Wednesday, April 6, 2016

Bridge On The River Kwai, Kanchanaburi, Thailand – Bahagian 1

Kanchanaburi terletak di barat Bangkok. Terkenal dengan Bridge On The River Kwai dan dibuat filem pun. Rasanya tonton masa sekolah menengah rendah. Masa tu tak berapa minat nak tengok. Bila dah datang sini rasa nak tengok lagi la pulak. Filem epik Perang Dunia Kedua berdasarkan novel. Fiksyen je tapi memang berdasarkan sejarah landasan kereta api maut. Filem ini dirakam di Sri Lanka dan bukannya di sini.


Landasan kereta api maut, lebih banyak baca tentangnya dalam novel berbanding fakta sejarah. Semasa zaman pemerintahan Jepun, ada yang menyamar menjadi perempuan kerana askar Jepun akan mencari lelaki dari rumah ke rumah untuk dijadikan buruh paksa bagi membuat landasan kereta api maut ini. Landasan ini dibina kerana tentera Jepun ingin menakluki negara India melalui Burma. Sesiapa yang sudah ditangkap oleh Jepun menjadi buruh paksa memang tipis peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga.  

Antara pekerjaan yang dilakukan menebang pokok-pokok besar, membersihkan kawasan laluan kereta api, pecahkan/tebuk gunung, angkut rel kereta api, angkat batu-bata dan bina jambatan. Tanpa bantuan teknologi canggih dan cuma tulang empat kerat, kerja menjadi lebih berat. Manakala kebajikan juga tidak terjaga. Tempat tinggal yang sesak  serta makanan dan ubatan yang tidak mencukupi menunjukkan kehidupan mereka cukup daif.  


Cara nak pergi:
  1. Pergi sendiri dan menginap di Kanchanaburi atau;
  2. Ambil tour package atau;
  3. Ikut kereta api khas yang disediakan (Sabtu dan Ahad sahaja)


Masa google tentang River Kwai, jumpa dengan maklumat ni. Kereta api khas untuk pelancong. Nama je untuk pelancong,  tapi ramai rakyat tempatan juga. Sepanjang perjalanan memang ada bagi penerangan tentang tempat-tempat yang dilawat tapi dalam bahasa Thai. Memang tak faham la, nasib baik juga ada itinerary dari website tu.

Beli tiket di stesen kereta api Bangkok.  Tiket pergi balik untuk kelas ketiga tanpa air-cond THB 120 dan kelas kedua dengan air-cond THB 240. Boleh beli on the spot tapi kami beli awal sehari takut habis. Betullah memang penuh gerabak sebab sepanjang perjalanan ada je orang naik.

Gerabak kelas ketiga tanpa air cond. 
Bergerak pukul 6.30 pagi di stesen Bangkok. Panjang gerabaknya dan ada dua gerabak dengan nama berbeza. Hentian pertama di Nakhon Pathom dan berhenti dalam 40 minit untuk orang ramai melawat temple. Kitaorang tak adalah melawat temple tapi melawat pasar pagi yang ada dekat situ. Seronok tengok buah-buah yang segar dijual. Hon berbunyi tanda semua orang patut naik dah. Perjalanan diteruskan. Di Non Pla Duk Junction, tanggalkan gerabak. Patutlah ada dua nama berbeza masa awal naik tu.
Stesen Nakhon Pathom. Kalau anda tak tahu mana arah nak pergi, janganlah turun awal-awal. Ikut je orang lain arah ke mana, dan lebih baik ingat muka-muka orang yang duduk depan kita, tepi kita atau gerabak yang sama, jadi kalau kita nampak orang tu tak ada cepat-cepatlah balik ke kereta api ya. Tertinggal karang, susah. 

Pasar pagi di sini. Memang jumpa kelapa sahajalah di Bangkok ni
Sepanjang perjalanan dihiasi dengan pemandangan pokok pisang, ladang jagung, sawah padi 

Di Thailand sama juga macam di Malaysia tengah kemarau, cuaca panas
Akhirnya pukul 9.30 pagi sampai di stesen River Kwai Bridge berhenti dalam 30 minit. Semua orang turun ambil gambar di jambatan. Punyalah ramai orang memang tak ada chance langsung nak dapat gambar yang cantik. Ada yang bergambar di landasan, ada yang bergambar di jambatan. Memang tak cukup 30 minit nak baca penerangan tentang sejarah Bridge Over The River Kwai ni. Tangkap gambar je, baca kemudian. Nak menyinggah kedai kat situ pun tak sempat. Perjalanan diteruskan. Barulah clear dekat jambatan, orang lain semua ke tepi. Dah macam vip pulak sebab orang yang kat jambatan tu lambai tangan dekat kitaorang yang atas train ni. Haha.


Bagi yang menaiki kereta api khas ada 30 minit masa diberi untuk bergambar. Nak telentang, terduduk boleh kat sini ya sebab kereta api kami je jalan kat sini.

Bridge On The River Kwai


2 comments:

lia ummiirfan said...

wahh menariknya.. mesti jambatan ini ada kisah tersendiri kan :))

zarina said...

Mesti, nantikan kisah seterusnya ya Lia :)

Related Posts with Thumbnails