Saturday, March 18, 2017

Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya (MKM)

Kampus Induk Maktab Koperasi Malaysia, 103 Jalan Templer 46700 Petaling Jaya

Jika anda menjadi anggota mana-mana koperasi di Malaysia tidak kiralah koperasi sekolah, koperasi kakitangan awam, koperasi kakitangan swasta, koperasi  masjid atau koperasi keluarga, anda layak anda untuk mengikuti kursus yang diadakan di MKM. Terdapat 5 zon MKM, Zon Tengah (HQ di JlnTempler,PJ), Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sabah, Zon Sarawak dan Zon Timur. Boleh pilih mana-mana je yang nak pergi tapi kalau di Sabah dan Sarawak, tiket kena beli sendiri ya.


Kursus pelbagai, boleh belajar kursus komputer, urutan tradisional, pelancongan, ternak ayam, kambing, lembu, asas akaun dan banyak lagi. Boleh tengok di web untuk sepanjang tahun 2017. Yuran kursus bagi anggota koperasi serendah RM50. Harga berbeza mengikut kursus kerana ada yang perlu dibuat di luar dan mungkin boleh menjangkau beratus tapi ia masih murah jika hendak dibandingkan orang yang bukan anggota koperasi.  Oleh itu sebagai anggota koperasi bolehlah ambil peluang tersebut untuk meningkatkan diri dan seterusnya boleh digunakan untuk memajukan koperasi. 

Keutamaan penginapan diberikan kepada peserta yang tinggal melebihi 40km daripada tempat kediaman ke tempat kursus. Kalau di MKM PJ ni duduknya di asrama. 1 bilik 3 orang. Satu katil dua tingkat dan satu katil bujang. Ada tv, meja study, almari dan tuala disediakan. Bilik air berkongsi  memang macam duk asrama tu. Ada balkoni untuk jemur baju. Jadi orang jauh bolehlah bawa sabun basuh kalau nak membasuh baju. Ohh bawa plastik sekali untuk nak mengangkatnya. Ada kedai koperasi di situ kalau nak membeli baldi, paling lama kursus 5 hari tak rajin pula nak membeli baldi, kan. Seterika dan air panas/sejuk pun ada di pantry.

Check in asrama satu hari sebelum kursus, 4.30 petang hingga 8.30 malam. Kalau lambat, sorry  silalah bermalam di tempat lain dahulu. Esok pagi baru boleh masuk bilik.

Makan malam juga disediakan untuk yang dapat penginapan tapi untuk keesokan harinya. Hari check in kena cari dinner sendiri.  Kalau kena masuk hari Ahad, baik beli siap-siap di luar sebab kedai koperasi pun tutup.  Kedai makan kena keluar MKM ni, tak ada yang berdekatan.


Kupon makan malam untuk makan di kantin. Bermula 7.30 malam - 8.30 malam. Masa kursus pun ada sarapan.pagi 7.45pg. Makan pukul 10.30 pagi. Makan tengah hari dan makan petang. Kiranya bayar yuran RM50 tu termasuklah semua ni. 

Cara untuk pergi ke sini, yang bawa kereta boleh park dalam MKM ni tapi tak tahulah ada tempat tertentu atau tidak sebab saya biasa naik bas je. Bas boleh ambil di LRT Taman Jaya. Ada bas yang memang lalu depan MKM ni dan ada bas yang tak masuk tapi boleh naik juga, kena berjalanlah. Depan daripada balai polis tu ada bus stand dan sebelum bulatan (ohh ni pergi yang tahun lepas, kalau jalan tu tak ada apa-apa perubahanlah). Dari situ nak jalan ke MKM lebih kurang 1km lebih hmm rasanya..hehe sorry tak ingat tapi idak la jauh beno rasanya. Tambang RM1. Kalau naik teksi, tambang sekitar RM4.

Kebiasaanya kelas habis pukul 4.30 petang. Ada yang ambil kesempatan pergi jalan-jalan tapi saya lebih tertarik nak pergi perpustakaannya. Dah datang dari jauh, inilah masanya nak dapat maklumat tentang koperasi. Kalau library lain, keutamaannya pun lain. Hehe..macam bagus je kan..haha jangan kecam. Dah biasa kat KL ni so tak berapa nak heran sangat. Orang lain yang datang dari jauh memang time ni la nak berjalan-jalan. Bagi peserta kursus jangka pendek boleh pinjam 6 buah buku sepanjang kursus. Pukul 8 pagi dah buka hingga 6 petang.  Sebelum kelas start bolehlah baca paper di sini dulu.

Perpustakaan di block A. Asrama kena check in di blok B.
Pintu masuk ke MKM

Sempat pinjam 12 buah buku sepanjang 3 hari kursus. Bukan baca dari kulit ke kulit, cari isi penting je. Mana nak sempat kalau baca betul-betul. 
Saya pernah jumpa seorang peserta kursus dari Sarawak. Respek sangat dekat akak tu sanggup terbang untuk mencari ilmu. Kursus pendek je pun, 3 hari. Tambang bayar sendiri. Dan ini bukanlah pertama kali dia datang berkursus di sini, sejak sekian lama memang dah rajin datang. Merasa juga kek lapis Sarawak sebagai ole-ole. Jadi sesiapa yang duduk berdekatan apa lagi, boleh click di sini untuk tengok kursus yang diadakan. Bagi sesiapa yang sudah mendaftar boleh tengok di sini untuk tahu sama ada permohonan diluluskan.  Isi sahaja borang dan cop koperasi disertakan untuk pengesahan, scan borang  dan e-mel.   Bagi yang bekerja boleh tanda di borang tu cuti tanpa rekod nanti pihak MKM akan bagi surat tapi bergantung jugalah kepada majikan sama ada nak lepaskan atau tidak, kan. Kalau macam tu, kenalah ambil cuti sendiri.

Selamat berkursus.

No comments:

Kuntum Si Peramal Cuaca

Biasa dengar,kan binatang ni ada six sense . Dia boleh tahu ada bahaya di sekitar atau bencana alam.  Dengan bangganya saya nak beritahu ku...