Thursday, December 29, 2016

Jepun 30 Nov 2016 – 6 Dis 2016 (Bahagian 7)

Misi ‘mengejar’ Fujisan

Di Guest House ini juga disediakan sarapan berjumlah JPY 800 – vegetarian. Mahal tu, makan bukan banyak manapun. Memandangkan Brahims yang terakhir ada lagi, panaskan sahaja dalam microwave oven tapi nak masak air pula kena bayar JPY 100 baru gas tu terpasang. Kami check out pukul 9.00 dan destinasi seterusnya Gotemba Stesen. Pekerja Guest House memang siap simpan jadual bas yang lalu dan memberitahu nombor hentian bas  yang patut ditunggu.  Pukul 9.40 katanya. Di sini bas tak payah tahan, bila dia nampak orang di hentian, dia akan berhenti. Gamaknya (haha..sebab dia berenti je).Kad PASMO dah tinggal kosong, jadi pakai duit tunai sahaja untuk tiket. Oleh kerana bas yang dinaiki ialah bas lebuh raya, jadi ada ruang simpan beg di bawah. Kita buka sahaja. Itupun diberitahu oleh pekerja Guest House.

Hentian bas. Panduannya nombor 5. Depan sikit lagi pun ada hentian bas. Bas yang  datang akan berhenti memang yang hentian dia so tu yang tak perlu nak tahan bas, sebab dia berhenti je. 

Lengkap dengan maklumat. Menunjukkan tempat-tempat yang akan dilalui dan tambang ke tempat yang kita nak pergi tu.
Jalan di sini bengkang-bengkok, macam laluan Cameron Highland ke Tapah. Sesekali terdengar pengumuman menyatakan jalan banyak curve jangan guna tandas masa ni. Bagus tu ada pengumuman. Kami duduk di baris depan jadi dapat tengok pemandu ni. Menariknya, setiap kali berhenti kat simpang, dan bila nak jalan dia akan angkat jari telunjuk, lepas tu macam mengira ke kanan dan ke kiri. Bayangkan :  Tangan tu macam kita main "aci lut at at" . Sebenarnya masa tunggu bas tu pun nampak driver bas lain pun buat gitu. Hmm mungkin kira jeda masa. Ingat lagi masa ambil lesen memandu, kan ke untuk kita kekalkan jarak dengan kereta depan tu ada kiraan, Payah pula nak terang dalam bentuk tulisan. Haha. Ok lupakan sejarah lama ambil lesen 3 kali huhu. Driver bas ini juga selalunya beruniform kemas, berwajah serius dan setiap kali nak mula gerak selepas berhenti di hentian akan cakap sesuatu. Entahlah apa cakapnya, tapi macam nak beritahu ok kita nak jalan. Haha. Bagus tak interprestasi?

Di hentian seterusnya, ada pasangan Cina ni naik dengan beg punyalah besar yang memang boleh muat orang juga.  Kakak saya pun memberitahu mereka dalam BI boleh letak beg di bawah. Yang kelakarnya, respon dia, “Can ek?”  Dalam hati dah agak ni, mesti Malaysia. Orang Johor suka cakap gitu, kan. Memang kami berhenti di stesen yang sama, Gotemba Stesen. Di situlah juga tempatnya kalau sesiapa yang nak pergi ke Gotemba Premium Outlet.  Tunggu feeder bus di situ.

Ini Gotemba Station, tapi kita bukan nak naik kat sini. Kena turun tangga tu dulu baru nampak hentian basnya.

Dari Hakone ke Gotemba Station 40 minit. Kami kena berpindah bas pula untuk ke Kawaguchiko Stesen. Perlu naik ke subway stesen tu  dulu dan turun semula di tempat perhentian bas. Nanti boleh nampak signboard yang tulis Kawaguchiko Station.  Tambang JPY 1650 tapi bagi yang ada Hakone Pass bayaran termasuk sekali, kata dek pasangan Cina tadi. Haha rupanya betul derang orang Johor. Beautiful Malaysia, dengar slang pun dah boleh agak.
Jadual waktu berlepas dan memang bas sampai tepat pada waktunya.

Dalam bas, pakai Pasmo sentuh dulu. Ada juga yang masuk sahaja di pintu tengah dan akan turun di pintu depan baru bayar. Untuk yang pakai Hakone Pass tunjuk pass sahaja bila nak turun.
Bas jalan tepat pada waktunya pukul 10.40 pagi. Tidak ramai yang menaiki bas jadi bolehlah kami duduk kerusi seorang satu.  Melalui pekan-pekan, dan sepanjang jalan banyak je hotel atau resort di sini. Ha dari dalam bas dah boleh nampak sedikit demi sedikit Gunung Fuji. Meh kita main aci kejor tangkap gambar Fujisan dari dalam bas.

Mula nak nampak Fujisan

Aiseh terlepas nak tangkap masa bas tu pusing.

Gotcha dapat juga tangkap sikit. Nun di kejauhan boleh nampak puncak bersalji.

Aum cak... di celah-celah pokok pulak. 

Alhamdulillah nampak jelas melatari Kawaguchiko Station. Ketika ini sekitar 12 tengah hari.

Setelah 1 jam lebih perjalanan akhirnya sampai di Kawaguchiko Station. Wah jelas kelihatan Gunung Fuji, dengan langit yang cerah. Sebelum belajar geografi, mengenali Gunung Fuji ini melalui lagu popular Indonesia;

 Jangankan Gunung Fujiyama, puncak Himalaya ku ikut kamu.
Jangankan  ke Kamboja, ke Euthopia ku ikut kamu.

Ha, belajar geografi dari lagu je. Macam tak pernah sangka boleh lihat Gunung Fuji depan mata kerana imejnya hanya biasa dilihat di cover kalendar. Puncak diliputi salji. Dikatakan berbentuk simetri kerana di mana sahaja dilihat, bentuknya sama.

Dari Stesen Kawaguchiko tu pula beli tiket untuk Sightseeing Bus bernilai JPY1200, boleh naik bila-bila masa untuk dua hari dan boleh naik untuk kedua-dua laluan iaitu Red Line dan Green Line. Memandangkan ini hari terakhir, flight pukul 12.05 pagi nanti, jadi sebenarnya tidak punya banyak masa nak melawat. Destinasi sasaran ialah Lake Kawaguchiko. Oleh itu hanya menggunakan Laluan Merah kerana mengejar masa. Tiket bas ke Haneda pun dah beli, bas akhir pukul  5.45 petang. Naya kalau terlepas nanti.

Locker di Stesen Kawaguchiko ni dah penuh, jadi kami ke tempat lain untuk simpan bagasi. Di seberang jalan ada kedai cenderamata yang turut menyediakan perkhidmatan menyimpan bagasi. Mahal sikit daripada locker, tapi ada kupon diskaun untuk beli sourvenir di kedai tu.
 
Inilah petanya. Boleh tengok laluan merah lalu mana dan laluan hijau ke mana. Laluan pendek ialah laluan merah so sesuai untuk yang mengejar masa.
Kembali semula ke Stesen Kawaguchiko, dengan jelas ditulis tempat tunggu bas Red Line dan Green Line. Melalui map yang diberi, jadi kita bolehlah pilih nak pergi tempat yang mana. Contoh, Kawaguchiko Natural Living Center, Kawaguchiko Museum of Art, Kawaguchiko Muse Museum, Oishi pongee Traditional Craft Center, Kawaguchiko Music Forest Museum, Itchiko Kubot Art Museum. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Jadi kita boleh turun lepas tu tengok beberapa minit dan tunggu bas semula dan turun di hentian lain pula. Gitu kekdahnya. Jadi adalah beruntung kalau yang dah bermula daripada awal pagi, banyak tempat boleh pergi. Pengumuman hentian kadang-kadang ada dalam bahasa Inggeris tapi kebanyakannya bahasa Jepun jadi kena alert juga dengan peta di tangan.


No comments:

Terminal bersepadu

Terminal bersepadu seperti KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memudahkan orang ramai mengunakan pengangkutan awam yang  menya...