Tuesday, December 20, 2016

Jepun 30 Nov 2016 – 6 Dis 2016 (Bahagian 4)

Orang Malaysia merata-rata.

Di Asakusa ada makanan halal, mencari kedai menggunakan google map. Macam dah dekat tapi tak nampak, macam dah dekat lagi tapi tak jumpa-jumpa juga..haha. Tetiba signal wifi  hilang. Tetiba pula telefon off sendiri. Cuaca sejuk, bateri pun buat hal..dah balik Malaysia ni elok je dia. Sony oh Sony. Tarikan di sini kalau mengikut buku panduan ialah Sensoji Temple dan Kaminarimon Gate. Di Jepun ni, banyak kawasan templenya cantik (biasanya banyak pokok-pokok),termasuklah seni bina kuil yang tradisional. Pesanan ustaz-ustaz, tak payahlah nak melawat tempat ibadat orang lain ni, nampak macam kita mempromosikan temple ooooooh ok… bergantung niat masing-masing kot, jangan lebih-lebih ya.
Kedai makan tu di dalam ni, kedai nombor dua atau tiga yang belah kanan. Dari Sensoji Temple tu ikut arah yang BUKAN ke Kaminarimon Gate, haha faham tak sebab kami ikut arah lain, patutnya dari Kaminarimon Gate tu baru jumpa Sensoji Temple tapi kami jumpa Sensoji Temple dahulu sebab naik Tsukuba Express (rasanya) dan turun ke stesen Asakusa.

Sementara tunggu giliran nak masuk boleh tengok dulu menu yang kat luar.

Akhirnya jumpa juga Naritaya. Memang nampak macam kedai Jepun sepenuhnya, patutlah terlepas pandang. Di sini special ramen, dan ada nasi ayam. Kesemuanya berharga antara JPY 700 – JPY1000 (hampir RM40). Air masak disediakan so jimat duit boleh minum 1 jag. Errk. Kedainya dua tingkat tapi kecil je jadi terpaksa berbaris dahulu di luar untuk menunggu giliran mendapat tempat duduk. Melalui seorang  pelanggan (orang Malaysia yang sewa hotel di kawasan sini)yang turut sama menunggu giliran, tiap-tiap hari kedai ni penuh. Maklumlah dalam internet memang dah highlight kedai ni je. Bukan sahaja Muslim Malaysia, Indonesia dan Thailand pun singgah sini bila dengar dari slang percakapannya. 
Mazesoba.  Bukan jenis berkuah. Kena kacau-kacau dulu. Oishii. Tapi ayam tu rasa ayam goreng biasa je. 
Saya memilih menu Mazesoba JPY 700  dan tambah JPY 300 lagi dapat ayam goreng. Tarikannya di sini juga ada tempat solat. Walaupun boleh muat seorang je, tapi itu juga sebabnya orang datang. Ada telekung juga disediakan. Sedapnya makan, sehingga menjilat chopstick. Alhamdulillah sampai ke malam kenyangnya.

Naritaya Halal Ramen Shop
2-7-13, Asakusa, Taito-ku, Tokyo
10 pg – 10 mlm (Isnin –Jumaat)
11 pg- 11 mlm (Sabtu, Ahad dan Hari cuti)

Selesai makan, sambung melawat kawasan ke Nakamise Shopping Street. Kiri dan kanan, kedai makanan dan cenderamata, hiasan ala zaman Edo. Lebih kurang 90 buah kedai kalau mengikut buku panduan. Tiba-tiba di tengah jalan terserempak dengan pasangan pengantin lengkap berbaju Melayu tradisional. Terperanjat juga melihatnya sampai tak sempat nak ambil gambar walaupun kamera di tangan. Tambahan pula pelancong lain dan orang tempatan juga mengelilingi mereka. Dua tiga hari  selepas itu baru dapat tahu dari FB, pasangan tersebut merupakan lelaki Malaysia yang berkahwin dengan muslimah Jepun. Mereka bergambar di tempat-tempat yang terkenal di Jepun. Ada yang terjumpa pasangan ini di Shibuya dan Gunung Fuji.

Nakamise Shopping Street memang padat dengan orang ditambah pula dengan hujung minggu. Kedai di kiri kanan jalan. Boleh pilih-pilih sourvenir.

Rambang mata juga dibuatnya tapi sebab ramai orang, macam malas je nak tengok lama-lama.

Kaminarimon Gate. Ada dua gate. Ini gate yang pertama. Tanglung besar di tengah tu menarik perhatian.

Seperti biasa, sepanjang Nakamise Shopping Street tu, jumpa lagi orang Malaysia sepanjang-panjang jalan, masing-masing memberi salam. Sunat. Senang je nak dapat pahala,kan.

Kelebihan berjalan sendiri, ikut suka. Itinerary pun impromptu.  Memang nak pergi Odaiba. Teringat dari pembacaan boleh mencuba laluan air dari Asakusa ke Odaiba. Ayuh jom kita cruise. Bertanyakan arah ke pelabuhan daripada orang tempatan. 

Bila berada di luar Malaysia ni, apa sahaja yang tulis ‘halal’ laju je nampak..haha. Ada kedai aiskrim yang mendapat sijil halal daripada Jepun.  JPY350 satu. Special perasa matcha. Bukan ayoyo macha ya! Ni teh hijau. Kedai dia bertentangan dengan pelabuhan tu. Dekat lintasan pejalan kaki. 

Aiskrim halal, boleh pilih perasa yang digemari. 
 Tiket cruise  Asakusa ke Odaiba Sea Park JPY1560. Perjalanan mengambil masa 1 jam.  Sementara nak tunggu waktu berlepas, menikmati keindahan malam di jambatan. Kelihatan bangunan apa ke bendanya tidak diketahui tapi unik menunjukkan pengumuman Olimpik Tokyo ada 1312 hari lagi. Pejam celik pejam celik udah masuk 2020 nanti, kan. Sempat atau tidak melihat teknologi canggih yang akan menghiasi Olimpik dan Paralimpik Tokyo nanti. Selain itu nampak bangunan Lion..eh kodomo lion dan Bandai – mainan. Pentingnya mengiklankan jenama, orang luar datang pun dah boleh ingat apa produknya.
Bot akan berlepas dari sini.

Tokyo Skytree boleh nampak dengan jelas dari sini.

Olimpik Tokyo 1312 hari lagi, terpapar di skrin ni.

Inilah laluan cruise, lebih  10 jambatan yang akan dilalui.

Tepat 5.20 petang  eh patut sebut malam sebab dah lepas maghrib bot jalan. Melepasi pelbagai nama jambatan. Malangnya bot semuanya pun cermin, nak tangkap gambar pun tak cantik sebab balikan cahaya. Dahlah dalam tu pasang lampu romantik. Diperdengarkan juga dengan cerita  dari bot tersebut sebab ada dialog antara dua watak tapi tak faham sepatah harampun apa yang nak diterangkan. Udah bahasa Jepun sepanjang perjalanan. Kadang-kadang terlena juga dibuatnya. Dalam kegelapan malam boleh nampak bangunan ikonik Tokyo Tower  dek kelipan cahaya.

Ni botnya yang dipanggil Hotaluna. Ala-ala futuristik.
Tatkala menghampiri Odaiba, kelihatan Rainbow Bridge yang memang nampak lampunya berwarna-warni. Antara tarikan yang patut dilihat di sini, Statue of Liberty, Robot Gundam yang terbesar dan Ferris Wheel terbesar. 

Rainbow Bridge

Statue of Liberty di Odaiba

Gundam

Ferris Wheel di Palette Town
 Jauh sudah perjalanan, dari pagi sampai ke malam. Kaki pun dah lemah longlai nak patah balik naik subway memang jauh. Argh tak kisahlah stesen apa yang jumpa asalkan tak kena patah balik. Jalan ke depan tak apa haha. Ini bukan backpackers style, kalau backpackers dia jaga bab-bab nak keluar duit ni supaya tak terlebih belanja. Teman udah tak larat nak patah balik, jumpa mana-mana stesen je pergi. Ya jumpa Tokyo Teleport. Kena pandai baca peta je untuk menjimatkan kos laluan yang pendek. I’m lost bab-bab navigation/geografi ni. Kiciwa rasa di hati.
Kenapa ada Lego di Tokyo Teleport ni? Sebab di Odaiba ni ada Legoland Discovery Center -The Ultimate Indoor  Lego Playground
 Walaupun penat, tapi balik rumah layan tv juga. Oleh kerana duduk rumah orang (apartmen Airbnb), siaran tvnya semua berbahasa Jepun.  Banyak channelnya. Layankan aje. Bolehlah tengok Harry Porter cakap Jepun haha.  Masa zaman belajar dahulu, kisah raja-raja memang menarik perhatian. Zaman Lady Diana. Kisah Maharaja Jepun- Maharaja Akihito dan Maharani Michiko pun menarik perhatian sebab tiada generasi lelaki yang akan mewarisi takhta. Putera Mahkota Naruhito sudah lama menunggu lahirnya zuriat sampai isterinya Puteri Masako pun stress dibuatnya. Akhirnya dapat juga tapi anak perempuan la pula, Puteri Aiko. Sampai pernah terdapat cadangan untuk meminda undang-undang agar seorang puteri mewarisi takhta maharaja. Akhirnya setelah lama menunggu ada juga generasi lelaki yang dilahirkan iaitu daripada adik Putera Mahkota Naruhito.

Yang tengok di tv baru ni, dah besar rupanya Puteri Aiko ni.  Teringat masa dia mula dilahirkan sahaja, memang banyaklah disiar beritanya di dalam majalah berkenaan wanita. Ha satu lagi slot yang best, ada pula slot belajar bahasa Arab dalam bahasa Jepun, sempat tengok 15 minit. Alhamdulillah, dari bahasa Arab boleh mengenali agama Islam dan semoga Islam tumbuh mekar di bumi Jepun.

No comments:

Related Posts with Thumbnails