Wednesday, June 29, 2011

Masak Hati

Tak ada nama glamour sebab kalau kat rumah ni masak hati memang gaya ni saja. Kalau kat kedai biasanya goreng je, kan? Masak dengan sambal baru best. Hati digaul dengan garam dan kunyit untuk elak bau. Goreng dulu hati ni dan diketepikan dulu tapi jangan goreng lama sangat nanti jadi keras. Untuk sambalnya, bawang merah, bawang putih, jintan manis, ketumbar, halia dan cili kering. Tumbuk sehingga lumat kesemuanya dan tumis. Bila dah naik bau, masuk hati tadi dan perisakan dengan sos tomato dan kicap. Masuk daun kari bagi sedap baunya.

Dalam peribahasa Melayu banyak perkara negatif yang bersangkut paut dengan hati:

Keras hati-degil, tak mahu dengar nasihat orang

Makan hati-terlalu sangat berdukacita atau menderita

Busuk hati-suka berdengki

Jangan selalu makan hati ya, makan masak hati ni takpe sekurang-kurangnya ada gak zatnya :)

Tuesday, June 28, 2011

Mee Udang

Ada urusan di Taiping,sambil tu singgah ke Kuala Sepetang nak pekena Mee Udang. Dari Taiping tu menghala ke Kuala Sepetang punya la banyak restoran mee udangnya. Ada yang mee udang Mak Kiah, Pak Hashim, Kak Ros, Kak Miah, punya la banyak sepanjang jalan tu. Memandangkan minggu lepas Mee Udang Mak Jah masuk paper, cari Mak Jah le nampaknya. Itulah kuasa iklan ya adik-adik. Hehehe. Pandai Mak Jah ni promote, kitaorang tak tau pun tempatnya, tapi Mak Jah ni letak signboard di sepanjang jalan, so ikut je la. Lagi 4km ... terus, terus... 3km ... 2.5 km... lalu kawasan pokok bakau, tempat kilang arang ... 500m jeng jeng jeng udah dekat.

Saya bukannya penggemar udang sangat, tapi dah makanan ni glamer, kena rasa ni. Nanti kalau orang cerita boleh menyampuk sekali. Mee Udang Special, ada 7 ekor udang besor-besor. Sedap gak kuahnya. Tak payah udang banyak-banyak pun takpe.

Setengah orang kalau komen pasal udang mesti cakap, sedap, manis. Kalau saya yang ditemuramah rasanya saya akan cakap...rasa udanglah. Tang mana manisnya udang tu tak taulah. Hehehe. Sorry ya tak pandai komen.

Keratan-keratan akhbar yang digantung menandakan kedai ni popular gak la. Ramai wartawan dah datang.


Cantik dekorasinya kat sini. Kalau dari jauh nampak macam batu tapi sebenarnya kulit kerang. Rasanya malam meriah sikit kot.

Thursday, June 23, 2011

Bunga Rampai

Merupakan wangian tradisional daripada daun pandan. Untuk majlis kahwin selalunya digunakan ketika menyambut kedatangan mempelai (renjis-renjiskan) dan sewaktu menepung tawar. Kadang-kadang dijadikan hantaran juga. Masa nilah nak tunjukkan bakat camne nak letak bunga rampai tu. Ada yang letak dalam gelas kecil atau bakul kecil je. Kalau tak silap biasanya bilangannya ganjil, 5 atau 7 biji gelas. Sekarang ni lebih banyak diganti dengan potpourri moden, alah yang daun-daun kering berwarna-warni tu dan ada wangian lavender dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya dalam kamus BI, potpourri bermaksud campuran bunga mawar yang kering dan rempah, disimpan untuk bau wanginya. Ohhhh tak pernah la pulak tau maksud sebenarnya selama ni!



Kalau nak buat bunga rampai kena hiris halus-halus daun ni. Elok sekali kalau guna pisau lipat yang baru, mesti cantik je hasilnya. Hiris sekali daun limau purut. Lepas tu taruh bunga-bungaan yang wangi macam ros, melur dan kenanga. Taruh sikit minyak wangi yang baunya lembut supaya lebih tahan lama. Jangan banyak sangat, nanti hilang pulak bau pandannya. Untuk bagi warna menarik lagi hiris bunga kertas, halus-halus jugak. Colourful tu.

Kalau untuk kematian, daun pandan ni dipotong besar-besar dan kebiasaannya orang yang memotong itu akan bacakan selawat, al-Fatihah dan surah-surah lazim semasa memotong tu. Mungkin juga untuk disedekahkan kepada orang meninggal tu.

Daun pandan selain dibuat bunga rampai banyak lagi kegunaannya, masukkan dalam beras supaya nasi yang dimasak jadi wangi. Carik dua tiga helai dan simpulkan. Boleh juga digunakan untuk halau lipas. Carik-carik daun tu lepas tu letak dalam almari. Bila dah kering gantilah dengan yang lain.


Next, Kajang lagi!