Monday, November 28, 2016

Aplikasi 5S dalam beg tangan wanita

5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Ia mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipratikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Rusia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico. 5S ialah singkatan kepada perkataan Jepun iatu Seiri-Sisih, Seiton-Susun, Seiso-Sapu, Seiketsu-Seragam dan Shitsuke-Sentiasa Amal. Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti secara berterusan.

Dipetik daripada artikel Aplikasi 5S dalam persekitaran koperasi. Majalah Dimensi Koop, April 2015, terbitan Maktab Koperasi Malaysia.

Kisahnya, saya menyertai kursus koperasi dan diterangkan 5S ni. Penceramah tu secara seloroh, apa kata kita buat 5S dalam beg tangan wanita? Mesti banyak yang kena sisih. Hehe. Seperti ramai yang sedia maklum beg tangan wanita  magic, macam-macam ada. Lebih-lebih lagi kalau yang mak-mak tu, botol susu, lampin, jajan semua ada.

Teringat lagi  masa di U, waktu exam. Kebanyakan budak lelaki lenggang kangkung. Bawak pen sebatang je selit kat poket. Bersedia betul mereka tu. Kalau yang perempuan, siap bawa buku konon sempat nak study sebelum masuk dewan.


Saya taklah gegirl sangat dengan beg tangan berjenama dan isi make up tapi memang macam-macam jugalah dalam beg tu. Ikut keperluan. Kalau kenduri lain isinya, kalau perjalanan jauh lain isinya, kalau perjalanan dekat pun lain isinya. 
Barang utama dalam hand bag untuk perjalanan jauh.

1.Purse. Of course.

2.Telefon. Of course.

3.Botol air. Kalau perjalanan jauh memang perlu. Masa pi kenduri pun memang selalu bawa. Botol air bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi penyelamat ketika dalam toilet. Pernah berpengalaman masa pergi toilet, air tiada. So mana nak cari air lagi kan. Cuba bayangkan kalau kita bawa air oren dalam beg. Ha.. kalau darurat boleh je kan.

4.Payung. Memang sentiasa dalam beg. Peneman ke mana sahaja waima ke luar negara. Payung beli tahun 97/98 lagi. Tahan lagi tau. Cuma koyak sikit-sikit tapi saya jahit semula. Mana nak cari payung kecil yang muat beg tapi tahan lama macam ni. Payung yang memalukan diri, bila angin bertiup kuat, payungnya naik ke atas. Hehe. Setakat ni, payung ni tak buat perangai begitu. Penting tau payung ni sebab bila hujan tiba-tiba kita boleh cat walk sahaja, tak macam sesetengah orang yang terpaksa berlari-larian mencari perlindungan. 
Di Turki, masa tu hujan. Saya seorang sahaja yang turun sebab ada payung. Yang lain duduk dalam bas tunggu hujan reda. Ha kan dah rugi tu. Di Universal Studio Jepun pun hujan, banyak baju hujan yang laku dijual. Jimat belanja,sebab ada payung. Di Batam, hujan tiba-tiba masa melawat, Mini Indonesia. Mujur ada payung, jadi masih boleh melawat dengan tenang, Ada orang yang terus berlindung dalam rumah kecil ni..aduhai. Spoil betul. Orang nak bergambar, dia pulak duk situ. Nak dihalau macam tak patut la pula. Jadi, bawalah payung.


5.Buku nota dan pen. Walaupun zaman telefon pintar yang boleh memuatkan semuanya di dalam telefon tapi saya tetap cara dulu. Kadang tak guna pun buku nota tu, tapi saja je spare. Kecil je pun.

6.Beg kecil. Yang ni memang bawa untuk taruh tiket, touch n go dengan duit kecil. Senang letak dalam poket seluar, jadi tak perlu bawa keluar beg besar.

7. Buku bacaan. Hanya untuk perjalanan jauh yang saya jadi penumpangnya. Sama ada ketika naik bas, kereta api atau kapal terbang. Kalau saya yang memandunya, memang tak bawalah. Tiada masa nak baca.

8.Beg tambahan. Beg lipat berbentuk key chain ni beli semasa pergi Medan. Penyelamat ketika membeli barang hari Sabtu. Tiba-tiba baru teringat tiada plastik. Oh masa di dalam kapal terbang juga kalau kita dapat makanan tetapi kita tak nak makan masa tu, jadi boleh keluarkan beg ni untuk simpan sampai destinasi kita.

9.Beg Loreal ni sebenarnya untuk taruh gincu atau make up lain. Tapi ubah suai taruh ear phone. Dah siap ada cermin tu, so tak perlu cermin lain.

10.Keperluan wanita. Kadang tak sedar tarikh yang dijangka dan juga untuk hari-hari yang tenat. Kena spare ni.

11.Getah. Jangan pandang rendah dengan getah ni. Banyak kali juga jadi penyelamat. Macam ni. Haru betul, memang kasut ni dah lama. ‘Terendam’ dalam hujan lebat masa rombongan. Nasib baik dah perjalanan balik. Beli di Johor dan ajal pun di Johor. Sedih. Dua-dua belah pulak tu.  Biar kasut bergetah, janji masa jalan takdelah terngaga je. Buruk benor rupanya tu. 


12. Wet tissue. Biasa dibawa untuk perjalanan jauh.

13.Tisu. Kadang ada, kadang tiada. Ikut teringat nak beli.

Apa gunanya bawa beg besar tapi tiada benda bermanfaat yang diisi, kan?


No comments:

Related Posts with Thumbnails