Tuesday, December 27, 2016

Jepun 30 Nov 2016 – 6 Dis 2016 (Bahagian 6)

Panas Dingin Hakone

Check out pukul 10 pagi tapi kami keluar seawal pukul 9 sebab kereta api ke Hakone pukul 12.30 tengah hari. Memandangkan tidak tahu berapa jauh stesen tu, lebih baiklah keluar awal. Tak sanggup nak mengangkut beg besar turun naik subway, jadi kami naik bas sahaja untuk ke Shinjuku Station. Lagipun turun apartmen je dah ada bus stop. Best oo bas derang, ada tv yang menerangkan lepas ni stesen apa juga tambang yang dikenakan.  Jadi sebagai pelancong memang memudahkan sangat-sangat. Baca je kat situ, nanti tekan sahaja loceng. Bayar guna kad Pasmo juga.

Orang yang bawa beg sandang, sila fikirkan orang di sekeliling anda. Peringatan tu. Ni macam terkena kat diri sendiri je. So lenkali kena bawa beg ke depan kalau dalam pengangkutan awam.

Gambar blur, tapi sebab nak tunjuk kat situlah tv yang menunjukkan stesen apa seterusnya. Pengumuman stesen pun ada juga tapi lebih clear tengok di sini.

Shinjuku Station ni luas. Ada kawasan South dan West. Jadi pastikan anda berada di kawasan yang betul.

Setelah sampai di Shinjuku Station, mencari kaunter Odakyu Electric Railway pulak untuk tren Romancecar. Sementara menunggu waktu berlepas, sempat jalan-jalan dahulu di kawasan sekitar. Saya pergi ke arah Cocoon Tower, menarik juga bangunan tu, sampai saya berpusing-pusing sebab mencari mana pintunya. Tengok semuanya macam cermin je.  Sesuai dengan nama kepompong tu. Dah dekat tu dengan Tokyo Metropolitan Government, ha tempat yang ada sourvenir Olimpik tu. Nak pergi? Tak nak pergi? Nak pergi? Arggh udahlah tu, lupakan saja sourvenir Olimpik karang terlepas pula tren yang ni. Penenang hati, jumpa kedai buku kat sini. Hehe. Jom kita.  

Mula-mula lengang je jalan di sini, lepas tu dengar ada siren bomba, siren polis, siren ambulans, dan pengumuman. Entah apa yang terjadi, tak de pula kekecohan. 
Ok, time’s up. Time untuk jaga beg pulak. Haha. Untung kalau trip dua orang. Sorang jadi tukang jaga beg.  Kalau solo travel kena la ngangkut atau letak di locker sahaja. Lepak kat luar Odakyu Shopping Centre ni sebab ada kerusi. Sambil-sambil buat karangan untuk blog ni. Ramai orang lalu lalang. Tiba-tiba terpandang lelaki ni, kulit Malaysia ni. Mesti orang Malaysia. Dua kali ulang-alik baru dia berani tegur. Memang betul, student Malaysia di Shizouka. Memang dekat dengan tempat kitaorang nak pergi ni lah. Dia cadangkan pergi  Gotemba Premium Outlet. Murah katanya. Wah terbeliak mata melihatnya. “Betulke?” “Haah”. Lama juga sembang dengan dia.  

Ok masa sudah tiba. Jom masuk sini.
Di Jepun ni sebenarnya kalau naik pengangkutan awam dia senang je. Sistematik. Faham dengan idak je hehe. Memang detail dekat tiket untuk kita nak tengok gerabak mana dan di lantai rel atau di tv pun dah dijelaskan di mana tempat yang patut kita tunggu. Sesuatu yang menarik dapat dilihat, keretapi bergerak 12.30 tapi pukul 12.20 dah sampai dan 5-7 minit tu masa untuk cuci. Kemudian orang masuk dan tepat waktunya jalan.

Semua maklumat tu sila pastikan. Anda berada di gerabak mana. Ada tren yang warna biru dan ada tren yang warna putih. Cars (gerabak) pun boleh tengok di kedudukan mana. Di lantai juga ada diletak tanda.

Mak cik-mak cik ni bersemangat. Kemas,kan uniformnya?
Orang yang mencucinya juga sangat bersemangat semasa mengutip sampah. Sambil memegang plastik sampah di luar tren, “Arigato gozaimasu! Arigato gozaimasu! Arigato gozaimasu!...” Menyapa SETIAP orang yang keluar tren. Nada suara semangatnya memang tak berubah. Bila orang habis keluar, pusingkan kerusi supaya menghala  ke arah laluan. (Idak le pening, tren arah lain, duduk membelakangi pulak kan). Settle. Pantas dan efisien.

Ok, seat dah tukar menghala ke kepala kereta api. 


Ha ni kepala kereta api. Pemandunya tak ada di depan. Dia berada di antara gerabak 1 dan 2. Jadinya penumpang yang di depan tu boleh tengok pemandangan lebih luas.

Kami dapat duduk di kerusi yang keenam dan ketujuh. Itupun beli sebulan lebih awal. Dalam ni ada disediakan snack, makanan. Ada pelayan yang akan datang ambil tempahan. 
Dapat duduk tepi tingkap, menikmati bumi ciptaan Allah SWT. 

Beras buat sushi ni kot ha

Stesen Hakone-Yumoto. Kami naik bas bertentangan dengan ni.
Perjalanan ke Hakone lebih kurang 1 jam 45 minit, warna-warni musim luruh menghiasi pandangan. Sawah padi menghijau dan boleh nampak Gunung Fuji juga. Itupun setelah diumumkan oleh pemandunya. Kawasan Hakone ni kawasan gunung berapi aktif juga ni. Sebaik sampai di stesen Hakone-Yumato yang merupakan stesen akhir, kami bergegas ke hentian bas untuk mencari bas ke Guest House pula. Meriah juga kedai-kedai yang ada di stesen ni, tapi tak sempat la nak jenguk sebab dah nampak basnya datang. Berpandukan map yang diberi, mudah juga mencari basnya. 

Pengumuman di dalam bahasa Jepun tapi dalam bas tu ada tv yang menerangkan tentang hentian dan tambang.  Oleh itu kena alert sebab tak tahu berapa lama perjalanan. Jalan menuju ke Guest House macam nak pergi Cameron Highland, jalan berbukit.  Jauh juga perjalanan, lebih setengah jam. Amboi bertambah-tambah pula angka tambang yang tercatat kat tv tu, risau dah ni, kad Pasmo yang dah touch mula-mula tadi tak cukup duit. Fuh garu kepala. 

Akhirnya tiba setelah 1 jam haha, memang tak cukup duit. Tambang JPY 770 tapi dalam kad ada JPY750. Namun itu bukan masalah besar, boleh je tambah duit syiling JPY 20 lagi, cuma malu sikit ajelah. Aiseh, mana pula nak cari mesin untuk top up kad lepas ni.

Guest House yang disewa terletak tidak jauh daripada hentian bas, Fuji-Hakone Guest House. Pemiliknya pernah datang Malaysia, ke Cameron Highland dan tengok orang utan. Eh ada orang utan situ,  Bukit Merah kot. Oklah, maknanya adalah kenangan manis di situ, kan.  Kami sampai pukul 3, dah terlalu lewat untuk berjalan-jalan jauh. Pukul 4.30 pun dah masuk maghrib, nak mula gelap. Hasrat hati macam nak ke Gotemba Premium Outlet tapi pemilik Guest House tu macam berkali-kali remind, jangan terlepas bas akhir pukul 9 lebih.

Saya suka Japanese-style punya bilik. Tilam sangat selesa berkubang dalam tu hehe. Kalau sejuk lagi, boleh ambil selimut dalam almari. 
 Akhirnya kami buat keputusan jalan di kawasan berdekatan sahaja. Pekerja di situ mencadangkan pergi ke Musee Du Petit Prince ada show lampu-lampu yang terletak bersebelahan. Dalam 10 minit berjalan. Ada pameran 3D disitu. Ala-ala Perancis kawasan sekitarnya. Persembahan pukul 5.00, 5.10. 5.20. Sebenarnya tak boleh nak agak, persembahan mcam mana sebab pekerja di Guest House tak fasih cakap English dia cuma cakap beautiful dan lamp hahaha. Main point je.

Welcome to the journey where we explore "The Little Prince" and the world of its author, Antoine de Saint-Exupery.

Feeling ala-ala di Perancis .. idak le di Parit je
Kisah penulis buku The Little Prince iaitu Antoine de Saint-Exupery:
Antoine de Saint-Exupery
June 29th, 1900 – July 31st 1944
The author of the classic “The Little Prince” was born in Lyon France on June 29, 1900 and debuted as a writer while working as a pilot. “The Little Prince” was written during his exile in America during World War II and was published in 1943. The following  year, Saint-Exupery passed away while flying a reconnaissance mission from the Mediterranean island of Corsica.

Latar belakang tahun 1930
Pekerja di situ suruh masuk Exhibition Hall, adalah tayangan kisah hidup penulis ni. Manakala di tingkat atas pameran ruang kerja beliau, perpustakaan dan macam-macamlah lagi, tapi kesemuanya dalam bahasa Jepun. Hairan juga, kenapa pula orang Jepun ni obses sangat dengan penulis ni. Ramai juga yang datang. Sampai pukul 5, hmmm tak ada apa-apa pun dalam dewan ni. Mana 3D nya, dahlah bayar JPY1600. Tengok poster sekali lagi, ada gambar pokok krismas di situ. Ohhhhh rupanya di luar bangunan. Aduhai. Tayangan 3D dari projector menghala ke bangunan. Lagu opera berbahasa Jepun masih terngiang-ngiang lagi di kepala. Menarik. Tayangan 10 minit je. Di sini lebih sejuk daripada Tokyo. Gigil-gigil nangkap video. Haha.

Drama musikal di dinding tu. Oleh kerana ada tiga atau empat tayangan. Jadi, mula-mula kita hayati dulu, kali kedua baru rakam untuk kenangan. 
Setelah selesai, singgah di Lawson (macam 7E) untuk cari apa yang boleh dimakan. Ada jual onigiri (nasi kepal) bersama nori (seaweed) dan salmon.  Jangan harap ada cop JAKIM di sini, kan. Minta bantuan google translate untuk  tengok setiap bahan yang diambil. Pilih onigiri nori dan onigiri salmon bakar, telur rebus dan biskut kapal (biskut dan coklat di atasnya) yang trending di kalangan ahli RTJapan di FB.  Balik Guest House dinner onigiri, telur rebus dan serunding dari Malaysia. Oishi walaupun lauk tak seberapa. Memang ngam kombinasi ni. 

Telur tu katanya salted egg. ingat telur masin idak la pula rasa masin. 
Yukata, dan tuala disediakan oleh pihak guest house
Di sini juga disediakan Yukata, boleh pakai untuk jadi pyjama. Sedap juga pakai, macam baju kelawar je. Hehe. Musim sejuk dia bagi satu lagi baju luar yang dipanggil “Cha-baori”. Hakone terkenal dengan kolam air panasnya (air yang mengandungi mineral besi, sulfur dan metabolic asid. Purata suhunya 25°C).  Ada indoor onsen  dan outdoor onsen. Di Guest House ni ada onsen untuk seorang, kalau malam-malam tak payah book. Harga dah termasuk sekali.  Sejak bertahun-tahun dahulu dikatakan jika berendam di dalam onsen (hot spring ) ini menghindari daripada penyakit dan sentiasa sihat. Malah merupakan rawatan jangka panjang yang baik untuk penyakit kronik. “Onsen Medicine”, boleh menjadi sokongan kepada perubatan moden. Masa jumpa dengan student Malaysia tu dia kata tak suka pergi Hakone sebab bau busuk (sulfur). Ya betul, macam kekal bau tu dekat baju sampai balik Malaysia pun haha. Melekat.  

No comments:

Kuntum Si Peramal Cuaca

Biasa dengar,kan binatang ni ada six sense . Dia boleh tahu ada bahaya di sekitar atau bencana alam.  Dengan bangganya saya nak beritahu ku...