Plan asal kami dari Mui Ne ke Da Lat nak naik bas. Seminggu
sebelum nak terbang, Ms Khanh tawarkan private car tapi tambah RM70 seorang. Kalau
naik bas perjalanan lebih kurang 5 jam tapi kalau naik kereta, boleh jimat sikit
masa katanya sebab jalan pun belok-belok dan berbukit. Setelah meneliti pro dan
kontra, ambik private car lebih baik lagipun still dalam budget. Kita pun tak
payahlah nak terkejar-kejar ke stesen bas naik bas pukul 12 dan sempat solat
zohor dulu sebelum gerak. Dah ikut masa sendiri, kan. Driver ni pun datang menepati
waktu. Muda budaknya. Malu-malu. Tak
reti cakap English jadi dia lebih banyak diam.
Laut yang kebiruan |
Yeah kita mulakan perjalanan seterusnya. Menyusuri pantai
yang cantik. Driver ni, hon sepanjang masa. Tak tahulah sama ada untuk beritahu
kita nak lalu atau nak suruh orang tu ke
tepi. Selekoh bagi signal
pulak. Confuse. Saya duduk sebelah pemandu, jadi pemerhati je lah. Nak tanya pun
dia tak reti nak jawab. Sebelum ni
pernah terbaca satu artikel, di Vietnam
pelancongnya tak boleh bawa kereta sendiri (seperti sewa kereta di negara lain) tapi
kena ambil pemandu sekali. Memang pening pun rasanya bawa kereta di sini,
dahlah bawa sebelah kiri, dengan motornya yang banyak. Mau terkedu di situ. Di
sini memang pemandunya bawa slow & steady 40-50 kmj. Jadi boleh tangkap
gambar yang cantik juga snap dari kereta.
Banyak jumpa bunga bulang di sini. Eh sama dengan bunga rasmi bagi bandar raya Ipoh. |
Selepas pantai, lalu lebuh raya, masuk ke kampung pula, lalu
sawah padi. Dari malam semalam memang nampak pokok naga (dragon fruit) je, hari
ni pun sama tapi belum berbuah lagi. Semasa pergi Batam dulu pun, pokok naga
banyak ditanam. Nampaknya Asia Tenggara memang
banyak tanam pokok ni.
Nampak tak macam ada tergantung sesuatu di pokok tu, rasanya itulah mentol lampu yang saya nampak dari dalam sleeping bus kelmarin. |
Lalu jalan kampung kadang-kadang tak rata. Ni kalaulah naik bas memang akan terasa henjut-henjutannya. Tengah hari rembang dan air cond yang sejuk sesekali terlena juga dibuatnya walaupun menahan diri untuk tidur sebab nak tengok pemandangan.
Belum berbuah lagi. |
Setelah 2 jam lebih, laluan mula bertukar kepada berbukit. Perasaannya seakan-akan drive dari Simpang Pulai nak ke Cameron
Highland ataupun dari Kota Kinabalu nak menuju ke Gunung Kinabalu. Jalan berbelok-belok
dan makin tinggi. Signal telefon mula kelip-kelip ada … tak ada ... ada. Hutan di kiri dan kanan
jalan.
Jalan berbukit |
Kami melalui satu kedai makan kiranya tempat untuk singgah
berehat.
“Toilet?,” soal driver.
Kitaorang kata tak nak tapi kalau dia nak berhenti berehat
bolehlah. Tengok dia macam letih dan resah je.
Dia pun teruskan. Haha faham ke idak tak tahulah. Penat
cakap panjang-panjang. Kitaorang pun keluarkan bekal roti dan makan-makan dalam
kereta. Siap tawarkan kat dia tapi dia tak nak.
Tiba-tiba dia berhenti tepi.
Dia tunjuk pada dashboard. Saya tengok penanda minyak E. Assume minyak
tak ada. Dia call somebody dan lepas tu beritahu saya, “10 minute.” So assume
juga akan ada orang datang tunggu 10 minit. Kitaorang bebel-bebel sesama
sendiri apalah tak isi minyak dah tau nak jalan jauh.
Lepak luar dulu. Hangat nunggu dalam kereta. |
Dekat 10 minit, dia pun duk lepak tepi jalan, tak ada pun
apa-apa bantuan. Saya gunakan google translate BM-Vietnam dan tulis, ada
masalah ke? Dia faham apa yang saya tulis dan balas kat situ bahasa Vietnam.
Panjang betul dia tulis tapi bila nak tukar translate ke BM tu line tak ada
balik. Adoi, jalan ke depan, ke belakang mencari signal. Tak ada juga. Ok dah
jadi drama bersiri lah pulak. Tak tahu apa yang dia tulis ni. Hehe.
Driver masuk. Kami pun masuk. Enjin start. Jalan. Air cond tutup. Buka tingkap. Best juga kena angin luar. 2km berjalan,
tiba-tiba bunyi macam air menggelegak daripada enjin. Dia berhenti lagi dan
tengok enjin.
Saya pun menyibukkan diri,
“Wow, kenapa ni nampak air hijau berserakan atas enjin. Air hijau tu
dari coolant ke?” Konon-konon tau tu haha. Saya rasa penutup radiator,
panasnya.
Ohh rupanya yang dia
tunjuk kat dashboard tu nak beritahu pasal suhulah dan bukan minyak habis.
Kalau dah tutup enjin, kan penanda aras minyak tu memang kat E. Nampak panik
pemandu tu, sibuk dia bertelefon, duk mencangkung sini duk mencangkung sana,
mencari signal. Tapi at least
dapat juga dia berhubung. Kami ni masih
tak ada signal. Apa yang dia beritahu di google translate tu masih belum dapat
jawapan.
Dia call seseorang dalam bahasa Vietnam entah apa cakapnya,
kelihatan tension tu, kesat-kesat peluh lagi. Kami membebel sesama sendiri je.
“Kalau kita naik bas kan tak ada macam ni… pot pet pot pet,” sambil
gelak-gelak je makan kacang putih Kuala Kangsar mari!
Tapi kitaorang tak adalah buat driver tu makin tension siap
kitaorang suruh dia relax lagi.
Dia menggodek-godek enjin guna kayu. “Ok! Ok!”
Semua masuk. Baru berjalan
1km, enjin berasap, bau hangit mula
terhidu.
“Stop! Stop!” saya tunjuk di enjin. Dia berhenti lagi. Dia buka balik enjin lepas tu siram air dekat enjin. “Waduh gi mana ni”.
Aish mana signal ni? |
“Telefon Ms Khanh lah beritahu,” cadang Yong A
Driver jauh dari kereta, mencari signal. Call lagi.
“Macam mana pula nak telefon, line pun tak ada!
Masing-masing smartphone canggih suatu pun tak boleh pakai. Adoila."
Driver balik ke kereta. Saya beritahu driver,”Borrow,
phone.” Dengan bahasa isyarat sekali. Telefon dia jenis nokia yang lama
tu. Nokia 1280 kut. Tak dapat juga, dia ajak pergi ke seberang tempat dia call
tadi. Situ ada signal. Haha. Dial Ms
Khanh. Memang ada dalam contact list dia.
“Kami tak nak naik naik kereta tu. Bahaya. Berasap! Ada bau
hangit (setelah dialih bahasa).
Pas pula dekat driver
– bla – bla-bla-bla dalam bahasa Vietnam.
Pas semula dekat kawan.
Ms Khanh beritahu, “Driver cakap, air warna hijau yang dia taruh tu untuk sejukkan enjin, dan dia dah call bahagian servis kereta tu kata ok. So driver kata ok, boleh teruskan perjalanan.”
Ha baru dapat kat sini. Ok hantar WA. |
Tak puas hati pula kitaraong, udah berasap macam tu
dikatanya ok. Ms Khanh suruh tangkap gambar enjin dan hantar WA. Ok nasib baik ada line sekejap, bolehlah hantar. Masuk kereta semula. Oleh kerana saya duduk di sebelah
pemandu, saya ditugaskan untuk tengok jika berasap lagi.
Jalan lagi 1km. “Stop!
Stop!” Depan berasap.
Kereta berhenti je kitaorang terus keluar. Risaulah pulak, terbakar ke meletup ke.
Negara orang pula ni. Insurans pun ambik yang rendah je ni.
“No! No!” Kami tak nak naik. Still berdiri di situ.
Dia call somebody, pastu dia cakap. “Taxi! Taxi! Wait! Dia
keluarkan beg. So kita orang duduk la tepi tu.
Dia patah balik belakang. Signal masih celum-celam lagi tapi
dapat juga WA Ms Khanh. Dia suruh tunggu di situ. Driver panggil teksi.
Kitaorang duduk di tepi jalan yang banyak batu batu besar sambil kereta motor
lalu-lalang tengok kami. Idak pun nak beri bantuan ke apa. Eh! Sebenarnya
kitaorang pun risau juga kalau orang tak kenal tiba-tiba datang. Bahaya juga
tu.
Marilah kita muhasabah diri di sini ya kawan-kawan. |
Melalui WA, Ms Khanh beritahu, dia dah pesan driver jangan
tinggalkan kami lama-lama di situ. Tunggu situ sehingga driver datang semula.
Driver memang suruh naik dan teruskan perjalanan, kami yang
tak nak. Kami sebenarnya tak adalah
marah sangat jadi macam ni, cuma lebih kepada muhasabah diri dan berfikir semula,
dari nak pergi flight delay, jeep pun macam ada problem, mungkin ada ‘teguran’
daripada Allah. Di luar jangkaan. Kitaorang tengok driver tu pun kesian, resah gelisahnya
dengan bawa pelancong lagi. Tak boleh nak communicate lagi. Pada siapa lagi hendak meminta bantuan jika
tidak daripada Allah sahaja sekarang ni. Berzikir dan berdoa dipermudahkan
urusan dan selamat daripada segala yang buruk. Driver tu pun tengok dia pegang-pegang patung
Tuhan dia. Minta doa gak kut.
“Pukul 4 dah, mesyuarat, mesyuarat. Kita kena fikirkan plan
seterusnya. Sampai bila nak tunggu? Nanti dah malam,” kata Mek.
“Nak tumpang orang ke, tapi Ms Khanh suruh tunggu,” balas
Mek Na
“Bahaya tumpang orang, kena naik bas,” kata Yong A
“Maghrib pukul 6, nanti gelap ni,” kata Mek Na
“Kena naik bas cepat juga, nanti tak tahu bas akhir pukul
berapa,” balas Yong N
“Kita tunggu sampai pukul 5.30. Kalau tak ada, kita naik bas,” kata Mek.
Kata putus sudah dicapai.
Di depan tak tahu apa yang ada, berapa jauh perjalanan lagi
pun tak dapat check. Smart phone masing-masing tak de signal. Buntu.
Menghampiri 5.30 petang,
sebuah kereta perlahan-lahan datang ke arah kami. "Macam kereta tadi je". Check
nombor plat. Kereta sama. Driver yang datang pun sama haha. Dia terus angkat
beg. “Lor kata panggil teksi.” Oklah tu
kut. Ikut aje.
Jalan berbukit lagi, dan akhirnya masuk kampung jalannya
sudah mendatar. Yeay signal dah ada, tapi tak ada apa-apa yang nak dilaporkan
dah. Penerangan yang driver ni tulis di Google Translate sebelum ni kekal jadi
misteri sebab saya terus keluar apps jadi tak tau apa yang ditulis. Driver
masih sibuk dengan orang yang menelefon dia.
Setelah melalui jalan kampung, barulah nampak signboard Da
Lat. Lebih kurang 25 km lagi. Macam KK ke Ipoh maksudnya dalam 35 minit lagi.
Alhamdulillah, check di Google Maps nak ke Hotel lebih kurang masanya macam tu
juga.
Malam sudah mula nak
menjelma. Melalui lebuh raya bertol. Driver ni tiba-tiba berhenti tepi jalan.
“Alamak! Not again.” Dia cakap something dalam bahasa
Vietnam pada saya dan keluar. Ohh dia tengok lampu ada ke tak. Sebab dah malam.
Melepasi lebuh raya, naik bukit lagi, phone tiada signal
semula.. ha sudah, janganlah kereta buat hal lagi. Ni betul-betul dah gelap.
Akhirnya, lampu-lampu berkelipan mula kelihatan. Meriah
suasana bandar tu. Selamat tiba di hotel. “Thank you.” Dia pun boleh lega dah selepas ni. Pengalaman untuk dia juga tu.
Hotel kami dekat dengan pasar malam. Lepas je letak beg,
turun semula sebab nak cari buah-buahan. Kata orang sini banyak buah.
Sampai di pasar malam, terdengar satu lagu yang biasa
dimainkan dengan rekorder waktu sekolah dulu.
Badan ku kurus bukannya, kurang makan
…
Ohhh si jantung hati oooh si jantung hati.
Mencari arah lagu tu. Ada orang jual Banh Roti Malaysia tapi
yang membuatnya orang Vietnam. Banh kalau dialih bahasa ‘kek’ tapi jualnya roti
canai. Hmmm. Garu kepala. Ada pelancong ni siap ambil video tengok tukang
masaknya tebar roti canai. Tulisnya halal. Penjual tu serahkan nama kad Kampung
Pandan Restoran yang ada di HCM . Ooh kedai ni pernah baca dalam blog. Kami
pesan roti pisang dan roti bom.
Di pasar malam ni, macam-macam ada dari pakaian, makanan,
bunga dan buah ada di sini. Orang ramai. Pening pula tengok, dahlah letih lagi ni. Beli strawberry je. Terus balik hotel. Esok kena check out seawal
pukul 7pagi sebab kami akan terus naik flight balik ke HCM selepas melawat sekitar
Da Lat jadi memang tak balik ke hotel semula. Adakah kereta dan driver orang
yang sama? Excited nak tahu. Hehe.
Bunga-bungaan |
Avocado kut di sinun. |
Hasil laut |
Dalam ni ada bahan-bahan kering. Tak sempat tengok, cuma intai dari jauh je. |
No comments:
Post a Comment