Wednesday, March 30, 2016

Drama @ koc

Allah jadikan manusia pelbagai bangsa dan warna kulit untuk kita saling kenal-mengenali. Apabila kita berjalan sendiri (bukan ikut pakej) kita akan bercampur dengan orang tempatan dan pelbagai ‘warna’ perangai yang dapat dilihat.

 Kejadian dalam kereta api yang lalu,  belakang tempat duduk saya je.  Orang putih ni baru naik dan dia patutnya duduk upper bed. Dengan beg yang besar, dia minta sami yang duduk di sebelah supaya pindah barang atau pindah tempat sebab nak letak barang dia. Datang la seorang ni yang duduk di hadapan, keras sedikit suaranya, "eh mana boleh suka-suka hati suruh sami pindah sebab kena hormatkan sami tu." Memang tegang jugalah berbalas-balas dalam bahasa Inggeris dan siap orang tu cakap biadab jangan datang Asia. Saya dengar je tak berani nak toleh. Actually, lelaki tu baik juga sebab dia tolong kitaorang angkat beg dan cari tempat duduk. Dan dia bagi sami tu tempat dia, mungkin sebab tempat dia tu selesa sikit,  Orang putih tu pun sebenarnya cakap elok je mula-mula. Akhirnya orang putih tu protes, dia tukar baju dan seluar kat situ jugak. Haha selamba dia je. Lepas tu tak nampak dia pergi mana, mungkin lepak dekat gerabak lain. Barang dia ada lagi sampai Bangkok.

Waktu malam, ketika masing-masing dah masuk ‘sarang’ ada pula seorang ni ketuk tiang besi, “Ting!Ting!Ting!”. Memang gangguan nak tidur walaupun bunyi kereta api tu lagi kuat. “Ting! Ting! Ting! Dia duk bunyi lagi. Lepas tu ada dengar orang sound suruh diam. Bila seorang dah sound, yang lain pun mula la berani sound juga dari celah-celah langsir tu. Haha. Baru diam orang tu.

Ketika perjalanan ke Kanchanaburi. Menu dihulur oleh pekerja kereta api untuk pesan dinner. Memang banyak tak halalnya tapi ada fruit in syrup dengan pilihan pelbagai buah- pilih nangka, 3 botol palm water-itu je air yang ada dan rice crispy, “Nasi yang rangup- kerak nasi ke? Hehe. Kalau tengok gambar macam kuih inang-inang. So kitaorang pun pesan 3 menu ni. Siap dia tanya, itik tak nak?

Pukul 6.30 dinner sampai. Orang yang jual ni yang hantar order. Sekali yang datang, nangka tu macam halwa tapi punyalah manis sesangat.  Banyak le pulak tu. Palm water, 3 botol besar macam orang jual madu dekat kampung-kampung tu. Masa dia nak bagi rice crispy, dua tiga kali dia tengok kitaorang lepas tu dia tak bagi sambil cakap bahasa Thai tak boleh, dan ada la lagi, tak faham. “Ha? We order rice crispy. Masa tu lah orang depan kitaorang ni cakap, pork. “Ha, don’t want ..don’t want.” 

Dia patah balik lepas tu dia beri kuih lapis sambil angguk-angguk kata ni boleh. Mujur pakai tudung. Kalau tak, mesti dia bagi je. Alhamdulillah ‘dijaga’ oleh Allah melalui orang lain yang bukan Islam. Tudung bukan untuk menutup aurat je, tapi membuatkan orang hormat kita sebagai seorang Muslim.  Punyalah dah berlatih ejaan babi macam mana tapi sebab tengok menu bahasa Inggeris tak nampak bahan-bahan. Lepas kejadian tu, tanya orang depan palm water tu apa sambil google pokok kelapa dalam bahasa Thai.  Pokok palma-kelapa-kabung-tuak? Kang mabuk pulak.  Dia pun guna telefon untuk google – luk tan- suruh dia cari Inggeris tak tau pulak. So google semula Luk Tan tu- pokok kabung. So nira lah. Macam yang biasa jual dekat kampung-kampung. Tunjuk dekat dia google image pokok kabung. Dia angguk. Hehe. Nasib baik juga beli sim kad ni. Senang untuk communicate. Manis tu kalau togok begitu je. Orang belakang minum dengan ais. Adoi dahla 3 botol berat-berat nak bawak balik. Masa naik tren ke Bangkok, teringin nak tengok menu yang ditawarkan. Bila dah dapat menu, problem jugak. Haha.
Persediaan - ejaan babi (muu) dan anjing.(sunak)-formal ataupun maa 
24 Mac yang lalu, dalam paper ada berita rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki seludup dadah naik tren macam ni lah. Selang 2, 3 hari saja dengan saya. Jadi, berhati-hatilah mungkin anda berada di tempat dan di waktu yang salah. Tak pasal-pasallah pulak, kan. Kunci bagasi. Kalau yang tak berkunci tu, jangan tinggal tanpa pengawasan. Suruh kawan tengok kalau kita pergi ke tandas. Kalau yang duduk upper bed tu memang elok letak beg dekat bahagian atas. Dekat dengan kita.

No comments: