Tuesday, May 26, 2015

Labuan (4-6 Mei 2015)



Diberi kesempatan ke Rumah Penginapan Persekutuan atas ‘tiket’ ada kakak yang kerja dengan kerajaan. Terima kasih Yong. 

Pergi dengan MAS dan balik dengan Air Asia. Dua-duanya kebanggaan Malaysia. I like!  Memandangkan pergi dengan ibu dan bapa, keselesaan jadi keutamaan. Jadinya letak kereta di KLIA. Jika hendak jimat duit, bolehlah tinggalkan di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA. Kami letak di KLIA lebih kurang 3 hari RM117.50 (tengok masa). Ada ERL yang menghubungkan KLIA dan KLIA 2. Tambangnya RM2 sahaja untuk dewasa. Walaupun naik kapal terbang yang berbeza tapi senang juga nak pergi kedua-dua tempat ni. 

Biasa naik MAS ada makanan, hmm tapi ni dalam Malaysia je, perjalanan 2 jam 20 minit, apa ya yang akan disediakan? Entah-entah biskut kering je. Udah la pergi subuh-subuh sepiee. Tak sempat makan. Bila nampak van Brahim’s dekat kapal terbang barulah yakin, Yeah! Ada makanan hehe. Ok sandwich je. Kenyang juga sebab besor. Alhamdulillah.

Last naik MAS 3 atau 4 hari sebelum kejadian MH370. Oleh itu perubahan yang dapat dilihat selepas kejadian ini, selepas safety video ada doa naik kenderaan ditayangkan. Tak pasti sebelum ini ada ke tak, tapi semasa pergi Turki 3 tahun lepas, dapat kad yang ada doa naik kenderaan. Barulah teringat nak baca. 


Masa ni pramugari belum hantar head phone. So kita 'membaca' dahulu. Boleh belajar tajwid gak dalam flight ni, sudah diberi pilihan untuk dapat pahala. Tetapi, akhirnya bila dapat head phone, adoi tukar tengok movie la pulak. Mamak cup cake uols cerita melayu terbaharu. Tapi tak tengok habis pun, tertidur kat tengah cerita.  Entah apa jadinya tapi biasalah happy ending la tu.


Rupa-rupanya destinasi akhir Kota Kinabalu. KL-Labuan-KK. Patutlah di kaunter siap tanya beg ni nak bawa ke mana? Terbayang naik bas berhenti di Jalan Duta, sesiapa yang nak berhenti Pudu sila tunggu dahulu. Haha. Sama je. Yang ni ramai juga yang turun di Labuan. Orang yang nak pergi KK dilarang turun.  Jangan ngada-ngada nak tengok-tengok keluar. Eh itu bukan pilot yang cakap, saya yang cakap. Tertinggal nanti naya.

Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan terus sewa kereta. Harga bergantung kepada jenis kereta RM70-RM150 sehari. Ambil kereta besar untuk keselesaan. Time nilah nak merasa bawak kereta mewah sikit. Nisan Almera dan Honda City RM90 tapi dah habis, tinggal Vios RM100. Baru lagi ni, mileage pun ratus-ratus aje.  
 



Saja jalan-jalan dulu mencari stesen minyak sebelum ke tempat penginapan. Walaupun minyak ada satu takuk.  Sebenarnya orang tu dah cakap stesen minyak Shell terdekat ada dekat dengan airport tapi dah tak berapa nak faham arah yang dia cakap tu, jalan sahajalah dan jumpa stesen minyak Petronas. Masa nak isi minyak tu staff Petronas beritahu tayar belakang, lembik. Hmm ye ke? Adoi ingatkan kalau sewa kereta ni orang tu bagi dah perfect lah semuanya. Ok ini petanda baik, terima kasih atas keprihatinan anda orang Labuan. “Kitak tau isi angin?”  Kitak! Lupa dah, saya ke awak. Ni tanya ke ayat penyata? Haha. Tahu!  Dalam 2 hari tu kalau pusing betul-betul dalam RM25 tu pun dah ok. Kalau lebih kira sedekah ajelah pada pengguna seterusnya. Ye dak.  

Sampai sahaja, wah terkejut besor tengok banglo besar. Menghadap laut lagi. Dapat tengok matahari terbit yang indah sekali.

Untuk sesiapa yang nak pergi, kalau dari airport tu taklah jauh sangat sebenarnya. Terletak di Membedai. Ikut sahaja signboard tetapi kalau tak jumpa signboard boleh juga ikut signboard World War II Memorial sebab laluannya sama. Rumah terletak di kawasan tentera. Jumpa TLDM, dan terus hingga ke penghujung jalan TUDM, sebelum TUDM ni ada simpang kecil dan jumpa kem Tentera Darat

Saturday, May 23, 2015

Baitul Anor, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Terletak berdekatan dengan Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Sempena pertabalan DYMM Sultan Perak yang ke-35, sekretariat BCKK (Bukit Chandan Kampung Ku) juga mengambil peluang membuat pameran kecil-kecilan berkaitan pertabalan dan salasilah Sultan Perak yang terdahulu. Oleh itu sesiapa yang berkesempatan ke masjid ini bolehlah singgah sekejap ke Baitul Anor untuk mengutip ilmu sedikit sebanyak. Jalan kaki sahaja ke sana.

Baitul Anor ialah rumah yang dibina khas oleh Raja Kecil Sulung Perak Raja Harun Al-Rashid pada tahun 1912 untuk isterinya, Raja Mentera bt Raja Sir Chulan. Dua orang isterinya yang lain, Puan Zaharatul Ain dan Puan Teh juga pernah tinggal di sini. Nama Baitul Anor diberi sempena putera sulung Raja Harun Al-Rashid bersama Raja Mentera, Raja Anor Shah. Rumah ni memang nampak usang. Tapi kalau kena gaya pencahayaannya dengan awan gemawan dan langit membiru memang nampak cantik. Ramai pengantin yang ambil gambar kahwin di sini. 
Tempat menarik di sekitar Bukit Chandan untuk dilawati
Artikel kesultanan Perak

Asal nama Bukit Chandan

Sutan Abdullah Muhammad Shah II. Antara bahan pameran yang terdapat di dalam ni.


Kawasan istana.