Wednesday, April 21, 2010

Air Mati

Berita Harian Online Mewah Bahasa: Air mati

Orang Perak biasalah dengan air mati. Air yang dah masak tetapi bukan air panas atau air suam. Gamaknya kuman-kumannya dah mati tu yang panggil air mati tu hehe. Situasi macam dalam kolum Mewah Bahasa tu memang pernah dialami. Masa tu first time datang KL, tahun 96. Pekat lagi cakap Peghaknya masa tu. Biasalah makan kat luar... idak le teman ghajin nak memasaknya. Sekali order air, minta ayor mati..idak difahamnya...nak pulak kedai-kedai makan kan ramai orang Kelantan-Siam, udah macam ayam ngan itik bercakap. Kawan yang menyampuk kata air suam. Ok je lah... dah dok KL lama ni udah macam-macam la pulak slangnya, kadang-kadang Kedah, Kelantan, Terengganu, Cina, Sarawak, Sabah pun ada...wah lupa daratan betul..hehe.... Maknanya kena balik kampung selalu ni...huhu.

Satu lagi, masa baru datang KL juga. Pergi la kenduri. Orang yang makan satu hidang tu dok mintak air manis. Menda la pulak ni...rupa-rupanya air sirap...laaa.

Walaupun berbeza dari segi bahasa kita kan di bawah payung yang sama, 1 Malaysia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails