Thursday, April 12, 2018

Tip Kewangan – Vietnam (3-7 Mac 2018)


Dilema antara VND dan RM

5 tahun lepas masa saya pergi HCM, memang dah boleh bayar dalam RM tapi still label harga dalam VND  atau ada juga dalam USD. Sekarang ni kalau nak shopping  telekung, kain, tudung semuanya dah dilabel dengan RM. Adoi dah jadi satu hal pula mintak dia tukar balik kepada VND.

Ada satu kedai tu bila dia buka cashier machine, "Wow! Banyaknya RM". Saya pernah tanya orang sana kenapa suka pakai RM (setelah dialih bahasa). Dia jawab, “Boleh pakai. Diterima di sini”. Tak menjawab soalan, kan?.  
Boleh beli sepasang dengan harga borong juga tapi bukan semua kedailah.
Siap tulis 'selamat datang' tu.

Jadi mai kita kira sat.

Contoh:

Air Mineral VND 5000 tapi dia letak RM1

Kalau ikutkan rate yang kita tukar
 5000/1,000,000 = 0.005
0.005 x 174.3 (rate) = 0.872 sen. Kalau ikut duit Malaysia patutnya bayar 0.87 sen tapi dia letak RM1.  

Kopi Vietnam pula VND 15 000 tapi dia letak RM3

15 000/1,000,000 = 0.015
0.015 x174.3 = 2.612.(2.60) 

Betul kut macam tu.. . hehe. Secara tersurat dia untung la sikit tapi tak tau la kot ada cerita tersirat lain yang kena kira-kiranya lagi.  

Tapi bukan semua tempat yang pakai RM ni.  RM beli kain, telekung, tudung ni je la. Kalau pergi restoran, beli buah, atau air kat convenience store still pakai VND.   

Setiap orang yang pergi masanya lain tahunnya lain, rate tukaran wang pun turun naik jadi tak boleh pukul rata ikut orang lain punya.  Kita kenalah kira ikut rate yang kita dapat,kan?  Cuma kalau kita pakai RM ni memang senang la, sebab dah ‘nampak’ nilai duit tu sama ada berbaloi tak dengan barangnya.

Tukaran duit juga berbeza dengan setiap negeri. Antara Kuala Kangsar (KK) dan Kuala Lumpur, KK lebih mahal RM3 dari KL. Kalau nak tukar sikit sahaja memang tak kisahlah tapi bila tukar banyak ni memang terasa sangatlah.  Kalau di KL saya lebih suka pergi di kawasan Jalan TAR ataupun di Mid Valley sebab  saya dah biasa dengan kawasan tu dan kat situ pun banyak money changer so boleh bandingkan harga bila tengok board di depan kedai.
Sesiapa yang ada banyak lagi duit VND bolehlah tukar semula. Tengok pada 'We Buy'. Tapi kalau duit not kecil ni dia tak terima jadi eloklah perabih dulu di Vietnam.  Walaupun duit VND saya habis, saja sibukkan diri bertanya nilainya bila kita jual, VND1,000,000 = RM160 (di Terminal Bersepadu Selatan ) tapi di sebuah pasar raya VND 1,000,000 = RM 170. Ha beza sangat tu.

Saya matlmatnya tak shopping sangat so tukar 1 juta VND sahaja sebab ada baki duit VND sebelum ni. Tapi saya bawa 27 USD (baki dari pergi Turki) dan 3000 yen (baki pergi Jepun) untuk kecemasan. Jika perlu, tukar di Vietnam sahaja.  Kalau tukar di Malaysia, kena tukar kepada RM dulu baru dia tukar VND.

Pada mulanya, berjaya tidak menggunakan duit kecemasan tapi bila sampai di Tan Son Nhat Airport (dah nak balik sangat tu), berkenan pula sling bag yang dijual. Di airport, tag harga dalam USD, jadi terus bayar dengan USD. Aiseh, kalau tak belanja dah boleh jadi bajet berhemat ni. Dalam seronok ada sikit menyesal  tapi kalau tak beli termimpi-mimpi pulak nanti. Heheh

Sesiapa yang nak habiskan duit VND boleh habiskan di sini. So untuk congak harganya berapa dalam VND :-

Contoh key chain USD 5. Nak senang  kira anggaran rate RM (x 4) so RM20 lebih kurang VND 100 000. Kat cashier nanti barulah tepat kiraannya.



Wednesday, April 11, 2018

Ho Chi Minh, Vietnam

Pukul 7.30 driver akan bawa kami ke Bihn Tay Market. Sarapan dulu di Restoran Hj Mansur.  Ms Khanh WA beritahu dia akan bawa satu kumpulan dari Malaysia pagi tu pergi kedai borong, dia tanya nak ikut tak, tiada bayaran dikenakan.  Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, peluang berjalan ni. Maybe dia kesian kut tengok kitaorang pelbagai dugaan pastu dia tengok kitaorang tak de marah-marah pun. Agaknyalah haha.

Suasana pagi di District 1. 

Akhirnya dapat juga jumpa Ms Khanh. Sebelum ni hanya contact melalui WA sahaja.  Sembang-sembang pasal kereta rosak masa haritu. Dia cakap first time jadi macam tu. So dia akan ingat kitaorang la. Kitaorang suruh kirim salam dengan driver yang tu.  Hairan pulak dia kenapa pulak nak kirim salam. Haha, kan kita  biasa je. Kitaorang pun kesian tengok dia handle situation tu. Hopefully lepas ni dia akan tingkatkan diri belajar bahasa Inggeris.

Kami naik kereta lain dan Ms Khanh dengan kumpulan tu. Memang jauh juga dari District 1 tu. Wow kedai telekung, tudung,dengan brand terkenal Malaysia. Harga serendah RM18 untuk telekung dengan pelbagai warna. Boleh pilih nak kain gred 1 atau 2. Bezanya yang gred 1 lembut sikit. Tudung instant, semi instant, bawal, semua pun ada. Kumpulan yang Ms Khanh bawa tu memang tujuannya untuk shopping dan mereka personal shopper so memang lamalah memilih. Borong habis tu.
Udah sampai ke siling telekungnya. 
Tengok model-model ni dulu sebelum pilih nak warna tudung yang mana. Tak menang tangan penjualnya, ate ramai benor gila nak memilih. Sat-sat nak warna ni, pastu dah tengok cermin, eh tukarlah pulak.
Telekung sulam, telekung renda, telekung warna warni. Kome jangan pilih telekung cantik je tapi solatnya hujung-hujung waktu. Opps. Hanya orang-orang Asia Tenggara ni je yang biasanya pakai telekung.

Dari satu kedai ke satu kedai. Kena buat pilihan yang bijak untuk beli yang mana lebih murah dan berkualiti. Jadi kenalah ingat harga-harga di setiap kedai.
Yang mana satu? Bila terlalu banyak pilihan pun susah jugak.

Seterusnya, kedai beg.  Kedai telekung lagi. Akhirnya kedai kain cotton. Ada jual baju kurung siap serendah RM 35. Beli satu untuk Aidilfitri nanti. Harap-harap saiz badan akan maintain sampai Raya. Memang banyak pilihan di kedai akhir ni. Kedai pun besar. Cuma saya tak berapa gembira bila ada orang ikut je dan mendesak suruh beli.  Cer bior orang pilih dengan tenang dulu. Follow cenggini I tak berapa happy, cer follow blog I ni. Ada juga baguihnya.  Kekeke.  Pastu bila orang kata nak tengok je. Dia cakap dengan kawan dia bahasa Vietnam. Eh macam mengumpat kita je. Tak suka tau.  Mak cik bawang juga ni. Akhirnya saya duduk di bucu kedai. Malas pilih dah, asyik ikut je.

Semua tempat yang kami pergi ni cakap dalam BM je, boleh tawar-menawar dan pakai RM. Dia iklankan pun dalam RM.

Akhirnya  kami minta  buat keputusan balik ke District 1 sebab kami belum pergi area Ben Thanh lagi. Kumpulan satu lagi tu memang pergi shopping lagi. Driver hantar kami ke Binh Tay  Market tapi nampaknya tengah rennovate. Singgah sekejap je kemudian minta driver hantar ke hotel. Hantar barang dan solat dulu sebelum pergi makan. 
Credit: Nora
Walaupun banyak je kedai makan di area ni, kami pilih kedai ni kerana kena dengan selera kami. 2 hari di HCM, 3 kali duk makan di sini. 
Credit: Nora
Pho diiringi dengan ulam-ulaman.
Credit: Nora
Dalam menu tulis Roti Canai Telur,  dan bukannya Roti (Canai) Telur  macam  di Malaysia ya,  Haha, roti canai dan di atasnya scramble egg. Macam dah agak juga roti canai frozen kut, sebab tak nampak orang tebar. Sebenarnya saya pun biasa makan macam ni kat rumah kalau takde kuah kari.

Kali ni singgah makan di Restoran Haji Idris pula. Banyak  je kedai-kedai  makan di sini boleh pilih tapi kami suka pergi Halal Amin. Dua tiga kali ke situ. Masakan kena dengan selera dan harga pun murah lagi.

Lepas makan jalan-jalan luar Ben Thanh untuk menuju ke Saigon Square. Jalan kaki je.  Ohh macam di KL juga, beg tangan, baju, jam. Tiada apa berkenan di hati. Seberang jalan, singgah sekejap ke Pasar raya Takashiyama. Mewah ni. Bukan nak beli barang tapi nak pergi toilet. Bersih sikit rasa. Hehe. Pusing-pusing sekejap dalam tu baru balik. 

Sebenarnya nak tunggu Night Market, tapi awal lagi baru pukul 5.30.  Jalan-jalan depan hotel kami. Singgah kedai  Zai Dah Collection. Jual telekung rupanya. “Wah murah lagi dari kedai-kedai yang pergi tadi.” Ha yang ni tak de paksa-memaksa nak beli dan boleh pilih dengan tenang. Masing- masing rembat telekung seorang satu. 2, 3 selang kedai tu ada kedai Rohani yang ni saya pernah pergi  5 tahun lepas. Murah juga masa tu.  

Pasar malam belum buka lagi. Balik hotel dulu hantar barang dan solat maghrib. Hehe itulah mudahnya duduk hotel di tempat yang sesuai.
Credit: Nora
Tengah pilih brand Itik hehe. 
Jalan-jalan kedai area Basiroh, Halal Amin, Hj Mansor. Memang banyak lagi kedai-kedai telekung dan tudung. Bersila memilih yang berkenan di hati. Ada satu kedai ni jumpa orang Brunei. Sembang-sembang  pasal tudung, ada satu jenama tempatan yang memang dia puji. Jual secara online. Kami pun tak tahu pasal tudung tu dia yang jauh pulak tahu. Kuasa informasi di hujung jari.  Dia pun selalu juga turun area Jalan TAR.  Sambil-sambil tu apa lagi, ambil kesempatan tanya gossip-gossip hiburan yang menular. Haha, tak mahu dijawabnya. Bagus betul menjaga kerahsiaan negara. 

Night Market di luar Ben Thanh sahaja. Orang yang sama dalam tu cuma jual di luar. Pesanan daripada kawan, “Jangan tanya harga kalau tak berminat nak beli.” Sebab dia pernah kena tengking sebelum ni.  Memang barang-barang kat situ kebanyakannya tak letak harga. Abih tu nak tanya pulak takut. Kena tengok mood penjual dulu ramah atau tak. Takut kena bambu nanti. Saya ni dahlah hatinya kecik.  Kawan yang nak sangat pergi shopping Vietnam tu akhirnya sentap bila kena marah, “Why you ask me the price if you don’t want to buy.” Membebel penjual tu dengan mimik muka yang masih diingat sampai sekarang. Cabut! Cabut.

Habis explore untuk hari ini. Sambung esok pula ...

HARI AKHIR.  Kami sebenarnya ambil flight pukul 10.00 pagi tetapi di minggu akhir nak bertolak dapat e-mel, dijadualkan semula pukul 4.00 petang. Yeay, sebab ada masa lagi nak jalan-jalan di HCM.

Masuk satu kedai kain ni, semalam nak masuk juga tapi dia kata nak tutup. Hari ni pergi lagi sebab nampak menarik. Banyak jual kain pasang.  Orang Vietnam tu suruh ke belakang, "Melayu! Melayu". Rupa-rupanya ada orang boleh berbahasa Melayu.

“Nak cari apa?”

“Tengok-tengok sahaja.”

“Kedai sini mahal.” Amboi terhina rasa. Sombongnya. Saya ajak kawan keluar. Pagi-pagi rosak mood. Memanglah tengok dulu barulah orang decide nak beli,kan?

Seterusnya masuk Ben Thanh Market, mencari alas meja. Kebiasaannya, itu yang orang tuju dulu kan? Kami pilih hari akhir sebab masing-masing pun pernah pergi dah sebelum ni. Penjual memanggil-manggil suruh datang kedai. Memang kebanyakannya tak letak harga.  Fesyen pm tepi. Karang kita tanya dan tak beli dimarahnya pulak kan.  

Ada satu kedai ni, satu barang je dia letak harga. Alas meja dia letak 1 juta. Mahal tu, RM174.30. Tak jadi nak tengok alas meja yang lain tapi 'dipaksanya' juga.

“Cheap! Cheap! I give you best price. First customer.”

First customer memang biasanya peluang boleh tawar. Tapi saya dah lah tak reti tawar-menawar ni. Kang kalau tawar pastu tak beli kena marah lagi.

Which one you want?”

Don’t angry with me if I don’t want to buy?” baik saya remind siap-siap hehe.

No, no I’m not angry.”

Ye sangat tak marah, bila orang cakap mahal dia suruh beli juga padahal nak cabut dah.

“600 000.”

Not enough money

“400 000, 300, 000”, dia turun harga lagi.

Tension pulak, nak cabut tak boleh cabut lagi. “Ok!”  beli sebab dah turun banyak tu. Tapi pastu dia cakap-cakap dengan kawan dia, merungut kut. Kalau tengokkan mimik mukanya.

Satu lagi yang tak best shopping dalam ni, kita tak boleh menghalang kedai lain walaupun sekejap je. 2 kawan tengah pilih kain di satu kedai ni, so kitaorang berdua tunggu tepi kedai.  Orang kedai sebelah nampak, dikuisnya kita ke tepi sambil tunjuk jangan duduk tepi kedai dia. “Hmm ini boleh mendatangkan marah.” Tapi dalam hati jelah. Hehe. Dah kedai situ sempit. Kalih kiri, dah halang kedai lain pulak. Sama je tak bagi duduk situ. Sudahnya kami tunggu di luar sahaja.

Semua barang dah dapat, masa untuk mengemas beg. Yeah!

Selamat tinggal Ho Chi Minh.

Nampak tak gambar kucing yang di atas tu, siapa yang pernah pi Langkawi, ingat tak kucing ni. Hehe. Macam best la dapat bergambar dengan kucing ni kat Ho Chi Minh City pulak. Malangnya 3D Art Gallery ni agak jauh juga dari Ben Thanh. Kalau boleh jalan kaki memang dah pergi..
Comey kucing ni. - di Langkawi


Tuesday, April 10, 2018

Tip Kewangan – Vietnam (3-7 Mac 2018)


Mengenali  Vietnam Dong (VND)

VND ni bermula dengan ribu-ribu. Pening. Masuk tandas pun VND2000. Cuba bayangkan haha.  Seminggu sebelum bertolak,  saya Google cari tip atau cara untuk mengingati duit Vietnam. Banyak je ada dan ada satu blog yang dah siap buat jadual senarai bandingan RM dan VND. Tapi saya rasa belum cukup praktikal lagi sebab saya nak terus ingat dalam kepala dan tak payah tengok panduan. Lagipun kalau ikut panduan dia, rate RM tak sama.  Eloklah kalau kita buat padanan ikut rate yang kita dapat.

Akhirnya dapat cara macam ni:

Oleh kerana kita dah biasa dengan not RM jadi saya padankan terus nilainya. Anggaran sahaja. Cara ini mungkin sesuai bagi orang yang mengingati secara visual. Berjaya ingat sampai sekarang. Alhamdulillah.

Ok bagaimana nak tahu setiap nilai tersebut?

Ikut tukaran duit yang saya dapat, VND 1,000,000 = RM174.30

Tengok bahagian "kami jual" yang belah kanan. Yang ni rate kawan saya, beza sikit je, 1 juta VND bersamaan 174.50. Ada sesetengah money changer dia letak tukaran 1000 VND. Tapi macam susah sikit nak faham jadi kita boleh tukar kepada 1 juta dengan alihkan titik perpuluhan sebanyak 3 langkah (ingat belajar matematik dulu-dulu) dan jangan lupa alihkan juga titik perpuluhan yang nilai RM juga, baru dapat jawapannya.

Sebelum nak beli atau nak jual duit, tengok je dulu kat board ni untuk buat bandingan. 

Jika VND 50,000
50,000 bahagi 1,000,000 = 0.05
0.05 x 174.30 (nilai tukaran) = 8.72 untuk nak senang ingat sama macam RM10 kitalah.

Jadi saya dah padankan nilai-nilai tersebut ikut not Vietnam yang biasa dapat.

Saya padankan not VND dengan not RM untuk mengingati nilai. Abaikan  gambar duit syiling tu, saja letak  sebab duit kertas tu terbang-terbang masa photoshoot. Hihi. Untuk VND kena tengok betul-betul ada titik perpuluhan. Kadang tak perasan 50.000 dengan 500.000. Warna dia memang lain tapi sebab kita tak biasa duit VND memang tengok nilailah.


a)VND 5000 (0.87)   atau lebih kurang RM 1
b)VND 10,000 (1.74) atau lebih kurang RM 2
c)VND 50,000 ( 8.72) atau lebih kurang RM 10
d)VND 100,000 (17.43) atau lebih kurang RM20
e)VND 200,000 (34.86) walaupun sebenarnya lebih dekat dengan RM35 tapi saya genapkan je RM40. Senang nak ingat.
f)VND 500,000 (87.15) atau lebih kurang  RM100

Kalau barang itu berharga  VND35000. Kita ingat je penanda arasnya 50,000 bersamaan RM 10 jadi benda tu bawah RM10.

Kalau dapat VND 2000 tu maksudnya kita ingat sahaja penanda arasnya 5000 baru RM1 jadi nilainya tentu sen-sen.

Monday, April 9, 2018

Da Lat – Ho Chi Minh, Vietnam (3-7 Mac 2018)


Kami sampai airport awal juga, 4.30 petang. Melawat-lawat sekitar Lien Khuong airport sebelum check in.
Sumber: Google

Lien Khuong Airport. Sumber: Google
Imigresen di sini kena buka kasut.  Sebenarnya dah nampak dia tulis kat situ, tapi saja je jalan terus hihi kena tahan juga suruh buka kasut.  VietJet bagasi 15kg. Memandangkan tidak membeli apa-apa pun sepanjang berada di Mui Ne dan Da Lat sebelum ni, jadi takdelah risau beg melebihi berat yang ditetapkan. 

Flight pukul 7.55, patutnya dah nampak krew kat meja tu menandakan bersedia untuk masuk tapi tak ada. Terdengar pengumuman dalam bahasa Vietnam. Orang ramai mengeluh, “Aggh”. Confirm ni pasal masa. Tengok di papan jadual , berubah pukul 8.30 malam. Kami beritahu Ms Khanh, flight delay supaya tak adalah driver di HCM menunggu kami. Habiskan masa dengan berjalan-jalan di situ. Aha ada kedai buku di situ untuk kill the time.

Pukul 8.30 pun belum nampak bayang lagi. Pengumuman lagi. Kedengaran keluhan lagi. Masa di papan jadual berubah, lewat satu jam lagi. Beritahu lagi Ms Khanh. Dia balas, OMG. 

Apa lagi yang boleh dikatakan. Bersabar je lah. Tadi pun dah happy pusing-pusing Da Lat. Sekarang unhappy, itulah kehidupan, kan. Ada turun naiknya.

Sumber: Google. Sebelum ini pun kami dah tengok, ada 3 pilihan kapal terbang yang boleh diambil dari Da Lat nak ke Ho Chi Minh iaitu VietJet, Jetstar dan Vietnam Airlines. Pening-pening juga mencari yang sesuai sebab nak tengok masa dan tambangnya berbaloi tak. Akhirnya bila dah decide nak ambil tailor made trip, minta Ms Khanh je book kan. Senang tak payah fikir dah.

9.30 malam, akhirnya kami dah masuk kapal terbang. First time naik VietJet.  Seperti biasa, penerangan mengenai keselamatan. Ada pramugara handsome depan mata. Sejuk mata memandang tak jadi marah VietJet sebab lambat. Weeee. 
Pramugarinya punyalah stylo, tapi pramugaranya uniform biasa je seluar slack dan baju-T merah.

Bersedia untuk terbang. Bila flight dah stabil, pramugari dan pramugara mula ke depan dalam proses nak bagi air. Baru kerusi yang kedua, terdengar pilot kata akan landing sebentar lagi. Bior betul ni, tengok jam semula.  Baru 10 minit kut atas udara dah nak sampai. Kagum sungguh, kata 50 minit.  Sedangkan kalau naik kenderaan darat dekat 7 - 8 jam. Alhamdulillah landing sangat smooth sampai tak terasa langsung.  Tapi duk jalan lagi atas landasan. Akhirnya betullah lingkungan 50 minit juga sampainya.

Ambil beg, dan cari driver. Krew VietJet check tag bagasi sama tak dengan bagasi. Detail juga, takut orang lain ambil beg yang bukan dia punya.  

Kelihatan papan tanda nama yang diangkat sebaik keluar pintu airport. Kali ni pemandunya perempuan berambut pendek ala-ala tomboi. Mahir Englishnya dan peramah pula. Peramahnya dia bersembang hingga terlepas hotel kami. Haha. Nasib baik saya nampak. Hotel tempah sendiri bersebelahan dengan Ben Thanh Market. Letak beg dulu, dan cari makan. Dah pukul 11.40 malam, night market pun dah tutup. Kedai makan pun banyak yang tutup. Cuma satu kedai yang masih ramai pengunjung di dalamnya, Halal Amin.  Dia kata tutup pukul 12. Sempat lagi ni. Ala, takkanlah kitaorang tak habis makan dia nak halau pulak kan. Alhamdulillah kenyang. Esok driver akan ambil kami untuk ke Bihn Tay Market.

Thursday, April 5, 2018

Da Lat, Vietnam (3-7 Mac 2018)


Da Lat banyak tempat yang menarik. Tidur satu malam je tak cukup sebenarnya. Mengenangkan masa  yang singkat, kenalah pilih tempat yang betul-betul kena dengan jiwa semua ahli kumpulan. Waduh-waduh susah nak buat pilihan, buang satu tambah satu. Banyak tempat yang boleh dilawat seperti air terjunnya, kereta kabel, kampung-kampung yang ada adat tradisional, sejarah dan taman-tamannya. Memang semuanya ada di sinilah. Lagi satu sebelum ni ada baca, kawasan ni sejuk, macam Cameron Highlands, dah bersedia baju tebal sikit tapi tak sejuk pun.  Ikut bulan kut.

Kalau tak tahu nak pilih mana, kenalah rajin membaca sikit dan kalau malas membaca, ambil je mana-mana pakej hihi. Contohnya Pongour Waterfall, Datanla Waterfall dan Elephant Waterfall.
   
View daripada hotel. Da Lat juga dikenali sebagai Little Paris oleh orang tempatan.

HCM ke Da Lat ikut jalan darat hampir 8 jam. Untuk jimatkan masa nak balik semula ke HCM kami naik flight VietJet. Ms Khanh dah tempahkan sekali. Include trip. Mula-mula tiket pukul 4.35 petang bermakna pukul 2.00 dah kena pergi airport. Masa setengah hari untuk pergi ke tempat yang banyak benda menarik tentulah tak cukup. Pening nak pilih tempat dan sentiasa kena buat undian.  Minggu –minggu akhir sebelum nak pergi, Ms Khanh beritahu flight dijadualkan semula pukul 7.00 petang so ada masa lebih nak melawat. Yeah! Delay yang menyeronokkan.

Pemandangan ala-ala iklan Salem High Country (dulu-dulu)
Pukul 7.30 pagi driver datang tepat masanya.  Driver lain, kereta lain. Tak jumpa dah budak semalam. Yang ni pandai cakap English dan banyak bercakap. Destinasi pertama ke Me Linh Coffee Garden. Cadangan daripada Ms Khanh sendiri. Sebenarnya kami pilih tempat lain tapi tertawan dengan 2 keping gambar yang dihantar. Wah! Terus 'buang' yang lain.

Tempat tu jauh juga dari bandar.  Setelah melalui suasana mendamaikan pohon-pohon ru ala-ala Salem High Country  mulalah melalui kawasan yang banyak bunga-bunga pula . Suasana tu dah rasa seperti di Cameron Highlands, pelbagai ladang bunga di kiri dan kanan.
Sudah sampai. Laluan berbumbung tu ada kerusi-kerusi di tepi. Jadi boleh duduk rehat-rehat di situ.

Me Linh Coffee Garden merupakan tempat pokok kopi ditanam dan ada kafe di situ. 'Bolehlah try sarapan sini', fikir saya. Setelah nampak signboard weasel cages … erk musang tu. Ni sama dengan kopi luwak (Indonesia) juga gamaknya. Tak lalu pula nak minum di situ. Suasana di situ memang cantik dan damai. Saujana mata memandang. Yang paling menarik adalah kebun bunga yang terletak di sebelahnya. Bunga 3 bulan (hydrangea) dan bunga matahari ditanam berbatas-batas di situ.

Ada musang? Eh kita nak tengok bunga ya. 
Kawasan di situ luas. Ada tasik. Kami tak turun ke pokok kopi tu.


Sini ada lagi kopi. Mencari-cari manalah dianya flower field yang Ms Khanh beritahu tu. Driver tu tunjuk arah ladang yang lain daripada gambar yang diberi. Hmmm.
Eh tu dia bunga matahari yang banyak tu. Jom cari jalan masuk


Boleh lepak minum kopi di sini. Erk tak lalu la pulak bila nampak ada kandang musang tu.

Lebah menghisap madu bunga.

Bunga-bunga matahari.
Anggun mekar di taman sari,
Warna jingga suntingan hati
Bagai tanda kasih bersemi

- Maya
Wau gila bergambar dibuatnya tengok bunga-bunga ni. Bunga matahari pun dah besar muka sendiri. Diletak pula buaian sebagai prop. Meredah batas-batas bunga matahari yang hampir tinggi dengan diri sendiri untuk mencari posisi yang menarik hingga tak sedar kasut berlemuih kena tanah.Seberang ladang ini juga ada satu ladang lagi. Ada pokok lavender tapi belum besar lagi. Driver tak khususkan masa berapa minit. Jadi bergambar hingga puas.

Kena pilih posisi yang sesuai untuk mengambil gambar sebab bunganya 'memandang' ke arah yang sama. Jadi kita pun kenalah bergambar ikut arah gitu juga.

Teringat mak pernah tanam bunga ni dulu. Bunga-bunganya memang sejambak gitu. Nama saintifik Hydrangea atau dipanggil nama 3 bulan kerana mengambil masa 3 bulan untuk berbunga kembang mekar. Di tengah bandar Da Lat pun memang banyak ditanam dekat tepi jalan. Memang senang hiduplah di sini sebab dia memang sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi.

Walaupun sini ladang bunga, takde pulak benih pokok yang dijual. Dia memang ladang je.  Sebab yang utamanya adalah tanaman kopi. Masuk ke sini  VND 15,000 (RM 2.60)
Lavander masih kecil. 



Mencari tandas, haih ke lain pulak pergi. Rupanya dah dekat dengan kandang musang. Mari kita singgah dulu sebelum masuk toilet. Yang ni sama ada biji kopi yang telah 'diproses' oleh musang ke atau tidak saya pun tak tau.
Cuba tenung di hujung sekali tu. Musang tengah tidur nyenyak. Diakan haiwan nokturnal. Berjaga malam.
Seterusnya ke Crazy House. Tiket dah include dalam trip. Memang crazy rumah ni, masuk lain boleh tembus ikut lain. Sayangnya time kami pergi, ramai juga pelancong lain jadi terpaksa menunggu giliran jika laluan di situ kecil. Nak bergambar pun susah juga nak cari pot yang tak banyak orang. 
Crazy house. Dalam ni ada hotel juga. 
Panduan kawasan tu, tetapi idaklah tengok betul-betul. Mana yang nampak kosong, kitaorang terjah.

Berhati-hati juga di sini, sebab laluan dia bukan macam tempat biasa, ada yang naik turun tangga, ada yang laluan kecil.
Special tong sampahnya.

Di sini juga menambah ilmu dengan meninjau tempat sejarah. Bao Dai Palace merupakan kawasan istana musim panas bagi raja Vietnam (dinasti Nguyen yang terakhir). Seronok juga melihat istana zaman dulu.  Istana ini dibina tahun 1933 dan siap 1938. Oleh kerana Vietnam pernah dijajah Perancis jadi kita boleh baca cerita-cerita dan keterangan gambar tu ada kena-mengena dengan Perancis.  Arkitek Perancis dan Vietnam, Huynh Tan Phat merupakan tunggak utama yang membina istana ini.  Malah, ada material yang dibeli terus dari Perancis.
Bao Dai Palace, tak besar sangat. Dalam 45 minit pun dah boleh habis. Reminder, sesiapa yang tak minat tempat begini  (sejarah) akan mengatakan ia hanya sebuah bangunan. Di luar bangunan juga ada gerai-gerai dan tempat untuk bergambar dengan kuda, burung. Tapi kena duitlah. Silalah bergambar dengan bunga di taman sahaja. Tiada caj dikenakan. 

Bilik tidur anak-anak raja
Kita boleh masuk bilik-bilik di istana tersebut. Ohh kena pakai sarung kasut yang disediakan di pintu masuk. Boleh tengok bilik kerja, bilik tidur putera dan puteri, pemangku raja, bilik hiburan bersama keluarga dan macam-macam lagilah. Nak tengok toilet pun boleh tapi tak boleh masuk,  ditutup tapi boleh tengoklah sebab transperant.  Bilik raja dekat dengan balkoni yang diberi nama khas moon watching balcony. Kalau siangnya, dari balkoni tu boleh nampak taman yang cantik dihias rapi.
View dari koridor melihat anak bulan. 

Bilik pemangku raja/ raja muda. 
Bath tub dan toilet bowl ni mesti import dari Paris, kan.
Mesin tenun rasanya, hihi haritu dah google translate. Lupa
Bilik permaisurinya lebih besar daripada bilik Raja itu sendiri. Permaisuri ada bilik jahitnya sendiri juga yang terletak berdekatan biliknya.  Kisahnya,  permaisuri ni anak orang kaya dan pernah menjadi ratu cantik ketika mudanya.  Baginda meninggal dunia kerana kanser. 

Ada sesetengah keterangan  tiada dalam bahasa Inggeris jadi guna Google Translate sahaja untuk ketahui info. Untuk trip Vietnam ini sebenarnya kita boleh minta tour guide yang berbahasa Inggeris, memandangkan kami ikut bajet dan sekarang ni apa pun boleh google. Tak payahlah ambil tour guide, ambil driver je. Kalau tour guide berbahasa Inggeris harga lain.
Kalau ikut apps Muslim Pro, ini je restoran halal yang disenaraikan. Tidak pasti jika ada restoran halal yang lain.
Simple je. Tapi ayam tu sedap hingga menjilat jari, tak tau nak kata masak apa, tak berapa pedas tapi pelbagai rasa. 
Lunch time di Restoran Fatimah. Ya Allah sedapnya lauk, selera kami makan. Include dalam trip juga. Pilihan menu yang bijak sama ada oleh orang kedai atau driver sebab masa kami sampai dah siap terhidang.  Vietnam style, ada lauk ayam, udang dan semestinya peberet orang Malaysia, telur dadar haha. Sup sayur pun sedap tu siap ada cabai potong. Tapi belum cukup lengkap. Tambah kicap. Barulah kick. Licin semuanya.  Ada bilik solat di sini. Alhamdulilllah tak payah fikir nak cari tempat untuk solat dah.  
Stesen Kereta Api Da Lat. 
Boleh bergambar di gerabak-gerabak yang ada di sini. 
Seterusnya, masih mengekalkan tema sejarahnya.  Melawat ke stesen kereta api Da Lat.  Jika baca di google, kita boleh beli tiket untuk ke satu kawasan perkampungan. Kiranya khas untuk pelancong sebab dia akan patah balik tapi kami tak sempatlah nak naik. Just melawat dan bergambar di situ.

Tanya dekat driver, La Phong tu apa? La phong! Dia pun tak tahu nak menjelaskan haha agaknya nama Vietnam untuk Da Lat Maple Leaf
Maple Tree
Ha ni kan macam bendera negara Kanada
Special kerusi ni, daripada tayar
Tangga yang dicat berwarna-warni

Tayar lagi.

Destinasi akhir petang-petang ni ayuh kita ke taman. Sebenarnya banyak taman menarik yang ada di sini, 3-4 jenis juga. Membuat undian taman mana nak pergi akhirnya pilih Da Lat Maple Tree sebab macam baru dibuka dan belum ramai orang pernah pergi lagi. Tengok pokok maple pun muda lagi. Mungkin ada bulan-bulan yang menarik yang sesuai pergi ke sini. Sila tengok website.  Dalam satu jam lebih kami pun beredar, kiranya penat juga dah. Terus ke airport sahaja. Ho Chi Minh kami datang. Shopping time!


Multiracial Reverted Muslims (MRM)