Saturday, September 19, 2015

ETS Padang Besar- Bahagian 2 - (Kemudahan)

Kereta api baru. So semua nampak cantik lagi. Kemudahan yang disediakan menjadikan perjalanan lebih selesa. 

TV. Oleh kerana first time naik, so tak peduli tv tayang cerita apa. Nak tengok view je.  Kerusi boleh ke belakang supaya boleh tidur selesa sikit.

Kafe/bistro di Koc C. Pilihan menu tak banyak sangatlah tapi boleh mengenyangkan. Menu hari tu nasi goreng, nasi lemak, sandwic sardin dan sandwic cheese. Minuman panas pun ada. Agak mahal tetapi biasalah beza tu kalau dalam tren dengan luar tren walaupun makanannya sama. Boleh makan di sini atau bawa ke tempat duduk. Tapi lebih selesa bawak kat tempat duduk sebab orang asyik lalu lalang je.

Tren baru, ada ruang solat. Koc C. Ni kalau siapa-siapa bagi alasan tak nak solat, meh sini nak jentik. Tren dari Ipoh pukul 6 pagi jadi mungkin ada yang terkejar-kejar solat subuh jadi boleh solat dalam ni.

Ambil wuduk di dalam ni juga.

Boleh solat dua orang serentak

Info perjalanan  jadi kita boleh tahu kita berada di mana-menuju ke mana-destinasi akhir.-berapa banyak stesen

Power outlet bawah kerusi, di tengah

Cak! 

Ruang bagasi yang lebih luas. Selain dari atas ni, ada juga di hadapan  untuk beg-beg besar yang tak muat atas ni,

Tandas di Koc E. Koc C lebih luas utk OKU. Tong sampah di setiap koc. Lekat di dinding. Jadi kalau sesiapa yang masih membuang sampah merata-rata tu memang nak kena ni. Tapi ada waktu yang cleaner akan datang dengan plastik sampah untuk kutip sampah dari satu kerusi ke satu kerusi.

10 comments:

  1. wahhh! cantik dan selesanya! siap ada surau! i loikeee

    ReplyDelete
  2. salam kak.. nak tanye... dlm surau ets ni die tak sediakan telekung ke utk perempuan? huhu

    ReplyDelete
  3. Salam, Farah.

    Tak pasti. Tapi macam tak de je.

    ReplyDelete
  4. Salam awk.Nak tanya. Surau asing ke x ea laki pmpn? :)

    ReplyDelete
  5. Salam awk.Nak tanya. Surau asing ke x ea laki pmpn? :)

    ReplyDelete
  6. Suraunya satu tu je. Gilir-gilirlah guna

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Mohon izin menggunakan gambar surau ETS untuk artikel di blog saya (belum publish setakat ini). Credits akan ditulis juga insya-Allah

    ReplyDelete
  8. Waalaikummussalam.. silakan. Boleh je

    ReplyDelete
  9. Ada tempat simpan beg besar tak mcm bagasi ?

    ReplyDelete
  10. Ada, tapi macam bukan setiap gerabak rasanya..dekat pintu masuk. Beg besar yang tak muat letak rak atas tu bolehlah letak di sini.

    ReplyDelete