Wednesday, January 25, 2017

Topping Donut


Di sebuah kedai donut

Ini donut

Pelanggan: Topping apa yang best di sini?

Pekerja: Ini terbaharu di pasaran,encik.
Lemak berkrim



Disukai ramai

Eh topping bergerak. Selamat malam dunia.


Kucing, pandai mencari tempat yang selesa. Dia akan cari tempat-tempat baru untuk landing. Atas beg, dalam bakul, atas kusyen, bawah  kerusi, bawah meja.  Biasanya akan bertukar seminggu sekali. Ni macam mana entah boleh terfikir duk atas ni. Dah lama beli. Eh hang ingat hang comel sangat ka? Dan yang paling menyakitkan hati, setiap kali tukar seperah meja yang baru, dia yang pertama akan merasmikan. Padahal orang tukar tu pun sebab dia yang mengotorkan seperah tu dengan bulu-bulu yang berguguran. Sama seperti Garfield, mesti nak cari tempat selesakan untuk membesarkan perut.

#kuntumTheCat

Sunday, January 15, 2017

The Rules of Living in Japan

Saya suka buku ni dari muka surat awal lagi.  Mula-mula nak beli, tapi memikirkan baru je beli buku dan tak mula membaca pun lagi, letak semula. Eh tapi suka.  Harga pun boleh tahan mahal, lepas satu set makan untuk sehari. Ok, macam mana nak atasi bila suka sesuatu tapi tak nak beli?
...

Tambah ilmu. Mana yang baik kita ikut.
Kita pengaruhi orang lain. Muahaha see this sekarang ada di tangan saya.  Sebenarnya kakak memang nak beli pun buku cenggini. Tq Yang dapat tumpang baca.

Tajuk: The Rules of Living in Japan from everyday manners to ceremonial rituals
Penulis: Tak tahu siapa penulisnya tapi alih bahasa oleh Fuhito Shimoyama, ada nama Nobu Yamada juga
Ilustrasi: Miki.itou
Penerbit: Gakken, 2008
ISBN: 978-4-05-403965-0
Harga: JPY 1300 dan tax JPY 104 di Kinokuniya Tokyo
M/s: 155 halaman

Sinopsis:
This book presents episodes that explain Japanese manners, etiquette, custom and rules. It introduces not only traditional Japanese customs but also the simple manners of everyday Japanese life both in English and Japanese.

Buku berilustrasi tidak bosan membacanya.
Komen:
Kalau buku kita, keterangan  mengenai buku (alamat, penerbit, penulis) terletak di muka surat hadapan belakang tajuk. Buku Jepun ni pula di muka surat akhir. Layout kemas.  Penggunaan bahasa yang ringkas. Menarik sekali dengan tambahan ilustrasi. Tak perlu ada gambar yang cantik menawan tapi sedap mata memandang untuk membantu menjelaskan teks. Kadang tengok ilustrasi saja pun kelakar. Kagum betul kalau semua orang Jepun memang cara hidupnya macam yang ditulis dalam buku ni. Sangat terperinci. Tension pulak tengoknya macam banyak kena ikut hehe. Disiplin tu.

Antara tajuk yang menarik; (tulisan berwarna merah adalah ekspresi saya.)

Making a Good Impression on Neighbors

The Entrance to Your Home -Keep clean the inside and outside of you front door even if the rooms inside may be messy. Masa di apartment Airbnb haritu memang kelihatan sampah yang semua orang di apartment tu buang pun disusun dengan kemas walaupun tak de tong sampah besar. Idak le dicampak-campak ikut suka hati.

Etiquette on Throwing out the Trash – it goes without saying that you should follow the community rules on sorting out your garbage. When you put kitchen garbage in the designated semi-transparent garbage bags, wrap them in newspaper to hide the contents. When disposing of documents and envelopes with private information, tear them into little place. Yang ni memang  ada buat, koyak kecil-kecil.

Hanging Your Laundry-since few Japanese homes have dryers, people hang their laundry to dry on balconies. When you hang out the laundry, hang bath towels and sheets on the outside so your clothes won’t be seen from the street. Ha betul tu, yang  dalam-dalam  tu pun patutnya disorok di belakang kain. Kalau tak idakla keluar istilah banyaknya jemur  ‘sotong kering’, kan.

The Sound of Running Water-the sound of running water may also disturb your neighbors. Take baths by midnight. Finish doing the laundry by 9 pm at the latest. Kalau di Malaysia ni rasanya kira awal lagi pukul 9. Pukul 11 malam baru rasa macam tak patut guna mesin basuh.

The Sound of Talking on the Phone- Even if you’re in your own apartment, loud voices can be heard through open windows. Keep your voice down when you talk on the phone. Baiklah, akan cuba mempratikkan.

Smell and smoke-The offensive smell and smoke of fireworks and barbecues will cling to the laundry hung on neighbors’ balconies. Inform neighbors in advance when you hold a party in your yard, on the balcony or on the rooftop. Also, keep your pet clean since some may be bothered by pet odors. Toleransi.

Airing Futon Mats-In Japan, people air ‘futon’ regularly in the sunshine to prevent house dust mite. Many futon may be seen hanging on the balconies of apartment buildings on a sunny day. When beating the futon to remove dust, be careful so the dust won’t fly in all directions. Mak ai habuk je kot.

Footsteps-Footsteps echo downstairs, especially in apartment with wooden floors. It is a good idea to put a rug on the floor to muffle the sound. Oooo…kalau di sekolah dahulu ada tangga kayu. Dalam perhimpunan,  Cikgu memang suruh jalan perlahan-lahan, ni dah macam anak gajah berjalan. Biasalah orang yang berjalan tu memang tak rasa dia mengganggu orang lain.

Praticing the Piano-Inform the neighbors if you regularly practice the piano. Tell them that you’re concerned that the piano sound may disturb them. If you need to practice the piano for prolonged periods of time, for instance before a recital, let the neighbors know when you see them in the building. Macam mana nak tumbuk sambal belacan ni?

Community Etiquette
Be aware of the do’s and don’ts in your community. Respecting rules and customs will keep problems away.

Kesimpulannya, peraturannya bukan saja-saja tapi sangat memikirkan tentang orang lain. Biasanya sekarang semua orang cakap pasal hak,  “Aku punya rumah, aku punya suka nak buat apa.” Teringat pula dengan Hadis 40 Imam Nawawi tentang hak jiran tetangga. Hadis ke 15- Adab-adab yang baik.

Pengertian jiran tetangga

Pertama, orang yang tinggal serumah dengan kita
Kedua, orang yang rumahnya bersebelahan dengan rumah kita
Ketiga, orang di sekitar empat puluh rumah yang terletak di sekitar rumah kita
Keempat, orang yang tinggal satu negeri dengan kita.

Jika tetangga itu muslim sekali gus kaum keluarga, dia memiliki tiga hak iaitu hak tetangga, hak Islam dan hak keluarga. Jika dia muslim yang bukan kaum keluarga, dia mempunyai dua hak iaitu hak tetangga dan hak Islam. Jika dia kafir yang bukan kerabat, dia mempunyai satu hak iaitu hak tetangga.

-dipetik daripada Syarah hadis 40 Imam Nawawi,  Fahrur Muis, Muhamad Suhadi, Kemilau Publika.

Hak jiran tetangga

Jika dia minta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya.

Jika ia minta pinjaman engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.

Jika ia memerlukan sesuatu engkau akan memberikannya.

Jika ia sakit engkau akan menziarahinya.

Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya.

Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya.

Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai ke rumahnya kecuali dengan izinnya.

Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu.

Jika engkau beli buah-buahan berikan sedikit kepadanya.

Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu di hadapan anaknya kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

dipetik daripada artikel JAIS.

  

Friday, January 13, 2017

Transportation in Japan. Can I survive?

Sebelum bercerita lebih panjang, jom tengok anda ni kategori pelancong yang macam mana. Lihat carta di bawah dan click untuk lebih jelas.

Ni suka-suka je. Anda sendiri tau anda orangnya macam mana. Nak percutian ekstrem ke, santai ke, belasah aje ke terpulang. Best ke tak best, akhirnya semua itu akan jadi kenangan terindah. Cewahh
Apabila jalan sendiri, kita dapat merasa menaiki pengangkutan awam seperti orang tempatan.  Kalau ikut pakej(agensi pelancongan) biasanya  lebih mudah kerana turun naik bas yang disediakan sahaja. Just enjoy tempat lawatan. Tapi apabila jalan sendiri, usaha kena lebih untuk cari, baca dan proses maklumat. Tak kisahlah tersesat pun tetapi seboleh-bolehnya mestilah untuk mengelak risiko tersesat.

Walaupun saya pengguna LRT tegar satu ketika dahulu tapi bila sampai Jepun ni fuh pitam tengok peta subway. Setakat Thailand, 10 minit macam tu dah boleh faham sistem. Ada orang memang dia boleh faham cepat.  Ada orang sampai hari ketiga pun teraba-raba lagi. Oh siapakah itu? Hihi. Kalau betul pun sebenarnya kebetulan.

Ni sistem di KL
  

Ni baru di Tokyo sahaja. Cer kome bandingkan. 

Samalah macam budak disleksia, kan dia ada masalah nak membezakan huruf ‘d’ dan ‘b’ sedangkan kita nampak senang je benda tu. Dan memang ada orang yang lemau bab-bab navigation dan fobia peta ni. Haha. Tengok je benda berselirat, otak dah reject. Tokleh nak g. Ok saya cerita yang saya faham. Kalau sampai ke sudah pun tak faham, meh kita rebus peta ni dan minum air dia.

Complicated tapi efisien sebenarnya. Hingga lunyai buku dibuatnya. Sebenarnya ada apps yang boleh dimuat turun iaitu HyperDia tapi saya prefer secara manual dengan lihat peta di buku panduan ni.  

Buku ini boleh diambil di airport. Kaunter pelancong/informasi
Ni dalamnya, kita boleh tengok tempat mana yang nak dilawat berdasarkan keterangannya. Memang buku panduan yang berguna bagi pelancong. Semua maklumat pun ada.

Di sini ada 3 jenis train, JR, Subway dan Private Railway.

Ni peta untuk JR 

Laluan yang biasa digunakan Yamanote Line ia berbentuk bulatan dan sesiapa yang saja nak jalan-jalan, naik je mana-mana stesen dalam laluan ni, dan jangan turun, maknanya anda dah pusing sebahagian Tokyo tu hehe. Dia melalui stesen-stesen  yang memang popular untuk tourist seperti Ikebukuro, Shinjuku, Shibuya, Ueno, Tokyo dan Shinagawa.

Subway pula mengandungi 13 lines; 9 Tokyo Metro Lines dan 4 Toei Lines. Jika di dalam buku panduan kita akan dapat lihat lines yang berwarna warni dan ditanda dengan satu huruf sebagai simbol  nama lines tersebut. Malah, untuk lebih mudah sampai ke destinasi kita kena tahu station number yang ditulis di bawah simbol nama tersebut. Tak perlu hafal ni, cuma tengok dalam peta dan kena study sikit cara bagaimana yang lebih berbaloi.
 
Ni peta untuk subway. Nampak tak E yang berwarna Magenta. Itu namanya Toei Oedo Line. Dan nombor di bawahnya itu adalah nombor stesen.

Apa yang penting untuk diketahui?

Senarai tempat
Ok sudah pasti dari Malaysia lagi kita dah tahu trip kita itu lebih kepada shopping, nak pergi jalan-jalan atau nak pergi makan.  Senaraikan, dan ambil alamatnya. Untuk yang nak buat itinerary sendiri, Dalam 1 hari elok 3 atau 4 tempat sahaja. Takkanlah dik kerana nak melawat semua, hanya touch n go sahaja tempat tu. Tak best. Kenalah hayati dan bersantai untuk merasa macam orang tempatan. Lagipun jika naik train, memanglah ada yang kata keluar Exit ni, dalam 6-7 minit dah boleh jumpa destinasi. Sebenarnya dari keluar train tu nak ke Exit pun udah jauh perjalanannya, belum sampai destinasi lagi. Kalau anda jenis yang memang kaki senam. No problem. Kalau yang jenis sedantari ni, mulalah sakit pinggang sakit kaki bagai apabila malam menjelang. Tampal koyok nampaknya. 
Ini adalah cadangan trip oleh Tokyo Handy Guide yang hanya menggunakan JR Yamanote Line.

Ini pula adalah cadangan trip yang menggunakan subway.
Bagi yang matlamat nak shopping, biasanya beg Anello dan SK-II jadi pilihan. Orang kata memang murah beli di Jepun sendiri. Saya tak tahu sebab memang tak beli.

Sebenarnya kami pun tiada itinerary yang betul tapi dah senaraikan tempat mana yang hendak pergi. Cuma bila dah ambil peta/buku panduan di airport tu barulah lengkap itinerary setelah dipastikan laluan yang lebih mudah dan dekat dengan rumah.  So kiranya kami ni jenis belasah je. Just enjoy the trip dan tidak mengejar masa.

Nama line, station dan exit.
Ia penting untuk memastikan anda sampai di destinasi. Kalau mengikut buku panduan, memang nama line dan station telah ditulis tetapi tiada Exit. Cara untuk tahu Exit mana yang patut keluar, kadang kala dalam blog ada ditulis. Tetapi di stesen juga ada ditulis panduan Exit mana yang patut keluar iaitu rujuk peta yang dilekat di dinding warna kuning. 

Exit kena pastikan yang betul. Kalau di KL, exit kiri dan kanan sahaja. Kalau tersalah keluar Exit, tak kisah untuk patah balik. Kalau di Tokyo ni jangan buat pasal, Exit je lebih daripada dua. Kadang ada Exit A1, A2, A3. Kalau stesen yang besar dan utama tu lagilah. Bersimpang siur tengok Exit nya. Waduh-waduh itu yang boleh berpusing dalam station tu sahaja dekat 10-15 minit. Kalau dah tengok Exit yang betul pun kadang kala masalah boleh terlepas pandang. Tetiba Exit pun hilang hehe. Tambah pula dengan orang ramai yang memang ketika itu nak jalan laju je. Jadinya, sesat pun sesatlah.

Jika kita dah ada alamat tetapi tak tahu Exit mana yang patut diikut. Google sikit peta untuk mengetahui landmark seperti bangunan terdekat destinasi kita tu sebab nanti boleh tengok peta besar di subway. Dan dari situ biasanya ada diterangkan Exit yang harus diikuti.

Access
Dalam buku panduan biasanya ditulis access sesuatu tempat. Bukan satu sahaja. Kadang-kadang boleh dua tiga cara hendak pergi ke sana. Contoh nak pergi ke Nakamise Shopping Street boleh ke Asakusa Station on Tobu Line, Subway or Tsukuba Express (G19),(A18). Mungkin ada yang akan keluar dekat gate masuk Kaminarimon Gate dan ada juga yang jumpa Sensoji Temple dahulu. Semuanya bergantung kepada kita naik apa dan keluar Exit mana. Itu yang menyebabkan tak boleh ikut sangat itinerary yang dibuat, just belasah je. Walaupun sesat, sebenarnya kita akan jumpa pengalaman yang lain. Tak payah nak perfect sangat. Wah macam positif je bunyikan.. hehe.. tapi sebenarnya masa tu tension memang ada. Pujuk hati untuk positif. Chill.
 
Ni di Asakusa, ada yang boleh keluar di Station Asakusa Toei Asakusa Line, Asakusa Station North Exit Tobu Line dan Asakusa Station Metro Ginza Line. Di sini juga kita boleh naik cruise jika nak ke Odaiba. Jadi, banyak cara untuk datang/pergi ke sini.
Kalau hendak dibandingkan dengan di KL, misal kata kita hendak pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Kita boleh naik LRT dan berhenti di Stesen Hang Tuah atau Monorail dan berhenti di Stesen Maharajalela. Kedua-dua stesen pun kena jalan kaki lagi untuk ke DBP. Jarak pun lebih kurang sama je. So kita pilih sama ada nak naik LRT atau monorail yang lebih mudah/murah.

Etika di dalam train.
Berbaris terlebih dahulu di ruang yang disediakan. Biarpun tak datang lagi trainnya, baris sahaja sebab memang ramai penggunanya. Kekerapan train datang pun cepat. Tak ada masa nak duduk lepak. Orang sentiasa datang.  Bila train sampai, beri ruang orang keluar terlebih dahulu. Sabaq sikit na.

 Set telefon dalam mode silent atau tutup telefon apabila berada di courteasy seat (priority seating for the elderly anda disabled).  Rendahkan nada suara anda juga bila bercakap.

Di dalam train, pengumuman next station atau station transfer jelas kerana ada English. Tapi untuk lebih jelas boleh tengok di skrin. Dan untuk memastikan kita naik train yang betul, bandingkanlah laluan di skrin tu dengan peta panduan kita. Kalau dah nampak next station  salah. Silalah turun di next station dan patah balik ke belakang tanpa perlu touch kad di pintu keluar. 

Kena alert telinga dan mata, pintu mana yang akan dibuka sama ada di kiri atau kanan. Ni kalau dah tersepit kat tengah-tengah jadinya bolehlah prepare nak menghala pintu mana dalam tren yang sendat tu. Boleh cakap “Sumimasen, orimasu”(Excuse me, I’m getting off) nanti derang akan bagi laluan. Pernah guna sekali je. Hehe.

Transfer 
Di KL, jika kita hendak tukar dari Kelana Jaya Line ke Ampang Line kita kena berhenti di stesen Masjid Jamek untuk bertukar line. Di Tokyo, jika kita hendak bertukar dari JR ke Subway atau sebaliknya juga, kita kena tengok di mana station transfer ini dekat map. Itu sebabnya setiap line subway ditanda dengan warna, nama line dan nama station agar mudah untuk lihat.
 
Nampak tak banyak warna di satu tempat tu? Maknanya kita boleh tukar tren di situ untuk terus ke destinasi.


Stesen akhir
Kadang kala apabila kita sampai di stesen yang betul tapi apabila kita hendak naik train tak nampak nama stesen destinasi kita tu malah di skrin ditulis nama lain. Jangan panik dahulu, cari dulu nama tu dalam peta. Ia sebenarnya menunjukkan nama station akhir. Contoh kalau di KL, kita nak pergi stesen Bangsar tapi dia akan tulis Kelana Jaya, jadi betul dah tu. Tapi mungkin juga ia adalah  train ekspres dan tidak berhenti di destinasi anda. Ha sudah..hihi sebenarnya semua maklumat tu ada tertulis dekat situ. Sebenarnya saya ni panik yang lebih, tu yang apa pun tak nampak. Kena alert keadaan sekeliling, semua maklumat ada di situ sebetulnya tak payah terus nak tanya orang. Kalau dah give up, dan surrender, apalagi yang boleh dibuat tanyalah orang.

Teksi
Laluan train yang sistematik membuatkan saya rasa tak perlu naik teksi. Ia merupakan pilihan terakhir sebab risau tambang mahal. Pernah naik teksi ketika di Osaka dahulu, tapi berkongsi empat orang, jimat sikit. Naik pun sebab dah sesat sangat, tak ada mood nak cari Exit dalam keadaan station yang sesak ya amat. Di semua penjuru orangnya ramai. Kebanyakan teksi, tambang permulaan JPY 730* dan akan bertambah mengikut masa dan jarak.  Tambang akan meningkat antara pukul 11 malam - 5 pagi. Ada kawan pernah tanya, Jepun tak jam ke? Entahlah, tak pernah pula terperangkap dalam traffic jam. Masa naik bas pun laluan clear je. Yang jam nya di stesen subway. Sesak dengan orang. Hihi. Tapi still berjalan lancar sebab semua orang jalan laju je.

Bas
Ketika di Tokyo, pengalaman naik bas sebanyak dua kali. Kelebihan naik bas, tak perlu naik turun tangga stesen subway. Tak perlu jalan jauh sebab biasanya terus ke destinasi. Malah, nampaknya mudah juga sebab di bus stop dah siap tulis stesen yang dilalui dengan masa dan tambang sekali (mungkin bukan semua tempat ada- tapi yang saya naik memang ada ditulis). Lagipun dalam bas tu sendiri memang ada pengumuman stesen yang berhenti dan untuk lebih jelas ada tv yang akan beritahu next station apa. Jadi kita boleh bersedia. Guna je kad PASMO untuk bayar tambang. Masuk pintu depan dan bayar tambang. Tambang antara JPY 100 – JPY 210 * dan akan bertambah ikut jarak. Apabila destinasi telah diumumkan. Tekan butang  loceng dan keluar ikut pintu belakang. Sebenarnya ikut je pintu mana yang terbuka. Sebab ada sekali tu naik ikut pintu belakang, touch kad PASMO dan bila sampai destinasi,  keluar pintu depan dan touch  lagi kad PASMO.
 
Keterangan tentang bas di bus stop. Untuk pastikan kita berada di laluan yang betul, boleh check laluannya.
Kalau betul nombor basnya, Alhamdulillah, cerah masa depan sampai dengan selamat, kalau tak betul, berpusing-pusinglah anda dalam kesesatan. Malah kebanyakan driver bas ni tak fasih English. Semasa di Kawaguchiko Lake, ada 2 penumpang yang tersalah naik bas. Oleh kerana pemandu tak faham apa yang ditanya, terpaksalah orang yang sesat ni bertanya siapa yang boleh cakap English. Mujur ada orang tempatan yang membantu.

*dipetik daripada majalah Good Luck Trip Dis16/Jan17

Untuk semua, Enjoy Your Trip.



Tuesday, January 10, 2017

Kenapa Jepun? Why? Why?Why?

Dereten pokok gingko di Meiji-Jingu Gaien
Tak boleh move on lagi rupanya hihi. Ok kenapa Jepun, kan dah pernah pergi dulu? Dahlah barang mahal, sepatah haram pun tak faham. Gempa bumi. Tak ingat ke Jepun pernah jajah kita sampai kita makan ubi kayu je? Wah! Wah! Wah! Drama sangat. Mari sini nak cerita. Banyak lagi daerah yang menarik untuk dilawati seperti Sapporo, Hokaido, Okayama, Nagoya.

Ha siapa yang cakap hari-hari pun boleh pergi Nagoya tu, meh sini nak cubit-cubit.

Apa yang pasti, Jepun selamat daripada penyeluk saku.  Saya tak terjumpa  signboard yang  menyatakan hati-hati dengan penyeluk saku. Malah banyak  pengakuan  daripada pelancong yang menyatakan jika tertinggal barang pasti akan dijumpai semula seperti keadaan asal. 

Berikut banyak lagi yang saya rasa menarik bagi pelancong. Ini hanya pandangan selama 7 hari je, kalau duduk di sana rasanya lebih kepada tension kot, persaingan untuk menjadi terbaik sangat tinggi.
  1. Sensor.

Seronok explore kecanggihan alatan yang terdapat di sini. Ha perak (bahasa Perak, kalau translate over excited kot)  tu.  Kebanyakannya pakai sensor.
Tandas di airport pakai bidet (ada air di mangkuk jamban). Masuk-masuk sahaja dah ada bunyi air terjun. Cari panel dia sama ada di kiri, kanan atau di belakang. Tengoklah simbol perempuan tu dan tekan di situ. Oh kalau tandas lelaki tak tahulah macam mana.  Untuk berhentikan air tu, tekan tanda stop yang bentuk kotak tu. Tanda international tu kan. Untuk kawal air banyak mana yang keluar boleh dilaraskan daripada panel tu sama ada semakin tinggi atau semakin rendah. Flush guna sensor juga tapi boleh juga tekan flush  sendiri.  Ada juga butang simbol angin bermakna untuk keringkan..keringkan apa? Lagi mau tanya ka? Mangkuknya pun warm je. Tengok tu dalam tandas pun boleh discover macam-macam.

Ni dalam flight ANA, kecil sikit panelnya.

Ni di airport. Kalau tak faham lagi, ada penerangannya di atas tu tapi tengok gambar sahaja pun dah boleh faham.Tidak semua toilet yang panelnya ada butang yang sama.  Kita tekan-tekan je.

Ha walaupun ‘seronok’ duduk dalam tandas, jangan berlama-lamaan pula di dalam tu. Ia masih tempat ‘kotor’ (walaupun bersih sangat) yang dimasuki syaitan jantan dan syaitan betina. Walaupun sering digelar bilik termenung untuk mendapat idea, namun idea yang diperoleh itu dikhuatiri dipengaruhi syaitan. Baca doa sebelum masuk tandas.

Ada juga tandasnya berbentuk begini. Cangkung. Tradisional Japanese-Style Toilet. Pernah jumpa sekali di kedai Tasik Kawaguchiko.  Ha ginilah caranya, kalau anda tak tau nak hala ke mana haha sebab anda akan membelakangkan pintu toilet. Seingat saya semasa ke Sai Yok Noi Waterfall, Kanchanaburi, Thailand juga saya ada jumpa tandas sebegini.


 Lampu di rumah pun guna sensor. Mula-mula di apartmen Airbnb tu buka lampu koridor waktu tidur supaya nanti kalau nak pergi toilet idak le gelap gelita mencari suis. Dah hari terakhir baru perasan, bila orang lalu di situ, lampu tu automatik terpasang.

Saya terjumpa satu tong sampah di dalam tandas pasar raya juga pakai sensor. Letak je tangan atas tu, nanti dia terbuka sendiri. Best jugak tu. Hihi.

Nampak tak yang ada simbol tangan di bahagian kiri tu, ha letak tangan di situ, nanti dia terbuka sendiri. 

2. Layanan mesra
Kebanyakan pekerja barisan hadapan atau khidmat pelanggan sangatlah the best. Bayangkan orang yang kutip sampah dalam train ucapkan terima kasih kepada penumpang yang turun dari train tu. Ucapannya itu pun dalam suasana sungguh bersemangat.  Pemandu basnya pun setiap kali kita turun akan cakap arigato gozaimasu dan tunduk tanda hormat. Tak ke kita pun rasa ceria bila dengar penghargaan tu walaupun ianya mungkinlah SOP syarikat.

Pekerja kebersihan ni akan menunggu semua orang keluar dahulu, baru dia akan masuk untuk mencuci.

Ketika di airport waktu nak balik, kita belum turun bas lagi, pekerja yang diluar dah bawa keluar beg kita yang terletak di perut bas sambil tunduk “hait” dan security di situ juga tolong tekankan pintu lif dan tekankan butang untuk naik ke tingkat departure.

Masa naik flight dengan ANA pun ketika urusan check in, pramugari kaunter siap jemput  kami yang berbaris ni datang kaunter. Bukannya kita terus pergi ke sana. Wah. Selalunya juga dia akan suruh kita letak bagasi di tempat bagasi untuk tengok berat, tapi dia sendiri pula yang tolakkan (tak perlu angkat, sebab sama paras dengan lantai je). Benda-benda yang kecil begini yang buat rasa dihargai sebab usaha lebih.

Walaupun tak berapa faham cakap Inggeris tetapi derang akan tetap membantu sama ada panggil orang lain atau guna tangan je tunjuk isyarat. Agak-agaklah kita yang nak bertanya ni pun, kalau tengok orang tu macam kerek je, jangan dok jolok sarang tebuan. Memang ada juga yang terus cakap “I don’t know” sambil tak layan kita dah dan buat-buat sibuk tapi itu 2 dalam 10 orang je. Kebanyakannya memang akan membantu.

3. Jangan
Jangan itu, jangan ini. Ketika menggunakan pengangkutan awam, etika yang patut diikut: 
a.Don't talk on your cell phone. 
b.Let people off the train first. 
c.Stand in Line.
 Memang banyak jangannya tapi rasanya semua tu lebih kepada orang luar kot sebab nampaknya macam derang ikut je. Namun 'jangan' itu saya rasa ia baik diamalkan. Malah 'jangan' tu pun sebab dia memikirkan tentang orang lain.  Toleransi. Contoh bawa beg sandang yang besar bagi pelancong, terdapat tanda yang menyuruh kita perhatikan keadaan sekeliling supaya beg kita tidak mengganggu orang lain.

Fikirkan orang sekeliling ya bila bawa beg sandang yang besar apabila naik pengangkutan awam.

Jangan bawa barangan ni ke taman, do not drink alcoholic beverage dan bawa peralatan sukan. Ini membolehkan orang menghayati taman dan main kejar-kejar je. 

Kebiasaanya selain ditampal peringatan, pengumuman juga akan dibuat untuk mematuhi perkara tersebut. Telefon ditukar kepada mode silence malah ada juga pengumuman yang menyatakan tutup telefon apabila berada berdekatan kerusi untuk warga emas dan OKU. Sebabnya: The phone's electric waves could interfere with medical devices - petikan daripada buku The Rules of Living in Japan.  

Malah mungkin ada peraturan  yang tidak ditulis tetapi memang diamalkan oleh mereka.  Ada  satu kes tu makcik ni bawa payung panjang dan kepit di ketiak, saya jalan di belakangnya. Memandangkan kita ni tourist kan, mata melilau ke tempat lain dan tanpa disedari  saya terlanggar payung tu. Dia pula minta maaf sambil tunduk dan tunjuk kat payung tu. Kita pun faham la dia nak minta maaf. Walaupun saya dah melepasi dia pun dia masih tunduk.  

Etika di tempat awam. Carrying an Umbrella - It is dangerous to swing around an umbrella. Hold it straight, especially on stairway . Dipetik daripada buku  The Rule of Living in Japan

Ikat payung tu dengan pengikatnya supaya tidak mengganggu orang lain. Payung juga hendaklah dipegang secara menegak dan pemegangnya menghadap anda supaya ia tidak menganggu orang lain. Berhati-hati dengan payung yang basah supaya kasut dan baju orang lain tidak terkena percikan air daripada payung tersebut.
Cerita payung pun dah panjang, kan. Detail bila memikirkan orang lain. Ha mungkin inilah peraturan yang tidak ditulis tetapi semua orang di Jepun dah biasa ikut etika ini.

Lihat gambar orang  yang kedua kiri tentang membaca surat khabar. Semasa dalam tren, memang jumpa seorang ni baca surat khabar lipat kecil macam tu, tidak melebihi bahu supaya tidak menganggu orang lain. Saya teringat, surat khabar Utusan  sebelum ini pernah mempromosikan layout baru di mana, surat khabar itu boleh dilipat empat seakan bentuk ipad dan isi beritanya masih boleh dibaca kerana tulisannya tidak terlipat sekali. Faham? ha macam pusing-pusing pula ayat. Maaf. Tapi akhirnya, orang masih membacanya dengan membuka luas. 

4. Sampah
Di Jepun ni memang mengamalkan kitar semula dan sampah akan diasingkan ikut bahan-bahan plastik/kertas/botol/tin. Jika di vending machine yang air tu hanya akan nampak tong sampah dengan penutupnya bentuk bulat bermakna lepas beli air botol/tin minum kat situ dan buang di situ. Ha sampai hati tak nak buang sampah lain seperti sisa makanan dalam tong yang ni? Macam berdosa pula rosakkan sistem hehe. Tong sampah juga susah dijumpai di jalanan tapi masih bersih. Kita pula, tong sampah amat mudah dijumpai tapi hmmm tempat paling banyak orang buang ialah di papan tanda yang tulis jangan buang sampah di sini. Hampeh je kan. Marilah kita berubah.

Di luarnya diletak gambar supaya kita dapat buat pengasingan sampah dengan mudah. Yang bulat tu memang untuk botol.

Ini tong sampah yang diletak di taman. Punyalah besar taman tu, tapi ini sahaja tong sampah yang dijumpai. Memang tong sampah tidak diletak di merata-rata.

Pekerja di sini tengah memanpatkan sambah berbentuk botol dan tin. Nampak bersih je sebab tidak tercampur dengan sampah lain.  
5. Cashier
Eye contact confirm ada,  bila beri baki duit akan kira satu-satu di depan kita sambil menyebutnya dan akan pulangkan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau ada bekas yang disediakan dan diletak dengan sopan.  Malah cara mengira duit juga special. Boleh tengok youtube.

6.Mesra Muslim
Walaupun bukan negara Islam, sudah memenuhi keperluan untuk orang Islam dengan menyediakan Prayer Room.  Malah adanya website halal media japan untuk memberi maklumat kepada muslim.
Kebanyakan prayer room tidak ditandakan dengan tulisan 'kiblat' tapi hanya ditulis N (north), E (east), W (west), S (South) sahaja di silingnya.

Ini di Takashimaya. Dilekat di dinding dan di siling juga ada.

Jumpa di Haneda ketika nak naik Keikyu Line. 

7.Tunduk hormat
Hait! Sambil tunduk hormat. Setiap kali pun akan tunduk untuk respon ‘Ya’ atau hanya sebagai tunduk hormat. Yang tak kenal pun boleh tunduk. Misalnya masa masuk bas, tak kenal pun mak cik ni, tapi dia yang duduk di kerusi depan tunduk, kita pun tunduk jugalah kan. Jika ikut sejarah kita sewaktu zaman Jepun,  sebutan ‘hait’ itu sering  dikaitkan dengan marah. “Hait!Potong kapara!” hehe.  

Keseronokan berada di Jepun bukan hanya kerana tempatnya sahaja tetapi campuran tradisional dan moden, adab dan etika daripada penduduknya turut menarik untuk diterokai. Agaknya kalau kita dijajah lebih lama oleh Jepun adakah kita akan mengikut adab yang baik dari segi disiplin atau lebih ramai yang mati kerana menderita? Dan mungkin juga jatidiri rakyat Jepun sendiri  ‘bangkit’ setelah kejadian pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dan dari situ juga etika yang baik diamalkan sehingga kini. Namun sebelum itu lagi pun Jepun dah terlibat dengan Perang Rusia –Jepun dan Perang China-Jepun. Macam manalah agaknya sikap orang Jepun ketika itu ya. Subjek  form 6 ni. Fuh kalaulah dulu lagi dah melawat Jepun, alangkah seronoknya belajar subjek Sejarah. 

Perjalanan mencari keredaan Allah – Umrah 30 Nov hingga 10 Dis 2017 (Bahagian 1)

Memandangkan giliran mengerjakan haji berpuluh tahun lagi, eloklah jika kita dapat mengerjakan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup...