Apabila Syawal menjelma, masa inilah kesemua saudara mara
dapat berkumpul. Oleh itu Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Keluarga Allahyarham
Haji Mohamed Salleh bin Bijan diadakan. Keluarga Haji Mohamed Salleh merupakan
satu keluarga yang besar melalui perkahwinan beliau dengan tiga isteri iaitu
Maimunah, Ngah Sariah dan Fatimah. Setakat ini 327 nama yang telah
direkodkan. Hasil perkahwinan isteri
pertama mendapat 2 orang anak dan tinggal di Ipoh.
Sebagai seorang guru agama, beliau telah mengajar di merata
tempat di Perak termasuklah di Kuala Lumpur. Orang-orang kampung menghormati guru agama dan
berharap beliau akan terus menetap di situ dengan mencadangkan berkahwin dengan
penduduk tempatan. Akhirnya beliau turut
membina keluarga di Bota dan memperoleh 7 orang anak. Berulang-alik dari Ipoh
ke Bota tidaklah semudah sekarang. Perjalanannya jauh. Oleh itu setelah isteri
pertama meninggal dunia, beliau berkahwin dengan Fatimah yang berasal dari Ipoh
agar dapat menjaga kebajikan 2 orang
anaknya sebelum ini. Berkahwin semasa pemerintahan Jepun (1942) tiadalah
kenduri sangat. Hasil dari perkahwinan ini beliau memperoleh 7 orang anak.
Kini kesemuanya disatukan di bawah keturunan Mohamed Salleh
bin Bijan. Memandangkan keluarga yang besar, kalau diikut pangkatnya saya dah
bercucu. Arggh tak best...harap-harap cucu-cucu saudara tu takdelah panggil
nenek ya. Tua bebenor rasanya.
|
No comments:
Post a Comment