Thursday, March 30, 2017

Cara mengingati nombor bahasa Arab.

Saya pernah belajar bahasa Thai dan Mandarin. Kebiasaannya untuk pelajaran awal kita akan belajar menulis angka. Bersungguh juga saya belajar menulis. Sampai sekarang pun insya-Allah masih boleh mengenalinya. Err kalau nak tulis sendiri tu ada sikit-sikit lupa dah. 

Sumber: Google. Bahasa Thailand. Pusing-pusing tu tulisannya enjoy juga.

Sumber: Google. Bahasa Mandarin. No 1,2, 3 senang nak ingat.

 Bila masuk bab mengingati nombor Arabic ni kalau dulu memang tak kenal kecuali nombor 1, 5, 9 dan  0. Kalau nak cari ayat nombor 4, mesti cari nombor 5 dulu. Kalau nak cari ayat nombor 7, kena cari nombor 9 dan kira ayat tu naik ke atas, ke atas. Hihi. Mungkin sebab kita dah biasa tengok nombor Arab ni dari kecil hingga ke besar menyebabkan tak teruja sangat nak belajar menulis dan mengenali. Kalau bahasa lain tu excited sebab sesuatu yang baru.
 
Sumber: Google. Bahasa Arab.
Rupa-rupanya bila kita belajar bahasa lain ni, kita boleh mengaplikasikannya pada bahasa lain dan mengingatinya. Belajar menulis bahasa Mandarin perlu tahu stroke iaitu berapa banyak garisan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu character (perkataan) itu. Contoh:

Sumber: Google. Di kotak pertama kita tengok satu garisan dan begitulah kotak seterusnya yang menghasil character penuh di akhirnya. Memerlukan 8 strokes.Perkataan di atas "Peng" iaitu kawan.  Ingat tak? pang you  (Cantonese), peng you (Mandarin). "You" character lain pula.

 
Ini maksudnya awak. 7 strokes. Ni kira sikit. Ada yang sampai 19 strokes. Oh kalau belajar dulu, cikgunya menekannya kena ikut step by step strokes tu.  Macam yang ni, mulakan yang kiri dulu, atas, garisan menegak , strokes di kiri dan strokes di kanan. Ha bukan boleh caca marba je ikut garisan mana dulu. Seronok tau walaupun nampak menyeksakan. Haha.

Ok, mari kita tengok pula cara saya mengingati angka Arab ni.

Sila click untuk lebih jelas. Nombor 1-6

Sila click untuk lebih jelas. Nombor 7-10


Itu cara saya. Bagaimana pula cara anda mengingati nombor? Nanti kongsikan ya.

Bila dah kenal nombor. Mari kita buka Quran pula.

Kebiasaanya untuk menyenaraikan isi penting kita gunakan nombor 1,2 (dan seterusnya) kemudian barulah kita tulis isi penting tersebut. Berbeza dengan al-Quran, nombornya terletak di hujung ayat.  Contohnya jika kita mencari ayat nombor 7, kita cari nombor 7 dahulu dan ayat sebenarnya ialah yang sebelumnya dan bukan selepas nombor tersebut. Kelirukan. Bukan macam kebiasaan ayat yang bernombor. Susah nak betulkan tabiat tu. Tapi kena betulkan, kena lari daripada kebiasaan dan mungkin akan dapat hasil yang lebih baik. Cuma belum nampak lagi. 


Sesuatu yang di luar kebiasaan juga, kebiasaannya bila membaca quran terjemahan kita akan baca ayat dahulu dan kemudian baca terjemahannya. Cuba tukar baca ayat yang telah diterjemahkan itu terlebih dahulu kemudian baru baca ayat Qurannya, secara tidak sedar kita akan lebih memahami kerana ‘ternampak’ perkataan yang sama dengan Bahasa Melayu apabila membacanya. Cer cuba try test ya.


*Bacaan tambahan untuk asal usul nombor.

Tuesday, March 21, 2017

Majlis Ihya’ Ramadan 1438/2017 Semat Quran

Semat Quran K.Kangsar
No7 Persiaran Mutiara 1
Medan Mutiara, Jalan Taipung
33000 Kuala Kangsar, Perak
Ramadan 65 hari lagi. Apakah perancangan anda untuk menjalani Ramadan tahun ini supaya lebih bermakna berbanding tahun lepas?

Mula mengambil tempahan kuih-kuih raya untuk jualan?

Tutup tempahan untuk baju raya dan bertungkus lumus menyiapkan tempahan?

Berazam untuk mengikuti tadarus al-Quran?

Pulun buat overtime sebab nak kumpul duit raya?

Berazam untuk ikuti pengajian di masjid dan mula mencari-cari kelas agama berdekatan?

Ya semuanya kita dah rancang. Begitu juga pihak Semat Quran yang telah menguar-uarkan program Ihya’ Ramadannya. Program terjemahan al-Quran dan I’rab al –Quran akan diadakan pada 27 Mei hingga 22 Jun iaitu selama 27 hari. 8.30 pagi – 10 pagi. Bermula hari pertama puasa lagi. Bila dah diuar-uarkan dari awal ni, bermakna bolehlah kita merancang pula untuk yuran dan masanya. Semoga dapat menghadirkan diri. Ia merupakan lanjutan daripada Bengkel Terjemahan Modul 1 sebelum ini. Kena study semula apa yang dipelajari baru boleh buat keputusan huhuhu. Dah lupa.

Syarat penyertaan:
  1. Berumur 12 tahun ke atas
  2. Boleh membaca al-Quran
  3. Telah mengikuti Bengkel Terjemahan Modul 1

Info lanjut boleh lawat fb Semat Quran. SQ cawangan Kuala Kangsar dah senang pergi sekarang. Di bangunan baru bertentangan Hospital Kuala Kangsar.


Sematkan Quran di hatimu. Semoga bertemu Ramadan.

Saturday, March 18, 2017

Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya (MKM)

Kampus Induk Maktab Koperasi Malaysia, 103 Jalan Templer 46700 Petaling Jaya

Jika anda menjadi anggota mana-mana koperasi di Malaysia tidak kiralah koperasi sekolah, koperasi kakitangan awam, koperasi kakitangan swasta, koperasi  masjid atau koperasi keluarga, anda layak anda untuk mengikuti kursus yang diadakan di MKM. Terdapat 5 zon MKM, Zon Tengah (HQ di JlnTempler,PJ), Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sabah, Zon Sarawak dan Zon Timur. Boleh pilih mana-mana je yang nak pergi tapi kalau di Sabah dan Sarawak, tiket kena beli sendiri ya.


Kursus pelbagai, boleh belajar kursus komputer, urutan tradisional, pelancongan, ternak ayam, kambing, lembu, asas akaun dan banyak lagi. Boleh tengok di web untuk sepanjang tahun 2017. Yuran kursus bagi anggota koperasi serendah RM50. Harga berbeza mengikut kursus kerana ada yang perlu dibuat di luar dan mungkin boleh menjangkau beratus tapi ia masih murah jika hendak dibandingkan orang yang bukan anggota koperasi.  Oleh itu sebagai anggota koperasi bolehlah ambil peluang tersebut untuk meningkatkan diri dan seterusnya boleh digunakan untuk memajukan koperasi. 

Keutamaan penginapan diberikan kepada peserta yang tinggal melebihi 40km daripada tempat kediaman ke tempat kursus. Kalau di MKM PJ ni duduknya di asrama. 1 bilik 3 orang. Satu katil dua tingkat dan satu katil bujang. Ada tv, meja study, almari dan tuala disediakan. Bilik air berkongsi  memang macam duk asrama tu. Ada balkoni untuk jemur baju. Jadi orang jauh bolehlah bawa sabun basuh kalau nak membasuh baju. Ohh bawa plastik sekali untuk nak mengangkatnya. Ada kedai koperasi di situ kalau nak membeli baldi, paling lama kursus 5 hari tak rajin pula nak membeli baldi, kan. Seterika dan air panas/sejuk pun ada di pantry.

Check in asrama satu hari sebelum kursus, 4.30 petang hingga 8.30 malam. Kalau lambat, sorry  silalah bermalam di tempat lain dahulu. Esok pagi baru boleh masuk bilik.

Makan malam juga disediakan untuk yang dapat penginapan tapi untuk keesokan harinya. Hari check in kena cari dinner sendiri.  Kalau kena masuk hari Ahad, baik beli siap-siap di luar sebab kedai koperasi pun tutup.  Kedai makan kena keluar MKM ni, tak ada yang berdekatan.


Kupon makan malam untuk makan di kantin. Bermula 7.30 malam - 8.30 malam. Masa kursus pun ada sarapan.pagi 7.45pg. Makan pukul 10.30 pagi. Makan tengah hari dan makan petang. Kiranya bayar yuran RM50 tu termasuklah semua ni. 

Cara untuk pergi ke sini, yang bawa kereta boleh park dalam MKM ni tapi tak tahulah ada tempat tertentu atau tidak sebab saya biasa naik bas je. Bas boleh ambil di LRT Taman Jaya. Ada bas yang memang lalu depan MKM ni dan ada bas yang tak masuk tapi boleh naik juga, kena berjalanlah. Depan daripada balai polis tu ada bus stand dan sebelum bulatan (ohh ni pergi yang tahun lepas, kalau jalan tu tak ada apa-apa perubahanlah). Dari situ nak jalan ke MKM lebih kurang 1km lebih hmm rasanya..hehe sorry tak ingat tapi idak la jauh beno rasanya. Tambang RM1. Kalau naik teksi, tambang sekitar RM4.

Kebiasaanya kelas habis pukul 4.30 petang. Ada yang ambil kesempatan pergi jalan-jalan tapi saya lebih tertarik nak pergi perpustakaannya. Dah datang dari jauh, inilah masanya nak dapat maklumat tentang koperasi. Kalau library lain, keutamaannya pun lain. Hehe..macam bagus je kan..haha jangan kecam. Dah biasa kat KL ni so tak berapa nak heran sangat. Orang lain yang datang dari jauh memang time ni la nak berjalan-jalan. Bagi peserta kursus jangka pendek boleh pinjam 6 buah buku sepanjang kursus. Pukul 8 pagi dah buka hingga 6 petang.  Sebelum kelas start bolehlah baca paper di sini dulu.

Perpustakaan di block A. Asrama kena check in di blok B.
Pintu masuk ke MKM

Sempat pinjam 12 buah buku sepanjang 3 hari kursus. Bukan baca dari kulit ke kulit, cari isi penting je. Mana nak sempat kalau baca betul-betul. 
Saya pernah jumpa seorang peserta kursus dari Sarawak. Respek sangat dekat akak tu sanggup terbang untuk mencari ilmu. Kursus pendek je pun, 3 hari. Tambang bayar sendiri. Dan ini bukanlah pertama kali dia datang berkursus di sini, sejak sekian lama memang dah rajin datang. Merasa juga kek lapis Sarawak sebagai ole-ole. Jadi sesiapa yang duduk berdekatan apa lagi, boleh click di sini untuk tengok kursus yang diadakan. Bagi sesiapa yang sudah mendaftar boleh tengok di sini untuk tahu sama ada permohonan diluluskan.  Isi sahaja borang dan cop koperasi disertakan untuk pengesahan, scan borang  dan e-mel.   Bagi yang bekerja boleh tanda di borang tu cuti tanpa rekod nanti pihak MKM akan bagi surat tapi bergantung jugalah kepada majikan sama ada nak lepaskan atau tidak, kan. Kalau macam tu, kenalah ambil cuti sendiri.

Selamat berkursus.

Sunday, March 12, 2017

KL Gateway

Ke KL baru-baru ini, oleh kerana memang menetap di PJ sebelum ni, dalam masa setahun mesti kena tengok Kota Darul Ehsan yang merupakan sempadan antara PJ dan KL.. hehe. Tempat lahir lagi dikenang inikan pula tempat mengenal kehidupan ... cewah. Kampung Kerinchi sudah sangat-sangat berubah. Orang lama mungkin masih panggil kampung Kerinchi tapi orang sekarang panggil Bangsar South. Wah wah wah keInggerisan dah.  Masa datang sebelum ni terkejut bila tengok nama stesen lrt Universiti bertukar jadi KL Gateway Universiti. Entah apa kebendanya KL Gateway tu, rupa-rupanya nama Mall baru. Baru buka 2 Mac yang lalu tapi belum sepenuhnya.

Dahulunya tapak Mall baru ni merupakan flat 4 tingkat yang hanya ada 1 bilik. Malah tutup dengan kain saja untuk jadikan partition. Daif sangat rupanya. Kawasan ni pun nampak kotor je. Malam pun risau jalan di sini sebab keadaan yang gelap dan dikenali dengan penagih dadah melepak. Tikus sebesar lengan ni boleh nampak je berkeliaran kat luar. Di sini juga merupakan tapak pasar malam dan pasar ramadan yang popular untuk orang UM dan Vista Angkasa (selain daripada Pantai Dalam). Kedai-kedai makan di sepanjang jalan yang menjadi tempat lepak untuk mencari makan juga dah lama dirobohkan. Kini kawasan ni dah jadi tempat elit. Lain benar rupanya.

Pemandangan daripada stesen, Kerinchi Link yang memendekkan perjalanan untuk  orang dari KL nak ke Damansara. Tidak perlu melalui Federal Highway yang di bawah tu.

Laluan tangga ini untuk sesiapa yang nak ke Vista Angkasa atau nak tukar kepada bas untuk ke Mid Valley. Teksi pun banyak di kawasan ini. 

Laluan baru daripada stesen LRT. Jika hendak ke Flat PKNS 14 tingkat tidak perlu lalu depan Vista Angkasa dah, boleh terus lalu di sini dan ikut jejantas yang bercermin yang menghubungkan dengan Mall baru. 

Ada eskalator yang memudahkan perjalanan.

Kawasan ni ada kemudahan teksi dan bas. 

Hotel Pullman dan Menara Rebung TM. Dulu-dulu saya selalu jadikan Menara Rebung ni panduan bila tersesat. Kalau di hutan kita akan tengok mana utara selatannya tapi ni kalau dah sesat di bandar, tengok ke atas cari mana bangunan yang dikenali. Hehe. Bila nampak makin dekat bangunan tu maknanya anda berada di laluan yang betul. Dulu mana ada pakai waze.

Vista Angkasa masih gagah di situ. Untungnya orang yang beli rumah di sini. Ramai student yang menyewa di sini. Sentiasa penuh. Keadaan jalan ni sewaktu belum orang balik kerja. Kalau dah balik kerja, inilah kawasan yang memang sesak gila. Tambah kalau hujan, akan kedengaran bunyi hon tak henti-henti tanda tak puas hati.

Dalam Kl Gateway Mall.

Setiap tingkat design dia berbeza. Ada surau di sini.

Banyak kedai yang akan dibuka hujung bulan ni.

Ada kedai buku Times di sini. Tingkat atas sebelah MR DIY. Al-Ikhsan juga dah buka terletak tingkat bawah Times ni.

Daiso juga di tingkat yang sama tapi belum buka masa saya pergi. Ada  kiosk Sisters Crispy Popiah di sebelah yang dah dibuka. KFC di tingkat bawah. Nampaknya itu yang mendapat sambutan kerana mudah orang bawa balik.

Apabila malam menjelang. Lampu bergemerlapan.

KL Gateway Residence. Pejabat atau apartmen tidak dapat dipastikan.

Residensi Kerinchi di sebelah KL Gateway. Penduduk yang dulunya tinggal di Flat 4 tingkat sebelum ini dapat duduk di sini. Bawahnya tempat letak kereta. Elit nampaknya. 

Related Posts with Thumbnails