Ini merupakan projek orang-orang kampung. Memanfaatkan laman
sosial FB untuk mengumpul anak-anak Chandan pada mulanya lalu wujud group Bukit
Chandan Kampung Ku(BCKK). Banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak
sekretariat BCKK untuk ‘mengangkat’ warisan tinggalan lama yang masih ada di
sini supaya tidak dilupakan malah ada sebahagiannya berperanan penting dalam
sejarah negara.
Kesultanan, agama dan pendidikan berkait rapat antara satu sama lain. Kalau dahulu belajar sejarah atau baca buku Sejarah Melayu pun memang kita akan nampak perkaitannya. Suatu ketika dahulu, kelas agama diadakan di istana, zaman mak saya dululah tapi sekarang di masjid. MCKK pula dulunya dibina untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat diraja.
Berbeza dengan pameran yang biasanya diadakan di tempat yang
‘sempurna’ pihak sekretariat memilih
rumah usang iaitu di Baitul Anor untuk
dijadikan tempat pameran. Berusia 101
tahun tapi sebenarnya tempat ini ramai
pengunjung terutama pengantin baru untuk nampak gambar lagi klasik. Mana taknya
terletak bersebelahan Masjid Ubudiah,
lepas akad terus bergambar di sini. Pelancong pun ramai yang datang bergambar
kat sini. Pelajar seni bina pun ramai yang datang mengkaji seni bina bangunan
lama ni.
Tujuan pameran diadakan :
- Menerap nilai menghargai warisan khususnya yang terdapat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
- Mengetengahkan dan mempromosi khazanan warisan kesultanan agama dan pendidikan.
Sebenarnya di kawasan sekitar Bukit Chandan ini banyak juga
rumah yang berusia hampir 100 tahun. Itulah matlamat sekretariat ini yang mahu
mengangkat warisan dahulu kala.
Rumah yang usang telah dibersihkan secara gotong royong oleh orang-orang kampung dan banyak yang telah berikan sumbangan secara sukarela. |
Latar belakang Baitul Anor menjadi pilihan pengantin |
Lencana dan rantai kunci dijual untuk kenang-kenangan |
Sejarah Baitul Anor |
Pintu masuk |
Putu piring confirm untuk tunjukkan kita dah berada di kuale ni weh |
Ruang Pameran Pendidikan |
Tetamu kehormat YTM
Raja Kecil Besar Perak,Dato Seri Iskandar Dzulkarnain dan YTM Raja Puan Mahkota
Perak Raja Dato Seri Nazhatul Shima yang merupakan anakanda Almarhum Sultan
Idris II turut hadir.
Rombongan Persatuan Sahabat Muzium Negeri Melaka juga datang
satu bas. Hanya orang yang menghargai sejarah sahaja akan lihat bangunan ini
bukan hanya bangunan usang tapi ada nilai estetik tersendiri. Malah wakil dari
persatuan ini turut berasa sebak bila melihat tinggalan ini. Walaupun banyak
yang dah lompong tapi masih nampak menarik. Bila kita ke Melaka biasanya kita
bergambar dengan sejarah Belanda atau juga bangunan berkonsepkan Inggeris
tetapi kalau berkaitan seni bina Melayu sendiri ia dipandang sepi.
Baitul Rahmah juga
salah satu binaan yang turut mahu diangkat sebagai warisan. Ada juga yang buat
penggambaran filem di sini. Latest, katanya filem Penanggal arahan Elly
Suriati. Tapi cerita seramlah pulakkan, kalau cerita raja-raja bolehlah nampak
keindahan seni binanya. Tapi tak tayang
lagi so tak taulah macam mana ia digambarkan,
.
No comments:
Post a Comment