duduk khas untuk sami di barisan depan siap ada tulis sign. Dekat sini memang banyak la Wat (kuil). Hampir di setiap tempat dekat celah hutan mana pun ada. Derang bila nampak temple tu akan sembah. Tak tahulah temple yang macam mana, rasanya macam yang betul-betul besar. Budak-budak sekolah je tu, maknanya derang ni walaupun budak muda kira alimlah (alim cari dialah).
Perhatikan gambar dua orang yang duduk ni.

Masa lagu kebangsaan dimainkan (mungkin la ya, tak ada orang nak ditanya) motor ni berhenti. Habis je lagu tu baru dia gerak  

Gambar dua orang tadi dah berdiri sama dengan yang lain-lain tu, berdiri tegak.

Satu lagi yang menarik dilihat, semasa di stesen kereta api, pukul 8 memang ada dengar macam pengumuman lepas tu ada dengar lagu. Lepas tu tengok orang yang berjalan berhenti tiba-tiba. Lagu kebangsaan gamaknya. Keadaan macam tu seakan-akan waktu berhenti. Sekali lagi dapat lihat masa di satu stesen kereta api, memang pasang speaker kuat. Orang yang atas motor tu dia tak teruskan bergerak tapi still tunggu lagu tu habis. Bila habis sahaja lagu tu, baru semuanya bergerak semula.  Kagum juga tengok kesetiaan rakyatnya.


Marathon dari train ke train. Balik  dari Bangkok ambil tiket berhenti di Padang Besar, kononnya lepas tu naik ETS sahaja sebab malas nak berhenti di Butterworth. Delay sangat kereta api dari sana, terlepas ETS. Sepatutnya sampai 7.55 pagi tapi dekat pukul 10 sampai.  Tiket pula habis, yang tinggal tiket keretapi biasa (Express Peninsular) pukul 7 malam.  Letak beg di kantin (baru tau boleh tinggal beg di situ – RM5 seorang) dan jalan-jalan di Padang Besar dulu. Dalam kereta api sejuk sangat, bila keluar panas sangat, tak larat nak jalan-jalan. Rasa macam tak jejak kat bumi…fikiran dah terawang-awang ke langit ketujuh dah rasanya hehe.. lastnya sewa motel je untuk berehat.  Dengan sim kad siam yang  masih laju nak surf (berbaloi beli THB 200 – internet unlimited, laju siap boleh tengok you tube lagi masa dalam train) dapat cari motel dalam Padang Besar tu je. Setengah hari RM40.  Alhamdulillah selamat semuanya mengutip pengalaman berjalan ke negara orang. Laa kawn Bangkok.

Tuesday, March 22, 2016

Bangkok 16-20 Mac 2016 – Bahagian 1

Thailand sentiasa dekat di hati sebab dulu ambil bahasa Thai 3 tahun. Walaupun susah sebab tulisannya lain (bahasa Vietnam dan Filipina huruf biasa) tetapi sebab 1st year tu pensyarahnya best dan baik, seronok nak belajar. Itu la satu-satunya pelajaran yang meningkatkan CGPA kalau tidak entah apa jadi grednya. Dah dekat 16 tahun tinggalkan bahasa ni tapi baru ni ada masa nak ke sana, study semula dalam masa dua minggu je sebab mula-mula tak jadi pergi, lepas tu jadi pergi pulak. Kiranya tak berapa sempurna juga plannya tapi enjoy je.

Tangkal azimat semasa kat sana
 Masa ETS mulakan operasi ke Padang Besar, ketika di stesen Butterworth saya nampak di skrin tulis Bangkok. Wah boleh pergi Bangkok dari sini sahaja, lepas tu nampak kereta apinya di stesen Padang Besar. Terus Google, rupa-rupanya memang ramai yang dah pergi naik kereta api. Selama ni lalu Bangkok Bank je nunggu bas metro no 12 hehe. Perjalanan sahaja dah 22 jam tak termasuk delay lagi tapi pengalaman yang menarik. Kalau naik flight dah sampai US ni.
Krungthep @ Bangkok
 Perjalanan naik kereta api, macam Malaysia juga pemandangannya, pokok getah, sawah padi. Panas dan kering, pokok pun macam terbakar je. Tapi dekat Thailand, laluan kereta apinya melalui jalan-jalan raya utama. Kita dekat sini mana ada dah jalan-jalan yang kena tunggu kereta api jalan dulu, kan. Dah lah tu tak ada pagar, orang boleh je lalu-lalang dekat rel. Kalau yang duduk rumah macam setinggan tu pun adakan dekat sejengkal je bumbungnya dengan kereta api. Rapat bebenor.

 Masa singkat je jadi pilih-pilih tempat sahaja. Sesampainya di sini melawat di sekitar hotel sahaja. Duduk depan pasar raya MBK Center, Siam Paragon, Siam Discovery memang senang lah nak ke sana tanpa naik pengangkutan awam. Pergi malam pun tak apa. Bila cakap pasal Bangkok tentu ramai yang kata tak selamat kan? selamat je, setiap kali naik lrt, ada polis (kot?) check beg. Masuk pasar raya pun sama. Kalau hand bag biasanya jalan terus je. Leceh juga, setiap kali nak masuk kena berhenti check beg sandang.

Kereta api Thai.
 Oleh kerana tak jumpa nasi lagi, malam tu makan besar dengan tom yam, kerabu betik, ikan masak halia, mak aii kebulur tu dekat RM60. Akhirnya tak habis. Baru je tunjuk dekat lauk tu , dia dah tau, bungkus? Ni mesti orang Malaysia selalu buat gitu hehe. Mahal makan dekat restoran tapi sedapnya tom yam. Puas hati. Buah-buahan pun sedap, nenas manisnya, comel-comel je buahnya. Air kelapa, jambu, air bunga telang, air  limau yang sedap memang pior sebab nampak dia buat kat situ.

Restoran di MBK Center
Air limau ni dijual dengan THB 20 dan THB 40. Minum ni rasa macam menggigit limau yang sebenar. Jus mercik ke dalam mulut.

Amphawa
 Hari kedua, pelan asal nak pergi pagi tu Maeklong Railway Market - pasar di atas landasan kereta api. Menarik, dalam Majalah 3 pernah disiarkan. Malangnya tengah renovate. Pasarnya ada tapi kereta apinya tak ada. Tengok dekat internet katanya 6 bulan ditutup, dari tahun lepas lagi, patutnya dah ada masa saya pergi ni tapi katanya masih renovate. Jadinya terus pergi ke Amphawa Floating Market. Ikut kan di Amphawa ni mula pukul 12 tengah hari dan malamnya lagi meriah. So tak dapatlah tengok sangat Floating Market. Cuci mata di gerai-gerai kat situ. Melegakan urat-urat yang dah sengal ni sebab naik turun lrt-subway mengusung beg dengan Thai massage untuk relax kan bahagian bahu. Sedap. THB 150 setengah jam.


  Balik dari situ jam gila, perjalanan yang patutnya 1 jam setengah berlarutan 3, 4 jam untuk ke Bangkok semula. Van berhenti di Victory Monument. Sebenarnya pergi naik van lain, balik naik van lain sudahnya berhenti dekat tempat lain. Tercangak-cangak juga, tapi apa susah, kan mulut ada untuk bertanya. Rupanya jauh nak menapak ke stesen. Orang pulak baru balik kerja jadi memang sesak dan padat. Dekat sini kebanyakan laluan pejalan kaki dekat atas, sambung menyambung antara tren lalu kat atas, kurang sangat orang yang melintas jalan raya. Di stesen BTS Victory Monument ni tengok dari jauh macam happening je macam-macam jual, tapi rupanya biasa-biasa je, kasut, selipar, baju. Beli nasi dekat 7Eleven THB 15. Lauk dah ada bungkus semalam. Hehe kena cover bajet balik.

Suasana malam

Saturday, March 12, 2016

Kerabu Carrot

Sekarang ni, kenalah mencari makanan sihat. Maklumlah doktor dah pesan dekat mak, "Makcik jangan makan makanan goreng, lemak, masin. Makan yang rebus-rebus." "Alamak, itu yang suka tu," saya pula yang menyampuk. "Kurangkan," kata doktor. Bila difikir-fikirkan balik, apa susahnya bila tak boleh makan ... syukur sebab masih boleh makan. Cuma pemilihan makan kena ke arah lebih sihat. Lagipun hidup bukan untuk makan, kan? Muhasabah ya!

Sebagai tanda sokongan, orang lain dalam rumah pun kenalah berubah. Cari makanan lebih sihat. Resipi ni salin daripada majalah dah lama-lama sangat, cuma baru sekarang terlaksana.

Dah namanya kerabu carrot, bahan utamanya mestilah carrot dan bahan-bahan lain sikit sahaja. Tiada ukuran. Kira belasah sahaja ikut gerak hati.

  • Carrot diparut panjang - celur sekejap. Bila air mendidih, masuk dan terus keluar. Nak bagi lembut sikit sahaja dan tak adalah bau carrot sangat. 
  • Belacan bakar dan tumbuk - orang darah tinggi ingat jangan taruh banyak sangat tau, masin
  • Cabai hidup - tumbuk
  • Bawang besar hiris 
  • Bunga kantan hiris
  • Serai hiris
  • Daun kunyit hiris
  • Air perahan limau nipis
  • Kerisik
  • Gula
  • Masuk sahaja kesemua bahan,dan gaul bagi rata. Siap.
Not bad ... sedap juga. Semoga diri sendiri pun boleh kurus lepas ni hehe.