Sunday, March 12, 2017

KL Gateway

Ke KL baru-baru ini, oleh kerana memang menetap di PJ sebelum ni, dalam masa setahun mesti kena tengok Kota Darul Ehsan yang merupakan sempadan antara PJ dan KL.. hehe. Tempat lahir lagi dikenang inikan pula tempat mengenal kehidupan ... cewah. Kampung Kerinchi sudah sangat-sangat berubah. Orang lama mungkin masih panggil kampung Kerinchi tapi orang sekarang panggil Bangsar South. Wah wah wah keInggerisan dah.  Masa datang sebelum ni terkejut bila tengok nama stesen lrt Universiti bertukar jadi KL Gateway Universiti. Entah apa kebendanya KL Gateway tu, rupa-rupanya nama Mall baru. Baru buka 2 Mac yang lalu tapi belum sepenuhnya.

Dahulunya tapak Mall baru ni merupakan flat 4 tingkat yang hanya ada 1 bilik. Malah tutup dengan kain saja untuk jadikan partition. Daif sangat rupanya. Kawasan ni pun nampak kotor je. Malam pun risau jalan di sini sebab keadaan yang gelap dan dikenali dengan penagih dadah melepak. Tikus sebesar lengan ni boleh nampak je berkeliaran kat luar. Di sini juga merupakan tapak pasar malam dan pasar ramadan yang popular untuk orang UM dan Vista Angkasa (selain daripada Pantai Dalam). Kedai-kedai makan di sepanjang jalan yang menjadi tempat lepak untuk mencari makan juga dah lama dirobohkan. Kini kawasan ni dah jadi tempat elit. Lain benar rupanya.

Pemandangan daripada stesen, Kerinchi Link yang memendekkan perjalanan untuk  orang dari KL nak ke Damansara. Tidak perlu melalui Federal Highway yang di bawah tu.

Laluan tangga ini untuk sesiapa yang nak ke Vista Angkasa atau nak tukar kepada bas untuk ke Mid Valley. Teksi pun banyak di kawasan ini. 

Laluan baru daripada stesen LRT. Jika hendak ke Flat PKNS 14 tingkat tidak perlu lalu depan Vista Angkasa dah, boleh terus lalu di sini dan ikut jejantas yang bercermin yang menghubungkan dengan Mall baru. 

Ada eskalator yang memudahkan perjalanan.

Kawasan ni ada kemudahan teksi dan bas. 

Hotel Pullman dan Menara Rebung TM. Dulu-dulu saya selalu jadikan Menara Rebung ni panduan bila tersesat. Kalau di hutan kita akan tengok mana utara selatannya tapi ni kalau dah sesat di bandar, tengok ke atas cari mana bangunan yang dikenali. Hehe. Bila nampak makin dekat bangunan tu maknanya anda berada di laluan yang betul. Dulu mana ada pakai waze.

Vista Angkasa masih gagah di situ. Untungnya orang yang beli rumah di sini. Ramai student yang menyewa di sini. Sentiasa penuh. Keadaan jalan ni sewaktu belum orang balik kerja. Kalau dah balik kerja, inilah kawasan yang memang sesak gila. Tambah kalau hujan, akan kedengaran bunyi hon tak henti-henti tanda tak puas hati.

Dalam Kl Gateway Mall.

Setiap tingkat design dia berbeza. Ada surau di sini.

Banyak kedai yang akan dibuka hujung bulan ni.

Ada kedai buku Times di sini. Tingkat atas sebelah MR DIY. Al-Ikhsan juga dah buka terletak tingkat bawah Times ni.

Daiso juga di tingkat yang sama tapi belum buka masa saya pergi. Ada  kiosk Sisters Crispy Popiah di sebelah yang dah dibuka. KFC di tingkat bawah. Nampaknya itu yang mendapat sambutan kerana mudah orang bawa balik.

Apabila malam menjelang. Lampu bergemerlapan.

KL Gateway Residence. Pejabat atau apartmen tidak dapat dipastikan.

Residensi Kerinchi di sebelah KL Gateway. Penduduk yang dulunya tinggal di Flat 4 tingkat sebelum ini dapat duduk di sini. Bawahnya tempat letak kereta. Elit nampaknya. 

No comments: