Sunday, June 16, 2019

Lembaga Air Perak - Cara Buat Aduan

Masa saya duduk Petaling Jaya dulu-dulu, Majlis Bandaran Petaling Jaya ada buat inisiatif siapa yang banyak buat aduan tentang paip pecah dan lain-lain, hujung tahun ada dapat hadiah barang elektrik (rasa macam satu tahun je inisiatif tu). Jadinya kalau nampak je paip pecah kat mana-mana, rajin menelefon. Haha demi hadiah tu dan perkara tu terbawa-bawalah bila balik ke Perak walaupun takde ditawarkan hadiah. Kalau aduan untuk air di Perak ni, hubungi Lembaga Air Perak (LAP).

Memang kalau nampak ada paip pecah akan call beritahu. Tahun lepas entah macam mana terbuka laman web LAP ni. Nampak boleh buat aduan terus di situ. Kebetulan meter rumah ada bocor sedikit. Tangkap gambar dulu. Isi detail dan hantar gambar. Gambar tak boleh lebih 1MB saiznya.

Esoknya dia datang terus. Selesai. Ohh so oklah senang je buat aduan.

Kelmarin nak tolong laporkan meter bocor di rumah sepupu pula. Tapi malas nak buka laptop nak lapor melalui website. Pakai telefon leceh. Skrin kecik. So saya pun terus call. Saya beritahu meter air bocor sikit. Perempuan tu tanya, bahagian mana sambil sebut istilah paip. Saya tak faham,  tak dapat tangkap. Saya beritahu, dekat meter tu. Bla bla bla tanya lagi, dah lupa biji butirnya tapi akhirnya dia kata, "itu tanggungjawab tuan rumah." "Eh, haritu sama je masalahnya, boleh je." Tapi malas panjangkan cerita. "Terima kasih." Terus buka laptop dan buka website haha. Ha senang sikit nak tunjuk tang mana yang bocor. Nak cakap pun payah.

Google je Lembaga Air Perak anda akan dibawa ke laman LAP

Pilih dekat ADUAN dan akan keluar borang untuk kita beritahu detail
Masukkan gambar tapi kecilkan dahulu saiznya,  Akhir sekali ikut nombor"captcha" tu untuk kod pengesahan. Tekan "simpan" Anda akan diberi nombor rujukan. Kita boleh semak semula aduan kita tu dengan menggunakan nombor rujukan. Click Aduan tu juga tapi pilih semakan aduan. Akan nampak dia tulis Tindakan.
Saya kecilkan saiz gambar dekat Telegram, lagipun sebab nak lukis kawasan yang menitis tu.
Esoknya datang tanpa disedari. Cuma nampak ada tape putih tu je. Tak menitis dah. Walaupun sikit je menitis tapi kalau dah seharian, memang membazir juga. 
Kalau dalam kawasan rumah kita, itu tanggungjawab kita. Terima kasih LAP.

No comments:

Demi Masa ...