Tuesday, December 13, 2016

Jepun 30 Nov - 6 Dis (Bahagian 1)

Hello Tokyoooo!

Di kala negara kita mengalami musim tengkujuh, melarikan diri sejenak menyaksikan musim luruh di negara orang. Terima kasih Yang kerana merealisasikannya. Travel ini bukan ala backpackers, rebeh (berat) juga membawa bagasi seberat 11kg. Itinerary sendiri, walaupun berterabur tapi jelas matlamatnya, untuk melihat suasana musim luruh. Ke mana kita ni? Ke taman-tamanlah sasarannya.

Autumn foliage


Menaiki kapal terbang Jepun, ANA terasa macam kepunyaan sendiri kerana layanan lebih lagi dari menaiki MAS. Ha jangan marah ya MAS, kemesraannya jelas terasa. Flight 2.15 petang, sedang elok waktu berlepas sebab sempat solat di KLIA dahulu.  Bantal dan selimut telah tersedia di kerusi. TV sorang satu, penerangan tentang keselamatan ada sarikata BM. Scroll menu tengok cerita yang menarik, eh ada Ola Bola juga. Satu-satunya cerita Melayu yang tersenarai. Oleh kerana mood pun udah ke Jepun apalagi pilih filem Jepun dan dokumentari Jepun. Menarik. 
ANA tunggu kami datang.
Pramugari menghulur sebotol air mineral, dan rice crackers  dengan campuran seaweed sebagai snek. Halal ya tulis dekat bungkusan tu. Oishii. Sepanjang masa boleh minta air atau jus dari pramugari.
Tisu recycle bersama campuran daun teh.

Rangup...layan masa tengok drama

Hidangan berat diberi pilihan menu ikan atau ayam. Tercatat di situ Halal Certified. Hidangan sama macam masa naik MAS balik dari Osaka sebelum ni.  Alhamdulillah kenyang.  Mi/Soba ada sos wasabi, tersilap taruh banyak, pedas sampai ke kepala dibuatnya..haha. 
Enak sungguh


Kebiasaanya malas nak pergi toilet masa dalam kapal terbang, kan tak ada air, tapi terpaksa juga melepaskan hajat. Mungkin ramai yang menggunakan cara mudah untuk cuci dengan menggunakan wet tissue. Di dalam rancangan Ustaz Don tentang  mencuci najis bagi bayi, diterangkan perlu dilalui dengan air terlebih dahulu. Kiranya penggunaan wet tissue semata masih dikira menakung najis. Jadi konsepnya sama. Tatkala nak ambil cawan kertas yang ada di sinki, ternampak simbol-simbol yang biasa dilihat di dinding. Oh bidet (mangkuk tandas yang ada air) rupanya. Wah first time dalam flight jumpa bidet. Yeay! Eh!
Panel bidet. Tekan ikut keperluan. Butang atas tu standard international untuk tanda stop. Boleh laraskan air nak kuat ke perlahan.

Oh satu lagi yang perak (excited)bab tingkap, tak perlu tarik penutupnya, ada suis yang tekan je dan ia akan bertukar warna dari terang ke gelap. Aha..kerusi dia pun (tang sandar kepala)boleh dilengkungkan jadi kalau tidur idaklah terlentuk ke bahu orang sebelah, masih terlentuk dalam kawasan sendiri..hehe macam budak-budak baru dapat mainan baru. Explore.

Hidangan akhir yang disediakan sandwic tuna. Oleh kerana masih kenyang, simpan untuk sarapan esok. Kami selamat mendarat 10.05 malam. Terus ke kaunter imigresen. Tiba-tiba kena reject woo.. alamat yang diletak tak lengkap. Sewa Airbnb, memang gitu alamat yang diberi.  Dup dap dup dap dibuatnya. Mencari kakak sebab dia pun tulis alamat macam tu juga. Eh cari cari tak jumpa, rupanya dia dah lepas. Siap petugas tu tulis dalam BM, Di mana?. Akhirnya tambah  Apartment dan dia suruh pergi kaunter lain. Alhamdulillah lepas. Fuh!

Seterusnya ke kaunter informasi untuk tanya prayer room. Ya di Haneda, prayer room terletak di tingkat 3F(Departure Floor) di penjuru bangunan. Turut tercatat di dalam peta. Nak masuk kena intercom dahulu minta kebenaran baru pintu akan dibuka. Tempat wuduk disediakan. Bagi yang menggunakan bilik ini sila patuhi arahan yang ditetapkan. Jangan berlama-lama pula nak duduk di sini sebab nampak ada je security jenguk-jenguk dalam ni. Jaga nama sebagai seorang Muslim ya.

Penginapan hanya sewa untuk keesokan harinya dan lepas pukul 4 baru boleh check in. Jadi malam ni tidur di airport sahaja.  Sementara nak tunggu waktu tidur kita rayau-rayau dulu di sini. Mula-mula pergi ke kaunter informasi untuk beli kad subway. Kad Pasmo (macam touch n go) bernilai JPY 3000, JPY 500  deposit jadi dalam kad bernilai JPY 2500( JPY 1000 lebih kurang RM40). Boleh top up kad ni ikut keperluan. 
Boleh tengok jenis-jenis kapal terbang. Yang mula-mula sekali tu, Air Asia. Ikut abjad

TV interaktif sambil kita tengok kapal terbang kat luar tu, jadi kita boleh tengok logo yang mewakilinya. 

Hello Tokyo.
Di tingkat 5 ada observation deck. Boleh meninjau kawasan luar bangunan dan dengan jelas nampak nama Tokyo International Airport.  Ada tv interaktif  dan boleh belajar tentang logo-logo kapal terbang yang ada di situ, peralatan yang ada di lapangan terbang serta bangunan yang ada di sekitar airport.  Di tingkat 4 dan 5 ini ada kedai-kedai mengikut tema Edo Market Place, Tokyo Pop Town, Hot Zone, Cool  Zone tapi semuanya dah tutup. 

Setelah habis melawat, mak ai bersepah orang tidur di setiap kawasan yang ada kerusi. Amboi-amboi favourite spot pun dah habis dicop orang. Akhirnya setelah berpusing-pusing jumpa juga sebaris kerusi yang kosong. Berlapikkan bantal lena juga tidur. Ha macam gelandangan je kan, tapi semua orang  pun sama. Travel bajet ginilah rupanya. Ada je hotel kat situ. Kalau yang nak selesa, silakan.

Tip tidur di Airport.

Subuh pukul 4.45 pagi (Jepun awal satu jam daripada Malaysia). Ha senang je, bilik air dekat, surau pun dekat. Buat macam rumah sendiri pulak. Hehe. Mengisi perut dengan sandwic yang dapat semalam. Masa di tandas, terjumpa seorang Jepun ni tanya, “Where are you come from.” “Malaysia”. “Beautiful” sambil pegang baju. Perasan sekejap, oh rupanya dia puji baju cantik. Corak sular bayung/ sulur buyung. Bangga juga baju RM25 je beli kat pasar Karai. 

2 comments:

Mila@Rimbun said...

Bestnyer, jgn lupa sambung yer hihi... tak dapat pergi sendiri, dapat baca cerita pun dah best haha

zarina said...

Terima kasih kerana membaca :)

Terminal bersepadu

Terminal bersepadu seperti KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memudahkan orang ramai mengunakan pengangkutan awam yang  menya...