Friday, November 1, 2013

Pameran Khazanah Warisan Kesultanan, Agama dan Pendidikan di Bukit Chandan (27 Ot 2013)



Ini merupakan projek orang-orang kampung. Memanfaatkan laman sosial FB untuk mengumpul anak-anak Chandan pada mulanya lalu wujud group Bukit Chandan Kampung Ku(BCKK). Banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekretariat BCKK untuk ‘mengangkat’ warisan tinggalan lama yang masih ada di sini supaya tidak dilupakan malah ada sebahagiannya berperanan penting dalam sejarah negara. 


 Kesultanan, agama dan pendidikan berkait rapat antara satu sama lain. Kalau dahulu belajar sejarah atau baca buku Sejarah Melayu pun memang kita akan nampak perkaitannya.  Suatu ketika dahulu, kelas agama diadakan di istana, zaman mak saya dululah tapi sekarang di masjid.  MCKK pula dulunya dibina untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diraja.

Berbeza dengan pameran yang biasanya diadakan di tempat yang ‘sempurna’ pihak  sekretariat memilih rumah usang  iaitu di Baitul Anor untuk dijadikan tempat pameran.  Berusia 101 tahun tapi sebenarnya  tempat ini ramai pengunjung terutama pengantin baru untuk nampak gambar lagi klasik. Mana taknya terletak  bersebelahan Masjid Ubudiah, lepas akad terus bergambar di sini. Pelancong pun ramai yang datang bergambar kat sini. Pelajar seni bina pun ramai yang datang mengkaji seni bina bangunan lama ni.

Tujuan pameran diadakan :
  • Menerap nilai menghargai warisan khususnya yang terdapat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
  • Mengetengahkan dan mempromosi khazanan warisan kesultanan agama dan pendidikan.

Sebenarnya di kawasan sekitar Bukit Chandan ini banyak juga rumah yang berusia hampir 100 tahun. Itulah matlamat sekretariat ini yang mahu mengangkat warisan dahulu kala.

Rumah yang usang telah dibersihkan secara gotong royong oleh orang-orang kampung dan banyak yang telah berikan sumbangan secara sukarela.

Latar belakang Baitul Anor menjadi pilihan pengantin

Lencana dan rantai kunci dijual untuk kenang-kenangan

Sejarah Baitul Anor
Pintu masuk

Putu piring confirm untuk tunjukkan kita dah berada di kuale ni weh

Ruang Pameran Pendidikan



Tetamu kehormat  YTM Raja Kecil Besar Perak,Dato Seri Iskandar Dzulkarnain dan YTM Raja Puan Mahkota Perak Raja Dato Seri Nazhatul Shima yang merupakan anakanda Almarhum Sultan Idris II  turut hadir. 

Rombongan Persatuan Sahabat Muzium Negeri Melaka juga datang satu bas. Hanya orang yang menghargai sejarah sahaja akan lihat bangunan ini bukan hanya bangunan usang tapi ada nilai estetik tersendiri. Malah wakil dari persatuan ini turut berasa sebak bila melihat tinggalan ini. Walaupun banyak yang dah lompong tapi masih nampak menarik. Bila kita ke Melaka biasanya kita bergambar dengan sejarah Belanda atau juga bangunan berkonsepkan Inggeris tetapi kalau berkaitan seni bina Melayu sendiri ia dipandang sepi.

 Walau di sudut mana ia diambil,  kecantikan Masjid Ubudiah tetap terserlah walaupun hanya nampak kubahnya sahaja.Ramai pelancong yang datang ke sini dengan berjalan kaki tengah-tengah panas. Ajak tumpang tapi biasanya derang tak nak. Takut kena tipu kot.


Baitul Rahmah  juga salah satu binaan yang turut mahu diangkat sebagai warisan. Ada juga yang buat penggambaran filem di sini. Latest, katanya filem Penanggal arahan Elly Suriati. Tapi cerita seramlah pulakkan, kalau cerita raja-raja bolehlah nampak keindahan seni binanya.  Tapi tak tayang lagi so tak taulah macam mana ia digambarkan,

.

No comments:

Related Posts with Thumbnails