Thursday, December 22, 2016

Jepun 30 Nov 2016 – 6 Dis 2016 (Bahagian 5)

Tokyoite Ohsem (awesome)Hait! Hait!

Masih dalam misi mengejar autumn, walaupun secara keseluruhannya memang banyak bangunan pencakar langit tapi tak sangka banyak juga taman di sini hinggakan terpaksa memilih tempat mana yang lebih menarik dan terdekat. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.  

Kami ke Shinjuku Gyoen National Garden. Merupakan antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Terdapat tiga pintu masuk di sini dan kesemuanya boleh dijumpai dari stesen subway. Tengok kita pilih laluan yang mana je. Shinjuku Gate, Sendagaya Gate dan Okido Gate. Bayaran masuk  JPY200 dan kena beli tiket di mesin.

Tengok dulu senarai bunga/pokok yang ada dalam ni. Yo yo o je, sampai kat dalam semua nama pun lupa.

Bila daun-daun berguguran.

 Pokok sycamores, ginkgo dan maple menjadi tarikan. Ada yang kuning, merah dan keemasan. Warna-warni autumn.  Untungnya negara empat musim, setiap kali summer, spring, autumn dan winter, ada bunga/pokok dan haiwan yang ditonjolkan. Contohnya masa winter katanya musim yang bagus untuk bird watching dan melihat itik mandarin dan itik mallard yang akan berenang-renang di tepian tasik - dipetik daripada risalah. Ok masa tu kita boleh nyanyi lagu anak itik tok wi eh. Haritu kat tasik ada ikan je so boleh nyanyi lagu bondaku si ikan kaloi, timbullah bonda oii, timbullah tunjukkan diri. Ha gitulah.    
Assalammualaikum dunia!

Di dalam FB Road To Japan, ada di kalangan ahli yang mengutip daun-daun yang gugur ni dan laminate untuk dijadikan sourvenir untuk kengkawan. Saya tak terfikir nak buat, so sorry la kengkawan, tiada sourvenir ya. Jangan marah. Hihi, korang pergi sendiri ek
Di sini ada taman gaya Inggeris, gaya Perancis dan gaya Jepun. Ramai yang bawa anak-anak bermain di padang. Kebiasaan padang atau taman, mesti la ada main bola, badminton ke, tapi yang pelik atau bagus (?) peralatan ini adalah dilarang dan memang tiada yang bawa, mereka main kejar-kejar atau baring di padang, melukis dan menghayati alam sekitar. Kagum lihat mereka boleh ikut peraturan. Yang nampak haritulah, 364 hari lagi idak lah tahu mana rupanya, deme ikut ke tak hehe. Sebahagian reminder  yang ditulis di dalam pamflet:

Important Reminder
To ensure an enjoyable time for all visitors, we ask you to refrain from the followings:
  • Using toys, sport equipment and the like, such as badminton, soccer ball, and Frisbee.
  • Bringing alcoholic beverage
  • Smoking other than in smoking areas
  • Playing musical instruments
  • Entering with bikes and tricycles
  • We appreciate your cooperation in making use of the garden in a respectful manner and hope you have a good time

- sebijik-bijik diambil daripada pamflet.

Nyaman walaupun suria mula menjengah. 


   Macam-macam teknik ambil gambar dapat dilihat. Dari bawah dari sisi dan sekeliling. Boleh buat wallpaper lepas ni eh
·         Berkeluasan 58.3 hektar, tidak memenatkan kerana setiap bahagian ada tarikan.  Ada satu route kadang-kadang boleh nampak raccoon kalau mengikut daripada papan tanda tu tapi idak la jumpa.

Corak daun macam bendera Canada ni mungkin la maple tree.

Tu imej raccoon kan?

Real punya Taman Jepun

Mula-mula ingat mesin apa la yang tercongok kat depan Tea House (Rakuu-Tei) ni dah lah macam tak buka je rumah tehnya. Rupa-rupanya, mesin ni adalah untuk memesan teh Jepun dan manisan Jepun. Masukkan duit lepas tu tekan kuantiti dan dapat tiket/resit, buka je pintu nanti orang di dalam dah siapkan pesanan. Pintu tu tak kunci pun, tolak je macam kita tengok drama Oshin tu kan, ha tak delah cerita lain yang boleh dijadikan panduan  hahah. Nanti duduk sahaja dan pelayan yang berpakaian kimono akan menghidangkannya dengan tertib.

The art of Japanese plating. Menarik dari segi warna dan letaknya kuih tu. 

Jangan bawak benda-benda ni dalam taman. Amaran ini diletak di luar pintu masuk. Oh di setiap pintu masuk juga ada locker, jadi sesiapa yang  bawa bagasi boleh letak di sini tapi macam penat la pulak kan, sebab kalau letak kat locker ni mesti kena patah balik di pintu yang sama.

Kami masuk dari Okido Gate dan keluar di Sendagaya Gate.  Tak kan nak balik jalan yang sama pulak kan kalau dah boleh keluar jalan yang lain. Ok rasanya hari ni dah tercapai kempen berjalan 10,000 langkah sehari. Jalan pun best je tak berpeluh, udah macam jalan dalam bilik yang berpenghawa dingin je. Suhu ketika ini 14°C. 

Seterusnya kami  menuju ke Tokyo Metropolitan Government  (TMG) pula.  TMG merupakan salah satu bangunan yang menyediakan tempat untuk meninjau keseluruhan Tokyo secara percuma.  Ada dua bahagian yang boleh dilihat sama ada north tower dan south tower. Baris sahaja di ruang yang disediakan, beg akan diperiksa oleh sekuriti dan lepas tu boleh naik lif ke tingkat 45. 

Ok dari sini boleh nampak Gunung Fuji nun di kejauhan. Tetapi masa ni tak nampak haha hanya tau kedudukannya ada disitu daripada papan kenyataan di bawah.

Keterangan nombor dua dari kanan. Itulah dia Gunung Fuji yang puncaknya dilitupi salji.
Bermacam-macam cenderahati boleh dibeli di sini. Barangan sempena Olimpik 2020 pun ada jual. Bila dah balik baru menyesal pula tak beli yang label olimpik, nanti boleh simpan sampai 2020 dan tunjuk kat orang dah pergi Olimpik haha ... haish beli kertas origami pula, ada bendera Malaysia.  Di tingkat bawah juga ada penerangan tentang Olimpik dan bendera yang diterima daripada Olimpik Rio, Brazil. Di sini juga ada tourist information. Boleh pilih risalah yang diinginkan. 
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Malaysia tetap di hati. Ha nampak tu bendera Malaysia. Kertas Origami gini takkan jumpa di Malaysia. Ada juga origami yang corak kain kimono dan dijadikan kimono. Tapi memikirkan nanti boleh cari kat youtube cara buat kimono jadi tak beli.  Lepas tu nyesal sebab cantik kertasnya.

Bolehkah Malaysia mencapai pingat emas pertama di Olimpik Tokyo? 

Idak sempat membaca sejarah, takpe Mr Google ada.
Rancangan asal  untuk makan tengah hari di Shinjuku Gyoen Ramen Ouka dan solat di Takashimaya Shinjuku Store. Nama kedua-dua memang dah Shinjuku, tapi kedua-dua tempat pun berbeza exitnya.  Ha stress, kena decide mana yang nak pergi. Akhirnya, Takashimaya Store itu lebih mudah dicari jadi skip sahaja makan. Mujurlah memang tak hadap sangat nak makan, lagipun memang ada spare buah kurma kalau kelaparan.  Kawasan luas, bergoogle map juga nak cari bangunannya.

Tingkat 11
Takashimaya Shinjuku Store
5-24-2, Sendagaya, Shibuya-ku Tokyo 151-8580

Mudahnya mencari surau sebab dalam lif pun dah ada tanda prayer room di situ. Berhampiran tandas perempuan. Kena intercom untuk masuk.  Berkongsi lelaki dan perempuan tetapi dihadang dengan tirai. Tempat wuduk disediakan sekali.  Berjumpa dengan satu keluarga dari Indonesia dalam ni. Semoga kita mendapat pengajaran daripada orang-orang Jepang kala musafir di sini ya.

Yang berwarna merah tu dia tulis Prayer Room. Sila tekan button 11

Keluar dari lif sahaja boleh nampak arah. Arahnya sama dengan tandas wanita.

Kiblat

Jangan dok buat perkara yang dilarang ini di dalam ni. 
 Sudah sampai pasar raya, ambil kesempatan menyinggah. Lagipun ada Kinokuniya Book Store di situ. Kena pergi. Disapa pula dengan muslimah dari Singapura masa duk belek-belek barang. Saya pun tanya, “Pergi surau kat sini ke?”  Dia jawab,“Oh ada surau kat sini?”. Tetiba dalam fikiran, orang Singapore banyak duit, pergi shopping complex sebab memang nak shopping, yang kita ni, jejak shopping complex sebab cari surau je. Haha, itupun kalau sourvenir dah berkira-kira nak beli kat kedai 100 yen je.
 
Ramai shopping di hari minggu. Jika di subway kita boleh nampak orang
 Jepun ni memang laju berjalannya tapi bila di shopping centre ni
 idak macam kelam kabut sangat, santai. 
Tengah jualan murah Krismas masa ni, SALE! SALE!  Setiap tingkatpun ramai orang tempatan membeli-belah. Mujur masa kat Kinokuniya tak sesak. Belek-belek buku, harga pun lebih kurang sama je kalau beli kat Malaysia jadi tak beli, tengok kat situ je. Ada rak untuk buku berbahasa Inggeris tapi yang menarik sekali ada rak All About Japan. Etika orang Jepun, origami dan kraftangan Jepun, peta, cara hidup, bahasa dan macam-macamlah. Akhirnya, ambil majalah free dan pocket calendar  2017 je sebagai sourvenir. Menghabiskan masa di sini kerana nak tunggu malam untuk melawat taman di waktu malam pula.

Kinokuniya Book Store. Masa ni ada aktiviti bercerita dalam bahasa Inggeris oleh orang putih dan. dialih bahasa kepada bahasa Jepun.

Takashimaya Store tapi surau dan Kinokuniya tu blok yang berbeza.

Kebanyakan taman-taman di Jepun dihias dengan memasukkan elemen pemerintahan masa zaman Meiji, Edo dan Taisho. Warisan tu. Bagus walaupun derang ni punyalah moden teknologinya tapi masih tak lupa tradisi. Kali ni kami melawat Rikugien Garden.  Ada elemen-elemen klasikal Cina juga di sini. Pada 17 Nov – 7 Dis terdapat acara Fall Evening Illumination. Bayaran masuk JPY 300. Mengikut risalah sebelum ini,  7 minit berjalan kaki dari JR/Subway Komagome Station. Tapi jangan percaya, orang Malaysia punya jalan mau 20 minit hehe. Terlepas signboard sebab  tak nampak waktu malam, akhirnya google map juga baru jumpa.

Masalahnya tersilap hari pula pergi ke sini, pergi masa hujung minggu, punyalah ramai berasak-asak. Tiada tiang lampu sepanjang jalan jadi cuma mengharapkan sinaran bulan dan sinaran lampu yang menerangi pokok tu lah baru nampak jalan. Jangankan lubang hidung, batang hidup pun tak nampak hehe. Laluan dia macam satu trek yang besar, di tengahnya ada tasik, jadi kita akan pusing tasik yang besar tu dan akhirnya akan jumpa tasik tu balik.

Yang bagusnya bila bersama-sama orang tempatan, dalam gelap tu boleh beratur mengikut barisan lagi berjalan. Tiada siapa yang bising-bising suruh jalan cepat atau memotong giliran relax je, bagi sesiapa yang nak tangkap gambar, boleh ketepi sahaja dan bagi ruang pada orang lain yang nak lalu. Bunyi telefon/msg pun tak kedengaran langsung, maklumlah di dalam tren pun memang selalu diingatkan(daripada pengumuman) kena mode silent dan refrain (menahan diri?)daripada bercakap (dan memang tidak pernah melihat mereka menjawab telefon sepanjang berada di dalam tren). Naik jambatan, turun jambatan, naik bukit turun bukit slow n steady. Memang ada yang bersembang-sembang tapi jenis cakap sesama derang je. Rasanya, kalau tempat kita ni biasanya jenis pot pet pot pet dan loud louder loudest heh. Ohsemlah Tokyoite ni.

Oleh kerana kamera biasa-biasa sahaja, ini je gambar yang boleh dibanggakan yang lain blur namun imej masih terakam dalam kepala.
Dalam gelap-gelap tu boleh pulak dengar bahasa Melayu “Eh ingat Tikah.”  Orang Malaysia lagi. Hehe. Mungkin sebab nampak kami bertudung  jadi boleh nampak perbezaan dengan orang lain. Tapi tak sempat sembang panjang sebab semua orang pun tengah jalan je.

Apabila lampu-lampu ni menerangi pokok-pokok, terserlah lagi kecantikan. Kadangkala ada macam asap-asap. Jeng jeng jeng. Yang paling cantik tentulah bila pemandangan tu reflect dengan air di tasik.

Sebelum balik rumah singgah konbini (kedai macam 7E, Family Mart)beli epal untuk dinner. Esok nak pergi daerah lain pulak. Malam ni kena berkemas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails