Saturday, December 31, 2011

Roset

Tak taulah betul ke tak namanya ni... tapi yang ni mak belajar daripada maknya, maknya belajar daripada maknya... senang cerita, dari zaman nenek moyang saya dah ada buat ni. Kira turun-temurun la membuat benda ni. Hasil daripada kain perca.

Agak beruntung dapat kawan yang tukang jahit, sebab dia buang je kain perca ni. Menyemak rumah je katanya. Memandangkan mak memang suka buat tampal cantum, memang saya cop dululah kain perca ni. Lagipun kainnya cantik-cantik. Orang KL kainnya tentulah beza dengan yang duk kampung. Kain mak-mak datin mesti cantik-cantik, lebih-lebih lagi banyak kain yang derang borong dari luar negara. Adalah satu kerugian kalau tak hasilkan sesuatu.

Kalau buat tampal cantum eloknya kain cotton tapi yang ni jenis kain lembut yang jarang tu, memang tak boleh buat apa kecuali buat bunga ni. Orang sekarang kainnya banyak yang jenis jarang, kenalah buat lining supaya tak nampak keseksian. Tu yang dapat kain perca yang kosong gak. So pandailah-pandailah kita nak buat fesyen yang macam mana.

Ni cadangnya nak buat tempat tutup PC..dari tahun lepas sampai sekarang tak siap-siap. Mana taknya buat ni masa tengok tv cerita yang tak perlukan sangat tumpuan. Macam konsert, anugerah, cerita-cerita Melayu. Senang je buat ni..pejam mata pun boleh tapi kalau buat masa tengok bola aduh asyik tercucuk jarum je time nak gol tu. Berdebar-debar nak tunggu gol ke tak.


Mula-mula buat acu dia, guna apa-apa kotak. Eloknya besar sikit, sebab bila dah jahit dia akan jadi kecil. Potong ikut acu tu..tak kisah la kalau herot benyot..janganlah teruk sangat herotnya. Ni mesti gunting tumpul. Kemudian jahit jelujur jangan putus di sekeliling kain tu..sampai habis. Biar dia bentuk sendiri jadi bulat. Kalau nak matikan benang, masukkan jarum kat tengah dan simpul belakangnya. Lepas tu susunlah ikut corak yang kita nak.


Boleh juga letak kat sangai (bahasa Perak untuk tudung saji), buat selimut dan macam-macam lagi.

Ada kain yang anda kenali? :)

Friday, December 30, 2011

Selamat Hari Lahir

Terkesan dengan apa yang didengar dalam kelas agama sebelum ini. Apabila bertambahnya usia sebenarnya kita sedang menuju arah kematian. Tambahan pula waktu sekarang ni yang muda pun boleh terkena pelbagai penyakit. Kita tak boleh lari dari mati. Mati itu akan mengejar kita, jadi kita kena bersedia. Bila kita mati atau macam mana kita mati kita tidak tahu. Semua ini dirahsiakan Allah supaya kita bersedia. Sama macam kita menyambut Hari Raya, kita dah siap langsir, siap baju raya. Itupun kita sedia sebab dah tahu tarikhnya. Tapi tak ada orang yang bersedia untuk mati. Apa bekalan yang akan kita bawa nanti. Cukupkah amal wajib kita selama ni?