Tuesday, June 7, 2011

From KK With Love

Menunaikan permintaan seorang rakan yang teringin sangat nak makan putu piring. Dia memang tak balik kampung dah, nak nunggu orang kenduri baru balik, dari setahun ke setahun tak delah juga ek..hehehe. Kalau balik kuale ni mahu dia borong segala apa yang tak de kat KL tu.

Tanya kat adik jual tu, “Ni kalau saya nak bawak balik KL tahan tak?". “Boleh.”

“Sebenarnya saya nak pos.”

“Tak berani nak jaminlah kak, sebab kelapa, kan takut tak elok pulak bila dah sampai nanti,”

“Takpelah, saya try dulu nak hantar kurier.”

“Kawan akak tu mengandung ke?”

“Taklah, dia lama tak balik kampung. Teringin sangat nak makan.”

Pastu dia pun ceritalah pasal orang mengandung yang mengidam sangat nak makan putu ni. Sekali tu putu dah habis, punyalah mengidam sangat, sampai mintak kat pelanggan yang dah beli tu, satu pun cukuplah. Tuuu dia penangan putu ni.

Sebenarnya bila makan putu ni kita boleh terbayang kenangan dulu-dulu, tu yang boleh buat orang teringat-ingat tu.


Siap untuk dihantar


Bye bye putu. Semoga selamat sampai.

5 comments:

Mummy Eda said...

Cer citer, cer citer... dapat tak kawan Ina putu ni? Buleh dimakan lagi ke?

Warghhhh.. ni yang tensen ni. Nak jugakkkkkkkkkkkk *sob sob sob*

Cendana Kasih said...

Yoooo...putu dah selamat sampai ke KL dengan gembiranya..putih melepak jer.. dan ada gak rakan2 blogger nk order ngan ko. Deme nk merasa PUTU KUALER ni...

Aku dh masuk dalam peti es. Nanti nk makan baru aku stimkan sekejap. Mmg sedap !! thanks my friend !!

zarina said...

ME : elok ... nak? calling2 ler :)
CK: haritu teringat gak nak antar serai sekali tapi takut berbau lak

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

zarina sedap ker putu piring nie... kat mana ko beli? cer citer...

zarina said...

sedappp..beli kat lembah dekat ngan sungai perak.. tapi kedai tu ada hari sabtu dan ahad je