Friday, April 22, 2016

Tip Jalan Sendiri (Bangkok) Bahagian Akhir

Bahasa

Ramai juga yang jumpa tak boleh berbahasa Inggeris tapi itu bukan satu halangan sebab kadang-kadang kalau di stesen kereta api tu boleh jumpa ramai yang boleh berbahasa Melayu sebab ada yang datang dari selatan Thai. Derang pun naik kereta api di situ. Kita pun kenalah belajar sikit-sikit bahasa Thai untuk nak tarik perhatian. Kita pun tentu akan tertarik kalau pelancong boleh cakap bahasa Melayu tegur kita, kan? Senyum sahaja dulu. Kalau derang balas senyuman kita tu memang derang sedia untuk membantulah. Kalau yang masam mencuka tu, baiklah jangan tanya banyak-banyak. Ayat yang sering saya gunakan di sana. “Sawat di kha! Phut phasa anglid dai mai?” Derang berani juga cakap English walaupun broken. Dalam satu van yang dinaiki, kat pintu tu  tulis minibus a filling gas you wait out. Hehe. Semua orang pun boleh faham, kan.

Waktu buka dan tutup

Pergi ke mana-mana tu, tengok dulu waktu open dan closenya. Macam pasar raya di sini kata tutup pukul 10 malam tapi ada juga kedai-kedai dalam tu yang dah tutup pukul 9.  Sudahnya kelam-kabut nak memilih barang.

Waktu open pukul 10 pagi. Oleh kerana waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia. Agak boring menunggu pasar raya ni buka. Haha. Sebab kat Malaysia dah pukul 11. So aktivitinya seakan bergerak lambat.

BTS Skytrain beroperasi pukul 6.00 pagi sehingga tengah malam. Kalau di Malaysia dah pukul 7pagi. So memang tak ada masalah langsung nak kejar train awal. 

Apps

Zaman telefon canggih. Saya suka apps Muslim Pro ni sebab boleh cari makanan halal terdekat dan masjid.  Boleh set waktu azan ikut tempat juga. Banyak yang best dalam apps ni cuma kalau baca quran tak berapa best sebab tanda baca macam tak ikut tajwid sangat lebih-lebih tang panjang mad 6 harkat tu. 

Semoga bermanfaat.

Wednesday, April 20, 2016

Tip Jalan Sendiri (Bangkok) Bahagian 3

LRT

Pengangkutan ke mana-mana memang senang dengan LRT. Kalau di Thailand dikenali dengan  MRT (Subway) dan BTS-Skytrain. Mudah dibaca sebab tak banyak Line. Tak macam di Jepun, pitam menengoknya. Senang je nak ajar kawan. Ok yang ni macam Kelana Jaya dan yang ni macam Gombak. Yang ni macam Ampang, dan ni tanda bulat ni macam KL Sentral atau Masjid Jamek sebab transit. Seeloknya dari Malaysia dah tengok dulu macam mana alirannya jadi bila sampai sana dah senang nak cari. Setiap stesen ada diletakkan peta stesen-stesen ni. Free je boleh ambil. Belakang tiket pun ada letak nama stesen-stesen.

Ada setengah tempat, mesinnya boleh guna duit kertas tapi kebanyakan BTS guna duit syiling. So kalau tak ada syiling kena tukar dulu duit kat kaunter. Tengok dekat peta, stesen yang kita nak pergi tu berapa Baht dan ikut arahan mesin.

Yang paling seksa bila keluar time derang pergi/balik kerja. Sepadat-padatnya. Fuh. Jadi kena baca peta untuk cari laluan yang pendek dan lompat-lompat stesen supaya tidak bertembung dengan kepadatan tapi Alhamdulillah derang jenis berbaris masuk lrt.

Bajet
Orang yang pegang beg ni juga kena tegas supaya tidak dibelanjakan ke perkara yang sia-sia. Haha.. saya tak berapa tegas so ada juga benda yang sia-sia terbeli.

Masih mengamalkan konsep kongsi bajet dengan kawan yang diletak dalam beg comel pink ini untuk mengelakkan tercampur duit sendiri. Bajet yang dikongsi dan dikumpul lebih awal untuk bayaran LRT, teksi, makan dan minum, tiket masuk dan tandas. Tentu ramai yang tak boleh nak agak, berapa nak belanja kan? Saya letak kan di sini untuk panduan.

Makan di restoran untuk dua orang:
Iced Lemon Tea 2 - THB 50
Mango Salad 1  -  THB 109
Nasi Kukus 2 – THB 20
Tom Yam 1 –THB 199
Jumlah : THB 448
Sebenarnya cukup je kalau makan tomyam tapi kerabu mangga kan special di sini. Haruslah rasa hehe.
Yang ni ada tiga lauk. Sudah semestinya harga lebih mahal dari contoh di atas. Hari pertama sampai ada kebuluq sikit. Tomyam, kerabu betik dan ikan masak halia.

Di gerai biasa kami makan roti, harga antara THB 20-35

Drinking Water 750ml – THB 10 di kantin stesen Bangkok tapi ada juga yang jual THB 12. Kalau saiz besar lagi THB 35. Jus oren satu botol ikut saiz antara THB 20-40. Panas di sini, satu botol memang tak cukup. Air kelapa memang banyak jual. Antara THB 20-25

Teksi, meter bermula dengan THB 35. Kami naik pukul 5.40 pagi. Jalan belum sesak. Perjalanan 15 minit sahaja THB 45. Naik teksi memang pilihan terakhir sebab senang lagi naik LRT sebenarnya cuma kena banyak jalan kaki ajelah.

MRT/BTS dalam satu hari ada yang THB 200. Sebenarnya boleh kurang lagi tapi haritu tersalah baca peta dan terpusing jauh sedangkan boleh transfer di stesen terdekat. Purata dalam THB 140.  Itu sebabnya nak pilih hotel pun kena pilih tempat yang strategik dekat dengan LRT dan tempat yang jadi tumpuan ramai orang sebab kadang-kadang boleh jalan kaki je dan jimat duit LRT. Bagi yang banyak berjalan, boleh ambil one day pass, unlimited rides, all day long. Kalau tengok di website haritu 130 baht. Tiket sehala harganya 15-52 baht bergantung kepada berapa stesen yang kita pergi.

Masuk toilet THB 3.

Nasi kukus di 7 eleven THB 15.

Aiskrim kelapa di Amphawa Floating Market THB 35

Untuk tiket masuk mana-mana tempat boleh check dekat website.

Thai massage kalau kedainya di dalam pasar raya, memang mahal lagi. Di amphawa floating market, relax massage (kepala hingga setengah badan)THB 150. Memang melegakan.

Orang Thai

Tak jauh beza orang Thai dengan orang Malaysia. Dua kali tersilap, tengok orang tu pakai tudung gaya naelofa ingatkan orang Malaysia. Sekali siam da!! Yang lawaknya, ada sekali tu saya tengah tengok beg di satu kedai ni sambil tunggu tuannya datang. Sekali ada orang tegur, “Raka thaorai? “(Berapa harga?) Nak balas, bukan saya yang jualnya tapi tak reti nak cakap so cakap je “Mai khao jai” (Saya tak faham.) Sambil gelak-gelak orang tu cakap, eh takkanlah tak faham (gitulah rasa-rasa maknanya) Haha.

Kebanyakan yang jumpa memang peramah dan siap tanya nak pergi mana. Hurm kadang hairan jugak, adakah muka macam tercangak-cangak tak tau nak pergi mana hingga derang tanya dulu. Tapi kenalah sentiasa berhati-hati, ya. Nampak macam peramah, tapi manalah tau kot ada yang ambil kesempatan. Memanglah kena bersangka baik, tapi ni tempat orang yang kita tak kenal, so dalam kita duk bersembang tu, jaga-jaga sikit barang kita.

Monday, April 18, 2016

Tip Jalan Sendiri (Bangkok) Bahagian 2

Kenderaan

Pilih nak naik kereta api, kapal terbang atau bawa kereta sendiri. Nak murah, naik kereta api lah. Kalau kapal terbang kena tunggu promosi kot baru murah. Boleh juga pergi dengan train dan balik dengan flight sebab tiket train balik kena beli di Bangkok. Jadi tak boleh nak dipastikan sama ada tiket tu ada atau dah sold out. Bagi kami yang kerja sendiri ni, memang tak kisahlah ada tiket ke idak. Bila-bila masa boleh balik. Bagi orang yang bekerja kan kena ambil cuti jadi mestilah kena confirmkan hari nak balik. Tiket train memang boleh beli online juga tapi kena ambil dekat ejen yang tunggu di stesen kereta api. Lecehnya di situ.  Ramai juga yang saya baca di blog, pergi dengan train tapi balik dengan flight sebab tak nak tempuh perjalanan yang lama dah. Tapi kalau nak naik flight, nak ke airport tu jauh juga perjalanan. Macam saya yang naik kereta api ni, dari hotel, berhenti 3 stesen sahaja sebab stesen di tengah bandar.

Naik kereta api  boleh pilih katil upper atau lower. Kalau dalam group nak duduk berdepan (sebelum seat jadi katil), seorang boleh pilih upper dan seorang lower. Boleh pilih juga nak naik dari stesen mana. Kalau orang yang dari Kuala Lumpur atau Kuala Kangsar, stesen terdekat memang Butterworth tapi bila balik, kami pilih berhenti di Padang Besar sebab nak tukar ETS. Dah ada pilihan boleh naik kereta api laju, mestilah pilih yang ni. Oleh itu bajet ETS akan bertambah ya.


Hotel

Ada orang yang pilih duduk banyak hotel. Maksudnya tempat mana yang dia pergi, dia akan duduk di situ. Contohnya nak ke Kanchanaburi, maybe dia stay semalam dan bila nak jalan-jalan di Bangkok dia akan stay hotel Bangkok pula. Kelebihan, dia boleh dapat nikmati sesuatu kawasan tu lebih lama. Macam saya jenis yang malas nak kemas beg, jadi duduk la satu hotel je lepas tu pergi ke sana melawat dan balik hari. Walaupun kita rugi masa di dalam perjalanan sebab ambil masa dalam 2 atau 3 jam sehala tapi dapat tengok suasana dalam perjalanan. Enjoy je. Kalau ke Pattaya boleh naik bas dari Bangkok, 2 jam perjalanan. Kalau kereta api 3 jam. Rasanya! Haritu baca je, tak sempat pergi.

Bila masa yang sesuai untuk tempah hotel? Seeloknya awal. Macam saya haritu, sebulan setengah sebelum tarikh dah tempah. Itupun ada rasa sakit hati bila tetiba dia tulis, “Semalam baru sahaja semua hotel di Thailand dinaikkan harganya”. Kalau awal dua hari, mungkin harganya lebih murah.
Pilih hotel yang dekat bandar memudahkan kita boleh sampai ke semua tempat  dengan hanya berjalan kaki. Jimat duit pengangkutan. Kalau pilih yang jauh dari pekan, mungkin hotelnya murah tapi dari segi pengangkutannya pula bertambah. Pilihan di tangan anda.

Kami duduk di Muangphol Mansion
Masjid

Di Thailand memang banyak Wat (tokong). Kalau ikut pakej mesti ada terselit melawat Wat yang popular tapi dah kita jalan sendiri kan, tak payahlah pergi Wat, meh kita tukar melawat masjid.

Masjid Ban OOu

Cara pergi: Turun di stesen BTS Saphan Taksin dan keluar di Exit 3. Bila turun tangga, belok kiri hingga nampak pasar raya Robinson’s (main road). Masjid ni betul-betul di belakang Robinson’s. Kami pilih nak pergi masjid ni sebab ada dua masjid di kawasan ni dan laluan BTS tak perlu tukar.

Sambil tengok-tengok tu boleh ambil kesempatan bersedekah dengan saudara seIslam kita di sini. Sebenarnya ada jalan lain juga, dari Exit BTS tadi, terus menghala ke arah sungai, dan bila nampak tokong, belok kanan. Sebaris dengan tokong cuma dia di penjuru satu lagi.

Masjid Haroon juga di sekitar kawasan ni, kalau ikut pembacaan di blog. Nak guna maps dalam telefon tapi boleh hang pulak masa tu. Sudahnya tanya orang. Rupa-rupanya jauh lagi dan kami tak jadi pergi.

Di stesen Saphan Taksin ni juga kita boleh naik bot menyusuri Sungai Chao Phraya menggunakan Long Tail Boat di jeti Saphan Taksin. Pakej A sekitar 1 hingga 1 ½ jam perjalanan. Pakej C lebih banyak tempat dilawat dan boleh membawa ke 3 jam perjalanan.


Ban OOu Mosque

Kubur, dan sekelilingnya  ditanam pokok limau nipis, serai  pun ada rasanya.. lupa! Tapi masa tengok tu teringat macam dekat laman rumah, 

Simple je, nisan kayu sebagai tanda. Inilah cara yang betul, kan sesimple yang boleh tanpa ada binaan yang melebih-lebih.

Saphan Thaksin Pier

Sunday, April 17, 2016

Tip Jalan Sendiri (Bangkok) Bahagian 1

Pilih tempat

Kalau baca dari blog orang lain, macam tak best sebab macam ikut orang tu je. Dah namanya jalan sendiri, kita boleh pilih tempat bagaimana yang kita suka. Thailand tu luas. Saya rujuk tempat yang nak pergi melalui buku panduan pelancongan ni. Buku ni saya dapat masa pergi ke kedutaan Thai masa belajar. Dah lama punya buku, tahun 90-an tapi masih relevan untuk dirujuk. 

Dalam ni diterangkan keistimewaan tempat-tempat yang ada di Thailand. Misalnya Lop Buri berkaitan sejarah purba masa abad ke-9 tapi rasanya sekarang orang tengok ladang bunga matahari di sini (ada bulan yang tertentu). Di Hua Hin, Pattaya lebih terkenal dengan pantai. Ayutthaya pernah jadi ibu negeri Siam pada masa dulu. Jadi kalau ke sini mesti ada kaitan dengan sejarah kubu pertahanan dan wat lama.  Chiang Rai rasanya terkenal dengan kaum Karen yang leher panjang tu. Boleh juga rujuk dengan tourism Thailand untuk tahu tempat yang menjadi tarikan.  Bila kita dah pilih tu, barulah kita rujuk blog-blog orang lain.  Tapi kena tengok juga tarikh orang tu pergi bila sebab kadang kalau lama sangat, maklumatnya akan berubah. Siapa yang rajin ke Matta Fair tu boleh la rujuk katalog-katalog tawaran. Di samping kita dapat tengok tempat yang menarik, kita boleh bandingkan bajet juga.


Waktu solat

Memandangkan kita akan berada di dalam kereta api yang tak tahu bila masuk waktu solatnya, eloklah rujuk dulu waktu solat.  Oleh kerana waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia, sama je subuhnya dengan Malaysia.

Tarikh

Memang pilih ikut kesesuaian masa kita tapi elok juga rujuk tarikh yang kita nak pergi tu ada event apa di website tourism thailand. Masa saya pergi, ada event perlawanan Muay Thai. Dekat depan hotel je, ramai orang, idak le tengok. Bulan April ada pesta Songkran. Jadi bila kita dah tau tu idak la terkejut kot tetiba ada orang menyimbah air.

Ada juga tempatnya yang beroperasi Sabtu dan Ahad sahaja. Macam, tren ke Kanchanaburi, hanya Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi pilih tarikh sebelum hari minggu kita dah sampai sana. Chatuchak Market juga hanya buka Sabtu dan Ahad. So sila rujuk website ya untuk tempat yang anda nak pergi tu.
Tren ke Kanchanaburi untuk pelawat hanya ada Sabtu dan Ahad

Insurans Perjalanan

Ambil insurans perjalanan. Banyak pilihan sebenarnya. Hari tu just google mencari insurans perjalanan yang patuh syariah dan jumpa Takaful Ikhlas. Jadi  saya pilih yang ni. Semoga perjalanan diredhai Allah. Senang sahaja, isi borang secara dalam talian, pilih pelan, bayar dan selesai. Beli secara online dapat diskaun 50 peratus (masa tu).

Thursday, April 7, 2016

Bridge On The River Kwai, Kanchanaburi, Thailand – Bahagian Akhir

Tujuan ambil tanpa aircond.. boleh la jenguk-jenguk kepala keluar. Masa kecil-kecil dulu kan seronok kalau naik kereta bukak tingkap (walaupun bahaya) - sambil buka mulut makan angin hehe 
Ni kepala kereta kami. Kami duduk di gerabak akhir, yang keempat.
Setelah melintasi jambatan, perjalanan bertambah menarik apabila melalui Wampo Viaduct. Masing-masing  bergerak mencari tingkap yang kosong untuk nak ambil gambar dengan lebih jelas. Untung juga kami di gerabak akhir sebab ada pintu yang membolehkan kami bergambar di bahagian belakang.
Bayangkan dekatnya landasan dengan gunung. Selekoh, tak boleh laju-laju melintasi ni

Punyalah dekat sampai boleh pegang.
Destinasi akhir, 
Pukul 11.30 sampai di stesen terakhir Nam Tok. Di sini ada Sai Yok Noi Waterfall dan Sai Yok Noi National Park. Di sini juga popular dengan Erawan Falls.  Orang ramai boleh berhenti rehat di sini menikmati pemandangan air terjun hingga pukul 2.30 sebelum gerak balik. Cuaca panas membahang, adoi tak semangat nak tengok air terjun dan mencari maklumat tentangnya. Dekat sini banyak kedai-kedai tapi yang halal tu tak dijumpai. Nak makan som tam, tetiba nampak pulak sebelahnya ada daging. Entah daging apa ya.. sudahnya kita orang minum coconut shake je.

Roti young coconut ditambah isi kelapa dan diletakkan di dalam kelapa. Presentation tak kalah tu. Saya ambil roti pisang, dalamnya isi potongan pisang. 
Ada 5 jenis roti dan harga antara 10 hingga 40 baht
Lagi 20 minit kereta api nak gerak balik barulah kami berjalan di gerai-gerai kawasan bawah. Ya Allah rupanya ada gerai halal bermotor dekat situ (depan 7 Eleven).  Nyesal tak turun awal-awal. Penjualnya orang Kelantan, kahwin dengan orang Thai. Jauh tu merantau sampai sini. Tepung macam roti canai yang diisi telur gula dan pelbagai campuran lain ikut menu. Sedap. Rasa macam roti boom pun ada.
Sementara orang lain lawat kubur, kita jalan-jalan di kawasan sekitar, 
2.30 petang, kereta api bergerak balik melalui jalan yang sama. Panas semakin membahang semua orang pun dah melepek je. Pukul 4.00 sampai di stesen Kanchanaburi dan berhenti dalam 1 jam untuk melawat kubur tawanan perang. Tapi kitaorang tak pergi, lepak kat situ je makan roti aiskrim.  Pukul 5 bergerak balik. Dalam jadual katanya sampai ke stesen Bangkok pukul 7.30. Seperti biasa, kereta api ni asyik delay je, pukul 8 lebih baru sampai. Keseluruhannya memang best walaupun seharian berjalan. Banyak pengalaman menarik.

Ringkasan waktu perjalanan (alih bahasa daripada website)
06.30 bergerak dari stesen Bangkok Hualamphong. Beroperasi Sabtu dan Ahad sahaja.
07.40 tiba di Nakhon Pathom. Berhenti 40 minit  untuk orang ramai melawat Chedi (temple berbentuk kon). Ada pasar pagi di kawasan tu, jadi untuk yang beragama Islam boleh ronda-ronda di situ.
09.27 tiba Kanchanaburi, berhenti sekejap je, tak turun.
09.35 tiba stesen River Kwai Bridge dan berhenti 25 minit.
10.00 bergerak dari stesen River Kwai Bridge, melintasi jambatan dan terus perjalanan melalui Wampo Viaduct
11.30 tiba stesen Nam Tok
11.30 tiba Nam Tok Sai Yok Noi. Ini merupakan kereta api terakhir yang beroperasi di sini. Masa untuk melihat air terjun.
14:25 tinggalkan Nam Tok Sai Yok Noi
14:25 tinggalkan stesen Nam Tok dan kembali ke selatan
15:53 tiba di stesen Kanchanaburi dan berhenti 60 minit untuk melawat kubur tawanan perang
16:53 tinggalkan Kanchanaburi
19:25 tiba di stesen Bangkok Hualamphong

Informasi tetang Bridge Over The River Kwae ini agak tersorok di sebelah kanan dan agak jauh dari jambatan. Di saat akhir baru nampak.

Di Nong Pladuk, batu peringatan yang menyatakan landasan keret api maut bermula di sini.

The Bridge over the River Kwae telah dibina ketika Jepun mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat dan England yang akhirnya menjadi sebahagian daripada Perang Dunia Kedua. Jambatan ini mula dibina pada Oktober 1942 dan siap pada Oktober 1943. Pada 16 September 1942 tentera Jepun menandatangani kontrak dengan kerajaan Thai untuk membina laluan kereta api yang strategik dari Thailand ke Burma (kini Myanmar). Laluan bermula dari stesen Nong Pladuk dan merentasi River Kwae Yai di Ban Thamakhan di daerah Muang, wilayah Kanchanaburi.

Lintasan kereta api ini merentasi sempadan Thai-Burma dan bersambung dengan laluan kereta api Burma di stesen Thanbyuzayat. Panjang keseluruhan lintasan kereta api ini adalah 415 km: 303,95km di Thailand dan 111,05 km di Burma. Tahanan perang diambil dari Malaya, Singapura, Indonesia dan negara lain yang berdekatan untuk memaksa mereka membina landasan ini. Mereka diletakkan di kereta api arah selatan dan turun di stesen Banpong. Mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 51 km untuk ke Kanchanaburi.

Tahanan perang juga terdiri daripada tentera British, Australia, Belanda serta Malaya, China, Vietnam, India dan Burma. Malah ada buruh dari Jawa berjumlah 2000 orang. Pembinaan landasan ini sangat sukar dan memerlukan banyak tenaga kerana terpaksa menempuhi hutan tebal, gunung-ganang dan berdepan dengan haiwan buas merata-rata. Bahagian yang paling susah adalah untuk membina jambatan yang melintasi River Kwae. Tugas yang berat ini berterusan dari siang hingga ke malam sehingga ada di antara mereka yang kebuluran dan dijangkiti malaria.

Kekejaman perang ini telah meragut nyawa 100, 000 tawanan perang dan buruh paksa. Ini yang menyebabkan landasan ini dipanggil landasan kereta api maut. Semasa perang berlangsung, jambatan ini telah dibom. Akhirnya Jepun menyerah diri pada 15 Ogos 1945. Setelah perang tamat, kerajaan British menjual landasan dan perkakas landasan ini kepada kerajaan Thai dengan harga 50 juta baht. State Railway Thailand telah membaik pulih jambatan dan menggantikan besi yang musnah. Akhirnya ia digunakan sehingga kini.


Wednesday, April 6, 2016

Bridge On The River Kwai, Kanchanaburi, Thailand – Bahagian 1

Kanchanaburi terletak di barat Bangkok. Terkenal dengan Bridge On The River Kwai dan dibuat filem pun. Rasanya tonton masa sekolah menengah rendah. Masa tu tak berapa minat nak tengok. Bila dah datang sini rasa nak tengok lagi la pulak. Filem epik Perang Dunia Kedua berdasarkan novel. Fiksyen je tapi memang berdasarkan sejarah landasan kereta api maut. Filem ini dirakam di Sri Lanka dan bukannya di sini.


Landasan kereta api maut, lebih banyak baca tentangnya dalam novel berbanding fakta sejarah. Semasa zaman pemerintahan Jepun, ada yang menyamar menjadi perempuan kerana askar Jepun akan mencari lelaki dari rumah ke rumah untuk dijadikan buruh paksa bagi membuat landasan kereta api maut ini. Landasan ini dibina kerana tentera Jepun ingin menakluki negara India melalui Burma. Sesiapa yang sudah ditangkap oleh Jepun menjadi buruh paksa memang tipis peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga.  

Antara pekerjaan yang dilakukan menebang pokok-pokok besar, membersihkan kawasan laluan kereta api, pecahkan/tebuk gunung, angkut rel kereta api, angkat batu-bata dan bina jambatan. Tanpa bantuan teknologi canggih dan cuma tulang empat kerat, kerja menjadi lebih berat. Manakala kebajikan juga tidak terjaga. Tempat tinggal yang sesak  serta makanan dan ubatan yang tidak mencukupi menunjukkan kehidupan mereka cukup daif.  


Cara nak pergi:
  1. Pergi sendiri dan menginap di Kanchanaburi atau;
  2. Ambil tour package atau;
  3. Ikut kereta api khas yang disediakan (Sabtu dan Ahad sahaja)


Masa google tentang River Kwai, jumpa dengan maklumat ni. Kereta api khas untuk pelancong. Nama je untuk pelancong,  tapi ramai rakyat tempatan juga. Sepanjang perjalanan memang ada bagi penerangan tentang tempat-tempat yang dilawat tapi dalam bahasa Thai. Memang tak faham la, nasib baik juga ada itinerary dari website tu.

Beli tiket di stesen kereta api Bangkok.  Tiket pergi balik untuk kelas ketiga tanpa air-cond THB 120 dan kelas kedua dengan air-cond THB 240. Boleh beli on the spot tapi kami beli awal sehari takut habis. Betullah memang penuh gerabak sebab sepanjang perjalanan ada je orang naik.

Gerabak kelas ketiga tanpa air cond. 
Bergerak pukul 6.30 pagi di stesen Bangkok. Panjang gerabaknya dan ada dua gerabak dengan nama berbeza. Hentian pertama di Nakhon Pathom dan berhenti dalam 40 minit untuk orang ramai melawat temple. Kitaorang tak adalah melawat temple tapi melawat pasar pagi yang ada dekat situ. Seronok tengok buah-buah yang segar dijual. Hon berbunyi tanda semua orang patut naik dah. Perjalanan diteruskan. Di Non Pla Duk Junction, tanggalkan gerabak. Patutlah ada dua nama berbeza masa awal naik tu.
Stesen Nakhon Pathom. Kalau anda tak tahu mana arah nak pergi, janganlah turun awal-awal. Ikut je orang lain arah ke mana, dan lebih baik ingat muka-muka orang yang duduk depan kita, tepi kita atau gerabak yang sama, jadi kalau kita nampak orang tu tak ada cepat-cepatlah balik ke kereta api ya. Tertinggal karang, susah. 

Pasar pagi di sini. Memang jumpa kelapa sahajalah di Bangkok ni
Sepanjang perjalanan dihiasi dengan pemandangan pokok pisang, ladang jagung, sawah padi 

Di Thailand sama juga macam di Malaysia tengah kemarau, cuaca panas
Akhirnya pukul 9.30 pagi sampai di stesen River Kwai Bridge berhenti dalam 30 minit. Semua orang turun ambil gambar di jambatan. Punyalah ramai orang memang tak ada chance langsung nak dapat gambar yang cantik. Ada yang bergambar di landasan, ada yang bergambar di jambatan. Memang tak cukup 30 minit nak baca penerangan tentang sejarah Bridge Over The River Kwai ni. Tangkap gambar je, baca kemudian. Nak menyinggah kedai kat situ pun tak sempat. Perjalanan diteruskan. Barulah clear dekat jambatan, orang lain semua ke tepi. Dah macam vip pulak sebab orang yang kat jambatan tu lambai tangan dekat kitaorang yang atas train ni. Haha.


Bagi yang menaiki kereta api khas ada 30 minit masa diberi untuk bergambar. Nak telentang, terduduk boleh kat sini ya sebab kereta api kami je jalan kat sini.

Bridge On The River Kwai


Monday, April 4, 2016

Amphawa Floating Market, Thailand

Thailand terkenal dengan pasar terapungnya. Kalau google memang banyak nama yang keluar. Saya pilih untuk ke Amphawa kerana nak pergi Maeklong Railway Market dulu. Malangnya tengah renovate, pasar ada tapi kereta apinya tiada so tak dapatlah tengok keistimewaan pasar ni.

Pasar terapung yang terkenal terletak di Damnoen Saduak, bermula pagi hingga tengah hari. Jika di Amphawa bermula tengah hari hingga malam dan boleh tengok kelip-kelip juga di sini.

Cara nak pergi:
Berhenti stesen BTS Victory Monument.  Keluar Exit No 4. Bila turun tangga tu nampak bangunan Suzuki di sebelah kiri. Jalan depan sikit nanti akan nampak signboard tulis Maeklong, Amphawa dan Damnoen Saduak. Masuk dalam tu nanti nampaklah bersusun van. Pergi ke kaunter yang ada nama pasar terapung yang anda nak pergi.
Kita naik van ni.

Kaunter jual tiket
Kebanyakan driver situ tak tahu cakap bahasa Inggeris, tanya banyak pun tak guna haha. Cakap je nak pergi mana dan bayar. Kalau Amphawa THB 80 dan Damnoen Saduak THB 90. Dia tunggu van penuh baru jalan so duduk dulu sembang-sembang dengan tourist yang lain. Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Rupa-rupanya laluan kedua-dua pasar ni sama cuma sesiapa yang nak pergi Amphawa turun dulu. 
Van berhenti di hadapan ni. Jalan ke belakang nanti akan nampak orang menjual. Nak senang cerita, nama pun pasar terapung, kan. Mesti ada sungai. So tengok arah sungai di mana. Nanti nampaklah kawasannya.
Senyap sunyi je rupanya masa ni. 

Menarik tengok macam-macam jual
Serangga goreng. Kalau dekat sini banyak nampak ikan, sama ada ikan betul,  di fridge magnet atau  di baju. Katanya di situ terkenal dengan ikan mackerel

Kami sampai pukul 11 pagi, memang tak ada apa la lagi just jalan-jalan area situ. Makin lama mula la nampak orang buka kedai. Macam-macam jualan dari buah-buahan, makanan, air jus, baju, aiskrim kelapa, Thai massage dan lain. Warna-warni jualan ni memang nampak cantik. Eloknya jangan beli apa-apa dulu, pusing-pusing je dulu sebab baju-T berbeza-beza juga fesyennya. Nyesal juga bila nampak ada kedai lain jual baju-T lebih cantik lagi.  

Di sini juga anda akan ditawarkan naik bot pusing-pusing  kawasan situ THB50 dalam 45 minit. Masa naik tu, sama dengan sekumpulan remaja perempuan Thai, siap nak interview lagi. Projek sekolah gamaknya sebab dah siap skrip soalan dalam bahasa Inggeris dan rakam dengan phone. Ada lima soalan, pertanyaan tentang apa pandangan tentang Bangkok dan lepas tu kitaorang wefie. Say cheese! Harap tak upload dekat Youtube ntah apa-apa je bahasa Inggeris haritu tapi ada part yang derang impressed juga kot dari riak mukanya sebab dia suruh cakap perkataan bahasa Thai yang tahu, tapi saya siap buat ayat walaupun tunggang terbalik hehe.

Perjalanan akan melalui banyak Wat, restoran dan chalet

Gambor raja mesti ada

Ini je bot yang menjualnya ketika waktu itu.
Dari pembacaan, lewat petang sampai ke malam lebih happening tapi dah kami datang awal idak le nak menunggu lagi. So tak dapatlah merasa membeli dari bot sebab masa kami datang tu ada 3 bot je yang menjual, itupun makanan yang tak halal. Pukul 4.00 petang dah balik, naik van di kawasan situ juga. Ada dua stesen van di situ.  Mak ai sampai Bangkok dalam keadaan jam sangat tapi Alhamdulillah still bergerak. Time orang balik kerja tu. Orang dalam van masing-masing dok menguap sambung-menyambung dari depan sampai ke belakang hehe.
  

Perjalanan mencari keredaan Allah – Umrah 30 Nov hingga 10 Dis 2017 (Bahagian 1)

Memandangkan giliran mengerjakan haji berpuluh tahun lagi, eloklah jika kita dapat mengerjakan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup...