Sunday, April 17, 2016

Tip Jalan Sendiri (Bangkok) Bahagian 1

Pilih tempat

Kalau baca dari blog orang lain, macam tak best sebab macam ikut orang tu je. Dah namanya jalan sendiri, kita boleh pilih tempat bagaimana yang kita suka. Thailand tu luas. Saya rujuk tempat yang nak pergi melalui buku panduan pelancongan ni. Buku ni saya dapat masa pergi ke kedutaan Thai masa belajar. Dah lama punya buku, tahun 90-an tapi masih relevan untuk dirujuk. 

Dalam ni diterangkan keistimewaan tempat-tempat yang ada di Thailand. Misalnya Lop Buri berkaitan sejarah purba masa abad ke-9 tapi rasanya sekarang orang tengok ladang bunga matahari di sini (ada bulan yang tertentu). Di Hua Hin, Pattaya lebih terkenal dengan pantai. Ayutthaya pernah jadi ibu negeri Siam pada masa dulu. Jadi kalau ke sini mesti ada kaitan dengan sejarah kubu pertahanan dan wat lama.  Chiang Rai rasanya terkenal dengan kaum Karen yang leher panjang tu. Boleh juga rujuk dengan tourism Thailand untuk tahu tempat yang menjadi tarikan.  Bila kita dah pilih tu, barulah kita rujuk blog-blog orang lain.  Tapi kena tengok juga tarikh orang tu pergi bila sebab kadang kalau lama sangat, maklumatnya akan berubah. Siapa yang rajin ke Matta Fair tu boleh la rujuk katalog-katalog tawaran. Di samping kita dapat tengok tempat yang menarik, kita boleh bandingkan bajet juga.


Waktu solat

Memandangkan kita akan berada di dalam kereta api yang tak tahu bila masuk waktu solatnya, eloklah rujuk dulu waktu solat.  Oleh kerana waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia, sama je subuhnya dengan Malaysia.

Tarikh

Memang pilih ikut kesesuaian masa kita tapi elok juga rujuk tarikh yang kita nak pergi tu ada event apa di website tourism thailand. Masa saya pergi, ada event perlawanan Muay Thai. Dekat depan hotel je, ramai orang, idak le tengok. Bulan April ada pesta Songkran. Jadi bila kita dah tau tu idak la terkejut kot tetiba ada orang menyimbah air.

Ada juga tempatnya yang beroperasi Sabtu dan Ahad sahaja. Macam, tren ke Kanchanaburi, hanya Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi pilih tarikh sebelum hari minggu kita dah sampai sana. Chatuchak Market juga hanya buka Sabtu dan Ahad. So sila rujuk website ya untuk tempat yang anda nak pergi tu.
Tren ke Kanchanaburi untuk pelawat hanya ada Sabtu dan Ahad

Insurans Perjalanan

Ambil insurans perjalanan. Banyak pilihan sebenarnya. Hari tu just google mencari insurans perjalanan yang patuh syariah dan jumpa Takaful Ikhlas. Jadi  saya pilih yang ni. Semoga perjalanan diredhai Allah. Senang sahaja, isi borang secara dalam talian, pilih pelan, bayar dan selesai. Beli secara online dapat diskaun 50 peratus (masa tu).

No comments:

Related Posts with Thumbnails