Semat Quran K.Kangsar No7 Persiaran Mutiara 1 Medan Mutiara, Jalan Taipung 33000 Kuala Kangsar, Perak |
Ramadan 65
hari lagi. Apakah perancangan anda untuk menjalani Ramadan tahun ini supaya
lebih bermakna berbanding tahun lepas?
Mula
mengambil tempahan kuih-kuih raya untuk jualan?
Tutup
tempahan untuk baju raya dan bertungkus lumus menyiapkan tempahan?
Berazam untuk
mengikuti tadarus al-Quran?
Pulun buat
overtime sebab nak kumpul duit raya?
Berazam
untuk ikuti pengajian di masjid dan mula mencari-cari kelas agama berdekatan?
Ya semuanya
kita dah rancang. Begitu juga pihak Semat Quran yang telah menguar-uarkan
program Ihya’ Ramadannya. Program terjemahan al-Quran dan I’rab al –Quran akan
diadakan pada 27 Mei hingga 22 Jun iaitu selama 27 hari. 8.30 pagi – 10 pagi. Bermula
hari pertama puasa lagi. Bila dah diuar-uarkan dari awal ni, bermakna bolehlah
kita merancang pula untuk yuran dan masanya. Semoga dapat menghadirkan diri. Ia
merupakan lanjutan daripada Bengkel Terjemahan Modul 1 sebelum ini. Kena study
semula apa yang dipelajari baru boleh buat keputusan huhuhu. Dah lupa.
Syarat
penyertaan:
- Berumur 12 tahun ke atas
- Boleh membaca al-Quran
- Telah mengikuti Bengkel Terjemahan Modul 1
Info lanjut
boleh lawat fb Semat Quran. SQ cawangan Kuala Kangsar dah senang pergi
sekarang. Di bangunan baru bertentangan Hospital Kuala Kangsar.
Sematkan
Quran di hatimu. Semoga bertemu Ramadan.
JazakilLahu khayran atas info ini.
ReplyDeleteLayari web portal kami di: www.sematquranonline.ning.com