Mengenali Vietnam
Dong (VND)
VND ni bermula dengan ribu-ribu. Pening. Masuk tandas pun
VND2000. Cuba bayangkan haha. Seminggu
sebelum bertolak, saya Google cari tip atau cara untuk mengingati duit Vietnam. Banyak je
ada dan ada satu blog yang dah siap buat jadual senarai bandingan RM dan VND.
Tapi saya rasa belum cukup praktikal lagi sebab saya nak terus ingat dalam
kepala dan tak payah tengok panduan. Lagipun kalau ikut panduan dia, rate RM tak
sama. Eloklah kalau kita buat padanan
ikut rate yang kita dapat.
Akhirnya dapat cara macam ni:
Oleh kerana kita dah biasa dengan not RM jadi saya padankan
terus nilainya. Anggaran sahaja. Cara ini mungkin sesuai bagi orang yang mengingati
secara visual. Berjaya ingat sampai sekarang. Alhamdulillah.
Ok bagaimana nak tahu setiap nilai tersebut?
Ikut tukaran duit yang saya dapat, VND 1,000,000 = RM174.30
Sebelum nak beli atau nak jual duit, tengok je dulu kat board ni untuk buat bandingan. |
Jika VND 50,000
50,000 bahagi 1,000,000 = 0.05
0.05 x 174.30 (nilai tukaran) = 8.72 untuk nak senang ingat
sama macam RM10 kitalah.
Jadi saya dah padankan nilai-nilai tersebut ikut not Vietnam
yang biasa dapat.
a)VND 5000 (0.87) atau
lebih kurang RM 1
b)VND 10,000 (1.74) atau lebih kurang RM 2
c)VND 50,000 ( 8.72) atau lebih kurang RM 10
d)VND 100,000 (17.43) atau lebih kurang RM20
e)VND 200,000 (34.86) walaupun sebenarnya lebih dekat dengan
RM35 tapi saya genapkan je RM40. Senang nak ingat.
f)VND 500,000 (87.15) atau lebih kurang RM100
Kalau barang itu berharga VND35000. Kita ingat je penanda arasnya 50,000
bersamaan RM 10 jadi benda tu bawah RM10.
Kalau dapat VND 2000 tu maksudnya kita ingat sahaja penanda
arasnya 5000 baru RM1 jadi nilainya tentu sen-sen.
No comments:
Post a Comment