Saturday, August 17, 2019

Cornflakes Telur Masin

Resipi ni versi leftovers ... lebihan makanan sedia ada. Ada cornflakes lebih buat kuih raya dan whipping cream yang memang tak tahan simpan lama bila dah dibuka. Jadinya resipi ni banyak derhaka daripada resipi orang lain. Telur masin pun ada di rumah. Biasanya ada sebab sedap makan dengan lauk pajeri. Jadi kita on je.

Bahan:

139 gm cornflakes - ni baki daripada buat biskut choc chip
2 tangkai daun kari (raut daunnya)
12 tangkai cili api - potong kecil
3 biji telur masin - kuning sahaja. 
30 gm whipping cream - sebenarnya dalam resipi asal tiada tapi sebab dah tinggal sikit je, masukkan aje dalam ni sekali.
80 gm mentega

Cili api petik belakang rumah dan daun kari juga.

Mula-mula proses dulu telur masin. Kalau ikut resipi asal dia rebus dulu baru ambil kuningnya. Memandangkan saya rasa rugi nanti bila tak makan bahagian putih, jadi saya tak rebus. Pecahkan je dan ambil kuningnya. Yang putih tu nanti campur dengan telur lain jadi telur dadar le pulak. Tapi pastikan tambah telur lain tu lebih banyak nanti masin benor rasa telur dadar tu.  Lecek-lecek telur kuning tu gunalah garpu, ke sudu ke pelecek kentang ke. Jangan biar berbuku, nanti tak rata nak gaul cornflakes. 

Ok dah boleh masak. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masuk kuning telur. Gaul-gaul dan masuk whip cream. Masuk daun kari dan cili api. Kacau sebati dan masukkan cornflakes. Tutup api. Pindah pula dalam dulang pembakar dan set oven 160 C. Bakar 10-15 minit. 


Sedia untuk dibakar

*sebenarnya masa buat ni malas nak bakar sebab macam dah sedap garing. Tapi rupanya esoknya dah lembik. Jangan bimbang. Kita bakor aje. Elok rangupnya. Krup! Krap!

Friday, August 9, 2019

Tabung 2 Ringgit - Korban 2019

Kebaikan blog  supaya dapat melihat kembali tulisan lama. Mana yang baik kita teruskan, mana yang buruk kita tinggalkan dan perbaiki. Akhirnya dapatlah melihat balik kisah tabung 2 Ringgit pada tahun 2016. Tabung 2 Ringgit dilancarkan semula habis je korban 2018.

Masa kerja tetap dulu patutnya senang lagi nak buat korban tapi tak pernah terlaksana. Hairan! Mungkin pemahaman tentang korban tu cetek jadi semangat tu kureng.
Masih mengekalkan kotak yang sama. Sticker colourful bertulis tarikh masuk duit supaya dapat memastikan setiap hari masuk. Tapi kadang bukannya masuk tiap-tiap hari RM2, ada juga hari yang lupa, so kadang masuk je RM10 tapi tulis tarikh untuk 5 hari terus. Jadi duit dalam tu ada yang bernilai RM5, RM10, RM20. Paling banyak sudah tentu nilai RM1. Bila orang dah tau saya banyak duit kecil ni, jadilah tempat orang tukar duit sokmo. Haha.
Hari yang paling gembira bila kira duit dan dah cukup.

Rasanya yang paling penting, bila niat untuk korban tu dah ada, semuanya akan jadi mudah. Tahun ni pulak dapat rezeki hadiah hari jadi dalam bentuk wang tunai dan dapat duit raya pulak. Alhamdulillah. Jadi, hasil yang terkumpul lebih cepat.  Semoga murah rezeki juga kepada yang memberi dana. Peringatan mesra, birthday Disember. Hihi. Betullah kata peribahasa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bermula dengan RM2 je. Akhirnya dapatlah jumlah untuk 1 bahagian lembu.

Salam Aidil Adha semua. Berakhirnya bulan Zulhijjah bermakna bakal bertemu tahun baru. Azam baru kita. Insya-Allah.